CORETAN ZOLA


DIA PUKUL ORANG, DIA MENANGIS
Pas heret Zakir Naik panjat pentas politik. Hasrat Pas satu saja, nak dapat mileage politik dengan penglibatan Zakir.
Kalau nak bercakap agama, di Kelantan dah ada Dr Abdul Basith dan Maulana Asri yang jauh lebih alim berbanding Zakir dalam hal agama.

Tak cukup kitab orang Kelantan nak menadah dengan kedua-dua tokoh itu. Jelas benar, Zakir dijemput atas niat untung politik untuk Pas.
Zakir pula tidak berupaya membaca silat politik Pas. Dia pun bercakap mengikut gendang yang dipalu oleh Pas. Akhirnya, bola yang dilontar ke dinding melantun ke arah dirinya semula.
Apabila Zakir Naik dikritik ucapannya, Pas kalut tonjolkan diri konon pembela Zakir Naik. Padahal Pas punca krisis ini. Pas nak tangguk di air keruh atas krisis ciptaannya.
Begitulah Pas. Apa yang ada dalam kepalanya pemimpinnya ialah hayat politiknya. Tak salah Pas bertindak sesuatu demi hayat politiknya. Itu normal bagi mana-mana parti politik.
Masalahnya ialah apabila Pas memperalat agama untuk tujuan politiknya itu. Pas tampilkan diri kononnya bela agama, padahal parti itu peralatkan agama sahaja.
Dia pukul orang, dia menangis. Dia maki orang, dia mengadu.





PILIHLAH PUSAT TAHFIZ YG BETUL

Tentu ramai anak-anak lepasan UPSR bakal dimasukkan oleh ibu bapa masing-masing ke pusat tahfiz pada tahun depan. Saya ada beberapa saranan kpd ibu bapa yg mempunyai hasrat berkenaan sebagai panduan.
i. Pastikan anak-anak berminat utk hafaz al-Quran. Jika tidak, usah paksa mereka. Berilah mereka peluang utk memilih bidang yg mereka minat, bukan bidang yg kita mahu.
ii. Pilihlah pusat tahfiz yg selamat, mempunyai tenaga pengajar terlatih, punya kurikulum yg baik dan membuka peluang utk melanjutkan pengajian ke peringkat yg lebih tinggi.
iii. Usahlah hantar anak-anak ke pusat tahfiz sekadar utk boleh jadi imam solat, tapi letakkan sasaran yg tinggi seperti menjadi ulama sehebat al-Qaradhawi, atau profesional yg hafal al-Quran.
iv. Elakkan pusat tahfiz yg tidak memberi tumpuan kpd hafalan al-Quran tetapi menjadikan pelajar juru kutip derma, berniaga minyak angin, atau berqasidah dan berya hanana di sana sini.
v. Elakkan pusat tahfiz yg menjadi pusat indoktrinasi kumpulan tertentu. Paling penting, elakkan pusat tahfiz yg berorientasikan politik, apatah lagi politik kepartian. Bahkan, elakkan juga pusat tahfiz yg ditubuhkan oleh parti politik.
vi. Usah terpengaruh dgn hanya penampilan lahiriah pelajar pusat tahfiz seperti berserban, pakai rida', cukur kepala, berkain pelikat sepanjang masa, atau berjubah kemana-mana saja, tapi pilihlah pusat tahfiz yg cemerlang pencapaian akademik dan akhlak pelajarnya.
vii. Pastikan pusat tahfiz yg dipilih tidak menumpu kpd hafaz al-Quran semata-mata tetapi turut wujud pengajian ilmu-ilmu lain yg menjadi keperluan semasa dan akan datang, khususnya ilmu-ilmu alat spt bahasa, sains, matematik, seni, kemahiran dan lain-lain.
viii. Ibu bapa perlu mempunyai sumber kewangan yg mencukupi jika menghantar anak-anak ke pusat tahfiz swasta. Apabila mereka berada dalam sistem pengajian di luar drpd sistem arus perdana, dibimbangi pengajian mereka terbantut kerana faktor kewangan.
ix. Jika anak-anak tidak berminat utk masuk bidang tahfiz spt kemahuan ibu bapa, usah gundah gulana kerana bidang tahfiz bukanlah satu-satunya bidang yg melayakkan seseorang utk masuk syurga. Sesiapa saja boleh masuk syurga walau pun tidak hafaz al-Quran kerana syurga boleh dimasuki dgn rahmat Allah, bukan amal hamba.
x. Akhir sekali, usah terpengaruh dgn janji dan kata-kata manis pengusaha pusat tahfiz. Usah korbankan masa depan anak kita yg menjadi harapan umat dan negara sekadar terpesona dgn pelbagai janji pengusaha pusat tahfiz, apatah lagi pengusaha yg menjual sistem pengajian tahfiz utk mencari habuan duniawi.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TULISLAH DENGAN CINTA
1. Apabila kita menulis sesuatu mengenai peribadi kekasih kita Nabi Muhammad SAW, tulisan itu perlu lahir daripada perasaan cinta yg paling tinggi dan tulus kepada baginda.
2. Tentu tidak wajar kita menulis sesuatu perkara tentang baginda, dengan tulisan yg menjadikan pembaca menafsirkan tulisan itu dgn tafsiran negatif apatah lagi mencetuskan sangka buruk kpd baginda.
3. Nabi SAW memang manusia, tetapi bukan manusia seperti manusia lain. Baginda tidak melakukan kesilapan, bahkan apa yg kita tanggap sebagai kesilapan, itu bukan kesilapan.
4. Jika Allah menegur Nabi SAW atas suatu perkara, itu bukan kerana kesilapan, tapi Allah mahu Nabi SAW buat sesuatu yg lebih baik dan lebih sempurna. Dan itu juga yg diajar oleh Nabi SAW kpd kita iaitu buat sesuatu yg paling sempurna sedaya-upaya.
5. Tidak salah kita bertanya utk mendalami kehidupan Nabi SAW, tapi pertanyaan itu perlu lahir drpd cinta yg mendalam. Persis seorang isteri yg bertanyakan sesuatu kpd suaminya yg dicinta, tentulah pertanyaan itu sangat berlapik dan beradab.
6. Pendek kata, apa saja perkara berkaitan Nabi SAW yg kita ingin selongkar, pastikan ia tercetus drpd cinta yg sangat mendalam. Cinta membibitkan malu. Jika tanpa malu, buatlah apa saja termasuk melukakan hati orang yg kita cinta.
7. Kesalahan menulis tentang suatu keburukan seseorang yg sudah mati begitu besar berbanding menulis sebegitu ke atas orang yg masih hidup kerana orang mati tidak berupaya membela dirinya lagi.
8. Apatah lagi jika yg ditulis tentangnya itu adalah insan paling mulia, kekasih hati kita, Muhammad SAW.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DULU-DULU UMNO YANG BUAT
1. Dulu-dulu, kalau di Perlis, apabila Umno buat apa-apa acara yg ada cabutan bertuah, parti orang perasan suci akan kutuk Umno habis-habisan, kiri kanan depan belakang.
2. Umno rasuah, beli undi, perbodoh orang ramai, kalau tak buat mcm tu tak ada orang, pemimpin Umno songlap duit, orang ramai yg hadir acara itu kebulur..., dan banyak lagi.
3. Apabila orang parti perasan suci nampak orang Umno bawa balik hadiah periuk nasi, atau kipas angin, orang parti perasan suci akan juihkan mulut, sambil perli-perli, "Tahan lima tahun ke periuk tu...?"
4. Itu dulu-dulu. Semasa parti orang perasan suci tu rasa partinya adalah parti suci, sementara Umno pula parti 'kapir' sebab pegang perlembagaan penjajah. Lawan Umno jihad, kalau mati, mati syahid.
5. Tapi kini kerja yg dibuat oleh Umno nampaknya ditiru secara ghairah sekali oleh parti orang perasan suci itu. Buat himpunan jentera PRU pun ada hadiah besar-besar.
6. Kalau Umno buat, macam-macam fatwa orang parti perasan suci itu. Apabila mereka buat, benda haram pun boleh jadi harus dgn serta-merta. Orang lain buat, haram, mereka buat, halal. Halaluna haramukum.
7. Dulu-dulu, orang parti perasan suci anggap hadir acara parti perasan suci adalah jihad. Jika kini, hadir kerana cabutan bertuah atau jihad? Jika dulu mati syahid, kini hadir utk dapat periuk syahid juga?
8. Buatlah apa yg kamu nak buat. Cuma, usahlah orang lain buat salah, kamu buat jadi betul. Kamu buat kira jihad, orang lain buat kira jahat. Kamu buat masuk syurga, orang lain buat tak masuk syurga.
9. Hanya kamu yg betul, orang lain semuanya salah. Padahal, orang parti perasan suci itu, ada nafsu dan kemaruk dunia macam orang lain juga. Jadi, tak payahlah perasan diri suci...!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PERASAN SUCI, TUNAS TAKFIRI

