Tuesday, May 9, 2017

Keturunan Abu bakar r.a

🔴🌺❤Keturunan Abu Bakar r.hu yg berhijrah ke INDIA🌺❤

Semasa zaman pemerintahan khilafah Islam mula berkembang, ada penghijrahan berlaku. Dalam pemerintahan khilafah Turki Uthmaniyyah, ade beberapa kerajaan Islam yg memerintah sendiri tetapi masih membuat hubungan dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Antaranya ialah kerajaan Idrisi, Hamdani, Fatimmiah, Murabitun, kerajaan Islam nusantara, Shaafawiyyah dan juga kerajaan Islam Moghul. Kerajaan Islam moghul atau mughal ini lahir pada tahun 1526 hingga 1858. Ramai Ulama' dari seluruh dunia datang berhijrah ke benua india ini semata-mata untuk beri khidmat kepada kerajaan Islam moghul. Antaranya syeikh Ibnu Batoota. Beliau pernah menjadi kadi di benua india dalam pemerintahan moghul ini. Tidak hairanlah benua ini terkenal dgn Ulama' muhadith yg sangat masyhur. Kemungkinan besar perkahwinan campur antara baka arab yg berketurunan ulama hadith dgn orang benua india..

Selain dari itu, ada satu keluarga arab yg datang dari bumi Hijaz al-moqaddis yg berketurunan Saidina Abu Bakar berhijrah ke India untuk memberi khidmat kepada kerajaan Islam Moghul ini. Mereka menetap di Kandhelah, India. Keturunan mereka ini menetap di sini hingga ke hari ini dan menjadi akabiren dalam medan dakwah. Kerana mereka bukan keturunan India tetapi keturunan Arab yg mulia iaitu Amirul Mukmin Abu Bakar As-siddiq r.hu. Nama-nama keturunan mereka di nisbatkan dgn "kandahlawi" sempena nama tempat mereka tggl. Jadi, orang2 tabligh pergi India, bukan belajar dakwah dgn bangsa India, tapi belajar dakwah dgn keturunan Arab Quraish yg mulia.

Jadi untuk buktikan bahawa Maulana Ilyas dan anaknya berketurunan Abu Bakar sekaligus mengisytiharkan mereka dari Banu Tamim, maka dinyatakan di sini salasilah Keturunan Maulana Muhammad Yusuf Al Kandahlawy Rah anak maulana ilyas kandahlawi.

Biodata Maulana Yusuf rah.

Syaikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi lahir pada 25 Jamadil awal, 1335 H, sesuai dengan 20 March 1917 di Kandhla di India. Keluarganya terkenal dengan keilmuan dan kesetiaan total dalam perjuangan Islam.

Berikut adalah silsilah keturunan beliau dari Garis Ayah:

•Maulana Muhammad Yusuf anak dari
•Maulana Muhammad Ilyas anak dari
•Maulana Muhammad Ismail anak dari
•Syaikh Ghulam Hussein anak dari
•Hakim Karim Baksh anak dari
•Hakim Ghulam Mohiuddin anak dari
•Maulana Muhammad Sajid anak dari
•Maulana Muhammad Faiz anak dari
•Maulana Hakim Muhammad Syarif anak dari
•Maulana Hakim Muhammad Asyraf anak dari
•Syaikh Jamal Muhammad Syah anak dari
•Syaikh Nur Muhammad anak dari
•Syaikh Bahauddin Syah anak dari
•Maulana Syaikh Muhammad anak dari
•Syaikh Muhammad Fadhil anak dari
•Syaikh Qutb Syah.

Silsilah keturunan dari Garis Ibu:
•Ibunya anak dari
•Maulvi Rauful Hasan anak dari
•Maulana Zia-ul-Hasan anak dari
•Maulana Nurul Hasan anak dari
•Maulana Abul Hasan anak dari
•Mufti Ilahi Baksh anak dari
•Maulana Syaikhul Islam anak dari
•Hakim Qutbuddin anak dari
•Hakim Abdul Qadir anak dari
•Maulana Hakim Muhammad Syarif anak dari
•Maulana Hakim Muhammad Asyraf anak dari
•Syaikh Jamal Muhammad Syah anak dari
•Syaikh Nur Muhammad anak dari
•Syaikh Bahauddin Syah anak dari
•Maulana Syaikh Muhammad anak dari
•Syaikh Muhammad Fadhil anak dari
•Syaikh Qutb Syah.

Garis silsilah keturunan ayah dan ibu dari keluarga Maulana Yusuf bertemu di Hakim Muhammad Syarif. Lalu garis silsilah keluarga keturunan mereka kembali ke Amirul Mukminin Hazrat Abu Bakar Siddiq RA. Kedua keluarga ini tinggal di desa Kandhala dan Jinhjana. Mereka terkenal dengan kesolehan, keilmuan dan ketakwaan. Seluruh keturunan mereka adalah para ‘Ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah dan para Wali.

Maka jelas sudah bahawasanya Maulana Ilyas dan isterinya adalah dari keturunan Abu Bakar r.hu dan kini keturunan ini terus menerus menjadi pemimpin jemaah terbesar dunia ini. Anak kepada Maulana Yusuf rah. ialah Maulana Harun rah. dan anak kepada Maulana Harun ialah Maulana Sa’ad Kandahlawi yang masih hidup pada zaman ini dan kini menjadi amir jemaah Tabligh seluruh dunia..
🌺🌹🌸🌺

No comments:

Post a Comment