1. Pentaksub Pas memang perasan diri mereka suci, paling bertaqwa, berhati paling bersih, paling dekat dengan Tuhan, tidak banyak dosa, paling diredai Tuhan dan bakal masuk syurga secara pasti.
2. Pendek kata, orang lain yg tidak seperti mereka berhati kotor, jauh drpd Tuhan, tidak bertaqwa, tak dapat reda Tuhan, paling banyak dosa dan bakal terazab di akhirat.
3. Apa buktinya? Cuba baca posting dan komen mereka di FB. Boleh dianggap semuanya memperlekehkan orang lain, meragui keimanan orang lain, mempertikai keislaman orang lain dan menganggap orang lain kotor.
4. Orang yg berbeza dgn mereka diminta bertaubat, tak ikut acara mereka berhati kotor, tak berpakaian seperti mereka dikira sekular, tidak setuju dgn mereka dikira sokong pesta arak, tidak sependapat dgn mereka dikira sokong kafir.
5. Entah apa yg ditanam dlm kepala mereka oleh pemimpin mereka, sehingga sampai ke tahap itu gaya fikir mereka. Apabila dibaca ayat Quran, ayat yg seronok utk mereka. Ayat azab, kafir, munafik, laknat, semuanya utk orang lain.
6. Jika mereka ditimpa musibah, itu ujian dan tanda kasih Tuhan utk mereka. Jika orang lain pula, itu bala dan azab Tuhan. Pendek kata, mereka suci bersih, orang lain semua kotor damuih.
7. Saya menjangkakan selepas dua tahun lebih keluar Pas, pentaksub Pas semakin rasional dan boleh menerima hakikat bahawa Pas hanya parti politik, bukan agama. Berbeza parti dlm politik sama seperti berbeza mazhab dalam fiqh.
8. Namun, jangkaan itu meleset. Setiap hari akan lahir pentaksub baru yg menyebarkan kebencian kerana berbeza parti. Setiap ketika akan muncul idea dan buah fikiran utk memarakkan faham takfiri.
9. Contohnya, apabila MP Amanah bercakap dlm parlimen soal hak non muslim dlm isu arak, MP Amanah dilabel sokong pesta arak dan dikata, "Kamu nak jadi kafir ke, sokong kafir ke, nak masuk neraka ke?"
10. Orang bercakap soal hak dan undang-undang, pentaksub Pas bercakap soal syurga neraka. Teruk betullah otak pentaksub Pas. Mentang-mentanglah dia pakai serban, dia ingat keislamannya sudah tip top.
11. Orang pakai topi, tak pakai serban, dianggap keislamannya longgar dan tak sayang agama. Kalau yg berfikir begitu sekadar lepasan Pasti, bolehlah dimaafkan. Tapi apabila tengok profail...balik al-Azhar.
12. Selagi Pas wujud, dan pentaksubnya perasan diri mereka suci, selama itulah faham takfiri di negara ini akan terus subur.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TAK PERLU JADI USTAZAH UTK BERDAKWAH
1. Malam tadi (29/10), Aishah tampil di hadapan audiens dalam acara Gegar Vaganza. Persembahan Janji Manismu-nya memukau hadirin dan juri. Dia tetap dikagumi dgn gaya dan penampilannya yg beraura tersendiri.
2. Saya hanya menonton persembahannya melalui WhatsApp, sebab di rumah, saya hanya 'melihat' TV tanpa menontonnya, kebetulan saya juga tiada kemudahan Astro.
3. Aishah tampil bertudung sempurna, gaya nyanyinya tulin, senikata lagunya ada falsafah tersendiri (bagi yg mampu menilai dgn akal yg positif) dan tiada aksi kurang selesa di hadapan khalayak.
4. Sangat adil dia menerima ucapan tahniah drpd khalayak atas kehadiran kembalinya ke dunia seni suara tanpa mencetuskan apa-apa kontroversi. Dia tampil dgn dirinya yg sebenar sambil membawa seribu mesej positif.
5. Dunia seni suara perlu dimeriahkan oleh insan seni sebagus Aishah. Dunia itu tidak kotor, bahkan tanpa dunia itu, alam ini terasa beku, kelu, kaku dan tiada warna. Aishah sudah menjadi pewarna indah kpd dunia yg dilihat berwarna 'kelam'.
6. Sejujurnya, sudah ramai penyanyi yg mewarnakan dunia itu dgn warna indah seperti Zainal Abidin, Ramli Sarip, M Nasir, Ito (sekadar yg saya kenal), dan penyanyi Siti Nurhaliza juga pernah tampil dgn gaya selesa sebagai muslimah sebelum ini.
7. Apa yg ingin saya utarakan ialah, penyanyi tidak perlu jadi ustaz atau ustazah utk mengajak orang berbuat baik. Penyanyi boleh terus menyanyi, kerana menyanyi juga adalah wasilah dakwah yg relevan dgn realiti kini.
8. Kerap juga (dulu-dulu) saya dengar ceramah penyanyi yg pakai serban bercakap perkara agama yg saya percaya dia tidak belajar mengenainya. Cakapnya tersasar tapi orang ramai yg tidak tahu anggap cakapnya benar dan dipegang sebagai hukum agama.
9. Lebih baik dia menyanyi drpd berceramah agama, kerana itulah medannya. Asalkan senikata lagu bagus, persembahan terkawal, tidak mendorong khalayak berbuat jahat, kena pada masa dan tempat, teruskanlah.
10. Muzik dan suara wanita macam mana? Maaflah, saya hanya insan bertopi yg tidak cukup suci dan tidak punya upaya dan autoriti dalam mengumpul dalil utk mengharamkan perkara yg harus. Apa yg saya tahu, mengharamhalalkan atau sebaliknya adalah hak Tuhan.
11. Masyarakat kini bukanlah terlalu naif utk menerima sesuatu yg tidak bermanfaat utk kehidupan mereka. Dunia ini bukanlah sendat dgn perkara negatif yg menjadikan orang Islam perlu menutup mata dan telinga 24 jam.
12. Usahlah perasan diri suci, janganlah sempitkan dunia yg luas, tak perlu disekat perkara yg dilepas oleh agama dan jangan kecewakan fitrah kemanusiaan yg dambakan keceriaan dan senyuman.
13. Semoga Aishah sukses dalam acara yg disertainya itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Senarai di bawah adalah golongan yang TIDAK LAYAK mengundi parti Islam Pas dalam PRU 14:
1. Non muslim.
2. Orang yg tolak hudud.
3. Orang yg kritik RUU 355.
4. Orang yg keluar Pas.
5. Pengkhianat Pas.
6. Liberalis dan sekularis.
7. Golongan pragmatis.
8. Nasionalis.
9. Penyokong DAP.
10. Pembaca buku Hannah Yeoh.

30 Mei 2017

TERUSKAN LANGKAH KITA
30 Mei 2017
1. Usah pedulikan satu atau dua individu yg cuba merobek hubungan baik antara pelbagai agama yg sedang berlangsung dalam negara ini sekarang. Keharmonian ini mesti dipertahankan dan disuburkan.
2. Keislaman seseorang tidak menjadi lebih kuat dgn kebencian orang beragama lain kepadanya. Jika ada mana-mana individu muslim yg menyebarkan kebencian antara penganut pelbagai agama, saya tegaskan, itu bukan ajaran Islam.
3. Muslim sebegitu bukan berpegang dgn Islam yg dibawa oleh Nabi kerana baginda menghormati, memulia serta sentiasa menjalin hubungan baik dengan semua orang tanpa mengira perbezaan agama. Perbezaan agama adalah kehendak Allah, bukan urusan manusia.
4. Mana-mana individu muslim yg menyebarkan kebencian antara agama adalah musuh kemanusiaan. Orang sebegitu fitrahnya sudah rosak. Orang yang fitrahnya sempurna dan stabil akan sentiasa memuliakan manusia lain kerana itu adalah ajaran al-Quran.
5. Seorang muslim yg sayangkan Islam dan orang Islam bukan membenci apatah lagi memusuhi penganut agama lain. Allah yg berhak membuat apa saja ke atas hamba-Nya sekehendak-Nya memuliakan semua hamba-Nya, siapa kita utk menyebarkan kebencian hanya kerana berbeza agama?
CARILAH MEREKA!
29 Mei 2017
Syor saya, jika kita ingin memberi sumbangan kpd fakir, berkunjunglah ke rumah mereka.
Usahlah buat majlis, naikkan sepanduk program dan jemput mereka datang beramai-ramai utk terima sumbangan kita.
Muliakanlah manusia. Mereka juga punya harga diri.

"TUHAN MENCARUT"

1. Sebenarnya, saya sangat tidak berminat utk merespon orang yg masih mencabar Amanah, kenapa tiada respon terhadap kenyataan Tun M terhadap isu Tuhan mencarut yg ditanggapi oleh pihak itu, Tun M menghina TGNA dengan kenyataannya itu.
2. Orang yg mendesak respon Amanah itu bukan bertujuan membela TGNA jika itu ditanggapi sebagai penghinaan, tetapi mahu mengheret Amanah terjun ke dalam perangkap yg mereka pasang atas nama sokong Tun M utk hina TGNA. Berikut adalah respon saya, tapi respon ini bukan bagi pihak Amanah. Ini respon peribadi saya.
3. Sama ada kenyataan TGNA Tuhan mencarut itu betul atau salah, penjelasan mengenainya sudah ada semenjak hayat TGNA lagi. Ada orang yg menganggap kenyataan TGNA itu tidak salah, itu haknya. Tentu saja ada orang yg menganggap kenyataan TGNA itu salah, itu juga perlu diterima dgn lapang fikiran. Hal ini kerana, kenyataan TGNA itu boleh disorot drpd pelbagai sudut pandang yg memungkinkan pelbagai tafsiran yg mencetuskan pula pelbagai sikap dan pendirian.
4. Bagi saya, sama ada kenyataan Tuhan mencarut itu salah atau betul, terpulang kpd pendirian masing-masing. Debat mengenainya tidak membawa kita kemana-mana. Orang yg kata betul tidak menjadikan aqidahnya terancam dan orang yg kata salah tidak menjadikan solatnya lebih khusyuk.
5. Ia debat tentang pemahaman suatu istilah yg punya implikasi makna yang berbeza bergantung kpd lokasi dan masa istilah itu digunakan. Juga bergantung kpd maksud sebenar orang yg mengguna pakai istilah itu. Dalam hal ini, ada disiplin ilmu khusus dlm bab memahami sesuatu istilah yg digunapakai oleh orang tertentu.
6. Kalimah carut dlm Kamus Dewan membawa maksud perkataan yg keji dan kotor. Orang yg bermazhab kamus akan berkata, TGNA telah bercakap sesuatu yg tidak betul tentang Tuhan. Berbeza pula dgn orang yg melihat ungkapan carut dari sudut budaya bahasa kedaerahan yg tentunya itu membawa maksud yg berbeza. Dia anggap kenyataan TGNA tiada salah apa-apa. Itu juga betul dan perlu diraikan.
7. Adakah Tun M hina TGNA? Ucapan Tun M itu juga punya pelbagai tafsiran. Bagi orang yg punya sentimen bencikan Tun M tentulah dia dilabel telah menghina orang yg sudah mati. Di atas premis inilah Amanah dilempar, iaitu kononnya membiarkan Tun M menghina TGNA. Alasannya, Amanah berkawan baik dgn Tun M.
8. Dalam soal hina orang lain, pendirian saya jelas, iaitu tiada sesiapa yg boleh menghina sesiapa pun sama ada yg masih hidup apatah lagi yg sudah mati. Jika Tun M, dengan ucapannya itu bertujuan menghina TGNA, maka dia salah. Dosanya terpulang ke atas dirinya sendiri. Saya dan semua orang Amanah tidak merestui perbuatan itu.
9. Kenapa sokong Tun M hina TGNA? Nanti dulu, sebab sama ada ucapan Tun M dikira hina TGNA atau tidak belum dianalisa lagi. Saya dan orang Amanah bukan sokong Tun M hina TGNA (jika dianggap ucapan itu menghina), tapi sokong gerak kerja politiknya utk lawan Umno/BN. Itu jelas.
10. Selagi Tun M lawan Umno/BN, kami bersamanya. Kebersamaan dlm gerak kerja politik dgn sesiapa saja adalah urusan muamalat, bukan urusan aqidah dan ibadat. Jika orang Islam dibenarkan berjual beli dgn orang kafir, apa salahnya bergerak kerja politik bersama orang yg hina orang lain (jika dianggap ucapan itu menghina). Bukankah kekufuran lebih buruk drpd perbuatan menghina? Jika berjual beli dgn orang kafir boleh, takkanlah bekerjasama politik dgn orang yg dikata hina orang lain suatu kesalahan pula?
11. Saya sudah sebut tadi, jika Tun M menghina TGNA, dia salah. Noktah. Seterusnga, saya cuba melihat ucapan Tun M dari sudut pandang lain, bukan utk semata-mata membela Tun M, kerana saya tiada kepentingan apa-apa utk membelanya. Tapi utk melatih diri utk berfikir dlm ruang yg bukan mempersucikan diri sendiri.
12. Gaya fikir mempersucikan diri sendiri dgn melihat orang lain semuanya salah boleh menjurus kpd pemikiran takfiri. Inilah yg terjadi dalam Pas apabila orang Pas melihat Pas parti yg suci dan orang yg tidak bersama Pas kotor dan berdosa. Ini juga pemikiran Abdul Hadi Awang dan konco-konconya, dulu dan bertambah parah pada masa kini.
13. Itulah idea yg cuba saya sorot drpd ucapan Tun M dlm kes ini, iaitu mengikis ketaksuban melulu kpd parti dan individu tertentu. Tun M memberi gambaran bahawa ketaksuban orang Pas kpd Pas terlalu dahsyat, sehingga apa saja yg pemimpin Pas kata, sama ada perkataan itu betul atau salah, mereka akan ikut dan pertahankan. Orang Pas jarang menganalisa kenyataan pemimpin mereka secara objektif dan kritis. Ini bahaya.
14. Maksudnya, Tun M cuba menggambarkan kpd umum tentang bahaya penyakit taksub kpd parti dan pemimpin yg berakar umbi dalam Pas. Justeru, isu sama ada Tun M hina TGNA atau tidak, tidak berbangkit, jika ucapannya disorot dari sudut pandang ini. Juga isu Amanah merelai perbuatan Tun M hina TGNA juga tidak berbangkit.
15. Taksubkan individu, sekalipun individu itu adalah tokoh yg sangat dihormati, apatah lagi sampai ke tahap menganggap semua perkataannya betul tanpa boleh dipersoalkan adalah barah dalam beragama. Kewujudan berhala dalam sejarah manusia bermula drpd ketaksuban melampau terhadap individu sebegitu.
16. Mana boleh, Tun M telah hina TGNA...! Terpulanglah kpd sesiapa yg ingin menanggapinya sebegitu. Itu haknya. Cuma janganlah orang itu berkecil hati jika ada orang lain menganggap TGNA telah menghina Tuhan dgn ucapannya Tuhan mencarut. Setujukah orang itu? Sebab itu, saya katakan, mari kita tanggapi kedua-dua ucapan itu, sama ada ucapan TGNA atau ucapan Tun M dari sudut pandang lain selain sudut pandang sentimen dan emosi politik.
17. Aaahhh... Kamu sokong Tun M, tentulah kamu bela dia. Saya rasa pendirian saya jelas, iaitu membela kebenaran dlm ruang lingkup penilaian sesuatu sama ada benar atau salah secara objektif dan rasional bukan sentimen dan emosional. Bukankah al-Quran mengajar kita berfikir dan menganalisa sebelum menentukan sesuatu pendirian kerana fikir dan analisa adalah gerbang ilmu. Al-Quran melarang kita membuat pendirian tanpa ilmu.
18. Kesimpulannya, sebagaimana kita bersedia, lebih selesa dan lebih menenangkan jiwa untuk kita menganggap TGNA tidak menghina Tuhan dgn ucapannya Tuhan mencarut, apa salahnya, kita juga menganggap Tun M tidak menghina TGNA dlm ucapannya itu. Kerana jika kita menganggap sebaliknya kpd Tun M, orang lain juga boleh menganggap sebaliknya kpd TGNA.
19. Justeru, di mana noktahnya kemelut ini?
ZOLA
Arau, Perlis
210517
HEBATNYA LEBAI WALAUN
20 Mei 2017

1. Dr Mohamed Salim el-Ewa dlm pendahuluan bukunya (Hukuman Dlm Undang-undang Islam: Satu Kajian Perbandingan), yg ditulis dalam bahasa Inggeris dan dialih bahasa ke bahasa Melayu oleh DBP berkata, beliau ada dua masalah besar ketika menulis buku itu.
2. Masalah pertama, mengumpul bahan yg sangat banyak drpd pelbagai rujukan fiqh drpd semua mazhab fiqh Islam kerana memerlukan usaha yg gigih untuk terbiasa dgn kaedah penulisan ahli fiqh dgn bahasa yg khusus utk sesuatu topik.
3. Masalah kedua, menterjemah teks al-Quran dan hadith drpd bahasa Arab ke bahasa Inggeris kerana al-Quran adalah kitab yg secara asasnya tidak berupaya diterjemahkan. Beliau memetik perkataan Prof Arberry, al-Quran seperti karya sastera terbaik yg lain, tak mungkin dapat diterjemahkan.
4. Sebab itu aku kata lebai walaun memang hebat. Mereka berupaya menyimpulkan pelbagai aliran pemikiran fiqh dlm semua karya tokoh fiqh terulung dgn mudah saja. Buktinya, RUU 355. Mereka menghukum kafir orang yg tidak menyokong RUU 355 versi mereka dgn hujah, ini hukum Allah. Demikian kesimpulan mereka setelah semua kitab fiqh mereka kaji dan baca.
5. Jika el-Ewa sendiri berasa begitu sukar utk menyimpulkan pelbagai aliran pemikiran tokoh fiqh sebagai hukum Allah, lebai walaun dgn mudah saja menyimpulkan RUU 355 sebagai hukum Allah. Nyata, lebai walaun lebih hebat drpd sarjana Islam el-Ewa. Hebat lebai walaun.
6. Begitu juga dgn penterjemahan teks al-Quran ke dalam bahasa lain. Lebai walaun sangat hebat, kopipes ayat al-Quran dan terjemahannya di sana-sini, kemudian buat kesimpulan hukum, ini hukum Allah, sesiapa lawan hukum Allah menjadi kafir. Misalnya, dalam kes wala', dikopipes ayat wala' dan dibuat kesimpulan hukum, sokong orang kafir adalah haram.
7. El-Ewa begitu sukar menterjemahnya, tetapi kerja itu mudah saja bagi lebai walaun. Bahkan lebai, dgn terjemahan saja, sudah boleh mengistinbat hukum syarak daripada terjemahan itu. El-Ewa tidak hebat, lebai walaun lagi hebat. Sepatutnya, sarjana Islam seperti el-Ewa berguru dgn lebai walaun.
8. Oh ya, buku el-Ewa itu ditulis pada tahun 1981 dan diterjemah serta diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka pada tahun 1999. Ia membincangkan pelaksanaan hukum hudud dlm konteks semasa. Bagi beliau kesalahan hudud yg dinaskan hanya empat saja iaitu mencuri, merompak, berzina dan menuduh zina.
ZOLA
Arau, Perlis
200517

KEBEBASAN MEMILIH AGAMA
19 Mei 2017

1. Dr Taha Jabir al-Alwani, salah seorang pengasas IIIT, dalam bukunya La Ikraha fi al-Din (Tiada Paksaan Dalam Agama) menulis tentang kebebasan beragama:
i. "Dalam al-Quran tercatat begitu banyak ayat yg menyokong kebebasan manusia khususnya dalam memilih kepercayaan, tidak boleh memaksa utk menerima kepercayaan tertentu, atau mengubah kepercayaannya kepada kepercayaan yg lain. Hal ini kerana kepercayaan adalah hak istimewa manusia dlm hubungan dgn Tuhannya."
ii. "Tidak ada sesiapa pun yg boleh memaksa orang lain utk berpegang dgn suatu kepercayaan, atau mengubah kepercayaannya dalam apa-apa situasi dan dgn apa-apa cara pun, seperti menyekat keperluannya atau sebarang tawaran habuan kebendaan dan sebagainya."
iii. "Justeru, para fuqaha' berpendapat, tidak boleh seseorang suami muslim mendesak isterinya yg tidak Islam menerima Islam, atau memperkecilkan agamanya, atau membandingkan Islam dgn agamanya dlm percubaannya utk mengajaknya kepada Islam."
iv. "Semua tindakan itu dianggap tekanan ke atas isterinya yg membawa kpd paksaan utk menukar agama. Bahkan isterinya yg tidak Islam berhak pergi ke gereja, rumah ibadat dan suaminya yg muslim tidak berhak menghalangnya."
2. Kenyataan Dr Taha di atas lebih dahsyat drpd kenyataan Hannah Yeoh. Bahkan buku Dr Taha tersebut dibaca oleh begitu ramai orang Islam kerana ada terjemahannya dalam bahasa Melayu. Dr Taha bukan sekadar mempromosikan kebebasan beragama bahkan berpendapat, tidak boleh seorang suami muslim melarang isterinya yg tidak Islam utk ke gereja.
3. Tidak adakah mana-mana ahli akademik nak rujukkan buku Dr Taha ini kpd polis? Kenyataan Dr Taha lebih berbahaya sebab berhujah dgn al-Quran, bahkan tajuk bukunya pun menggunakan ayat al-Quran. Beliau dilihat cuba mempengaruhi orang Islam agar bertolak-ansur dgn penganut agama lain, wajarkah bukunya dibiarkan tersebar?
4. Dr Taha lebih bahaya drpd Hannah sebab beliau seorang muslim yg mengajak supaya bertoleransi terhadap non muslim. Ajakan Hannah tidak terlalu bahaya kerana orang tahu dia bukan muslim berbanding ajakan Dr Taha. Mengapa dibiarkan Dr Taha?
ZOLA
Arau, Perlis
190517

AHLI AKADEMIK BERPOLITIK
18 Mei 2017

1. Pada hemat saya, tindakan seorang ahli akademik (sebab dia ada PhD) membangkitkan utk tatapan umum kandungan buku tulisan Hannah Yeoh (saya tak baca pun) yg dikatakan mengajak pembaca Islam utk terpengaruh dgn agama Kristian, bermotif politik. Ini boleh dihidu drpd beberapa pengamatan berikut:
i. Jika bangkitan itu bermotif ilmu, ia diwacanakan dlm kalangan ilmuwan dgn membawa sekali penulisnya utk merespon satu persatu perkara yg dibangkitkan. Tentu universiti tempat pensyarah itu mengajar bersedia menjadi penganjurnya. Penulisnya boleh dikritik secara berdepan, secara ilmiah dan diselesaikan dimeja para ilmuan.
ii. Jika bangkitan itu bermotif keselamatan atau agama, ia boleh diselesaikan dgn serahan tindakan lanjut kpd KDN dan Jakim. Buku itu boleh diharamkan dan boleh ditarik balik drpd pasaran serta-merta. Sudah ratusan judul buku yg diharamkan oleh pihak berkuasa tanpa perlu dipolemikkan kandungannya di FB seperti yg ahli akademik itu lakukan.
2. Bahkan saya katakan, ahli akademik itu secara sengaja mempolemikkan isi kandungan buku itu dan mempolitikkannya kerana penulisnya pemimpin DAP. Tujuannya ialah, memberi gambaran buruk tentang DAP kpd pengundi Melayu Islam. Soalan saya, jika Hannah Yeoh bukan orang DAP;
i. Adakah mana-mana pensyarah universiti akan rasa tergugat iman dgn buku yg ditulis olehnya?
ii. Adakah dia dianggap mengembangkan agama bukan Islam kpd orang Islam melalui bukunya itu?
iii. Adakah dia akan direpot polis telah melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pengembangan Agama Bukan Islam Kpd Orang Islam? (Di Perlis saya terlibat membahaskan enakmen ini pada tahun 2002).
iv. Adakah bukunya akan dibaca utk dicari bahan yg boleh ditimbulkan sebagai polemik dalam masyarakat umum?
v. Adakah seorang ahli akademik Melayu Islam sanggup bersusah-payah berbuat sesuatu yg boleh menimbulkan keresahan dlm masyarakat umum dlm keadaan itu boleh dielak?
3. Ketika kita sedang berusaha utk membentuk iklim hubungan antara agama yg sihat dlm negara ini, kemunculan ahli akademik yg cuba memanipulasi ketajaman sentimen keagamaan yg sedia wujud boleh dianggap perbuatan tidak bertanggungjawab. Sepatutnya ahli akademik mengelak diri drpd menampilkan untuk tatapan umum polemik yg tidak sihat sebegitu.
4. Oh, bela Hannah Yeoh? Ini bukan isunya. Isunya ialah cara perkara ini ditangani oleh ahli akademik berkenaan. Dari satu sudut, ia sengaja dibuat utk memberi gambaran kpd umum bahawa DAP musuh Islam. Label itu memang sengaja dipromosikan dan selari dgn kemahuan politik Umno. Dlm keadaan hal ini boleh dielak oleh seorang ahli akademik, mengapa ia dilakukan? Sangkaan saya, ya, ahli akademik itu memang mesra Umno.
5. Dia nak mesra Umno, itu haknya. Cuma, dia perlu bertanggungjawab utk tidak membangkitkan isu-isu sensitif ini dlm kalangan khalayak kerana ia boleh diselesaikan melalui pendekatan yg saya sebutkan tadi, debat intelek dan serahkan kpd pihak berkuasa.
6. Saya fikir, ahli akademik perlu jujur dgn ilmu. Jiwa ahli akademik mesti halus dan luhur. Tugas ahli akademik ialah menebarkan ketenangan. Ahli akademik wajib mempromosikan toleransi peringkat tertinggi khususnya dlm konteks hubungan antara pelbagai agama. Jangan lacurkan kemurnian status sebagai ahli akademik dgn sentimen politik kepartian sehingga merosakkan keharmonian hidup antara warga.
ZOLA
Bukan Ahli Akademik
Arau, Perlis
18052017
USAHLAH BERASA DIRI SUCI
17 Mei 2017

1. Sehari dua ini, artis Izara Aishah dihentam sakan kerana didakwa berpakaian tidak sopan. Dia bukan sekadar dihukum berdosa, bahkan dinerakakan. Bertalu-talu kutukan ditala ke arahnya. Seolah-olah dia sudah berbuat dosa yg tidak terampun. Pintu taubat untuknya bagaikan tertutup dan terkunci mati. Dia bagaikan musuh Tuhan yg terisytihar perang.
2. Orang yg mengutuk itu pula berasa dirinya tidak berdosa dan tidak akan berbuat dosa. Seolah-olah dirinya suci umpama malaikat atau nabi. Jika dia mati, syurga melambai-lambainya dari jauh. Pengutuk itu berasa seolah-olah dia adalah kekasih Tuhan yg paling hampir sehingga layak menerakakan orang lain. Hanya kerana dia berpakaian lebih baik daripada artis itu yg dilabelnya tidak Islamik.
3. Aku bukan menyokong artis itu berpakaian sebegitu. Tidak. Dia memang salah dalam hal itu. Tapi, usahlah dia dikutuk keterlaluan sehingga dinerakakan. Perbuatannya berdosa, tapi dosanya bakal terampun dgn maghfirah Tuhannya. Jika dia sendiri sudah insaf dgn perbuatannya, usahlah orang lain mengambil tugas Tuhan utk menerakakannya pula.
4. Aibnya yang lama usah ditular kembali. Tutuplah aib itu kerana itu aib peribadinya. Semua orang ada aib sendiri yg tidak mahu ditularkan. Beri peluang kepadanya membetulkan kesilapannya. Doanya termakbul jika dia terzalim dengan tularan aibnya itu. Orang yg menularnya bakal berdepan hukuman Tuhan jika dia tidak menghentikan kerja menularkan aib itu.
5. Kuat beragama sepatutnya menjadikan seseorang sentiasa menginsafi kelemahan dan kekurangan diri. Bukan berasa diri sudah suci dan orang lain semuanya kotor. Itu dipanggil ghurur yakni tertipu dgn diri sendiri. Orang yg kuat beragama perlu sentiasa sedar ruang kemasukan syaitan utk merosakkan dirinya. Antara ruang itu ialah berasa diri sendiri suci.
6. Maka, janganlah kamu mempersucikan dirimu sendiri, kerana Dia (Allah) lebih tahu siapa yg paling bertaqwa (dalam kalangan manusia). Demikian maksud kata Tuhan dalam kitabnya. Sesiapa yg berasa dirinya bagus, tingkatkan kebagusan itu dengan merendah diri. Kerana orang yg bagus ialah orang yg sentiasa berasa ada orang lain yg lebih bagus daripadanya.
7. Jadilah penyelamat, bukan penghukum.
ZOLA - Arau, Perlis.
GURU SAYA
16 Mei 2017

1. Antara guru saya, juga sahabat, bos dan sekali-sekala menjadi ayah ialah Ust Hj Ahmad Ali. Beliau juga dikenal dgn nama Saad. Lepasan al-Azhar dlm bidang Usul al-Fiqh, bekas pensyarah UM, UIAM dan sebuah universiti Islam di Brunei. Kini, beliau masih sihat dan masih punya kudrat utk memandu sendiri. Beliau pernah menetap di Mesir hampir 20 tahun.
2. Beliau guru saya kerana saya menadah kitab Usul al-Fiqh karangan Syeikh Muhammad Abu an-Nur Zuhair dengannya. Saya juga menadah dengannya Mughni al-Muhtaj. Walau pun bukan dari kulit ke kulit, tetapi saya sudah boleh menyerap lenggok bahasa kedua-dua kitab itu dan boleh memahaminya secara sepintas lalu secara bersendirian.
3. Saya boleh bercerita beliau sebagai sahabat, bos dan ayah pada posting yg lain. Posting ini sekadar mengenang beliau sebagai guru saya yg saya sangat sayang dan hormat walaupun kini kami berbeza wadah politik.
4. Semoga Allah sentiasa merahmati guruku ini. Amin, ya rabb.

JOM BERITAHU RAKYAT
15 Mei 2017

1. Kata Hashim Jasin di Kepala Batas, P Pinang, "Kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan Umno tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan lain termasuk Parti Cinta Malaysia yang menunjukkan minat." - Utusan Online, 14 Mei 2017.
2. Jom kita beritahu rakyat kenyataan mursyid am itu. Biar rakyat tahu siapa Pas sebenar supaya rakyat tidak tertipu dgn helah mereka. Wahai Pas, teruskan, kami tak berhasrat dan tak berhak nak halang.
3. Dalil dan hujah tuan guru boleh carikan. Tiada masalah. Wahai tuan guru, teruskan, teruskan, teruskan saja sehingga sampai ke kemuncaknya. Usah bermadah berhelah lagi. Selamat berbahagia.

KERJASAMA POLITIK PAS - UMNO
14 Mei 2017

1. Kata Hashim Jasin, “Kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan Umno tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan lain termasuk Parti Cinta Malaysia yang menunjukkan minat." Lapor Utusan Online bertarikh 14 Mei '17 dalam ucapannya di Kepala Batas, Pulau Pinang.

2. Silakan. Terpulang kpd Pas utk melakukannya dgn siapa dan parti mana sahaja. Hak demokrasi Pas dalam hal ini tak wajar disekat apatah lagi dicabuli. Banyak dalil yg boleh Pas kemukakan utk mentabrirkan kerjasama politik dgn Umno, sebuah parti yg pernah diasabiahkan, disekularkan bahkan dikafirkan oleh Pas.

3. Sesiapa pun tiada hak utk campurtangan dlm keputusan Pas itu, bahkan sepatutnya, tahaluf itu wajar disegerakan pemuktamadannya secara berdokumentasi supaya rakyat lebih mudah menentukan pendirian politik mereka terhadap Pas. Apa pun, itu juga terpulang kpd Pas, sebab itu juga hak Pas.

4. Sebagaimana pihak lain menghormati keputusan Pas itu, sewajarnya Pas juga menghormati keputusan pihak lain. Jika Pas boleh bertahaluf siyasi dgn Umno, mengapa pula Amanah tidak boleh bertahaluf siyasi dgn Dap? Jika Pas boleh putus hubungan dgn Keadilan, apa salahnya Amanah putus hubungan dgn Pas? Bukankah kita semua sedang berpolitik?

5. Dap anti agama, itu kata Pas. Pkr khianat Islam, itu juga kata Pas. Kenapa Pas tidak anggap Umno anti agama dan khianati Islam? Oh, saya ulang, itu juga hak Pas utk labelkan sesiapa saja anti agama atau khinati Islam. Maka, jika ada orang kata, Pas juga anti agama dan khianat Islam, Pas janganlah marah. Bukankah kita semua sedang berpolitik?

6. Oh, Amanah khianat sebab keluar Pas. Kami pula katakan, Pas khianat sebab keluar PR. Oh, Amanah larikan kerusi. Kami katakan, buat apa tunggu lagi di kerusi exco Selangor? Mahu kerusi? Oh, larikan kerusi makan gaji haram. Kami juga boleh kata, makan gaji haram juga exco Selangor? Mengapa apabila Pas buat halal, orang lain buat haram? Bukankah kita semua sedang berpolitik?

7. Mursyid Am Pas itu, walaupun agamawan, dia adalah agamawan politik. Kluk klek atau flip flop politik ada dalam mindanya. Suatu masa dulu, dia begitu anti Umno sehingga papan tanda ajak orang solat jamaah yg dipasang oleh syarikat yg ada kaitan dgn Umno pun dihentamnya. Tapi kini, dia sudah begitu lunak dgn Umno bahkan dgn ketua Umno Perlis juga sudah semakin mesra. Oh, saya ulang lagi, itu hak demokrasi Pas bukan? Silakan saja.

8. Pas parti politik, bukan agama. Keluar Pas bukan keluar agama. Ulama Pas bukan nabi. Mursyidul Am Pas bukan Amirul Mukminin. Pemimpin Pas manusia, bukan malaikat. Mereka ada mulut, perut, kemaluan dan kemahuan duniawi macam orang lain juga. Jika ulama Pas terima 90j drpd Najib, apa yg peliknya? Mereka manusiakan? Oh ya, Pas nak terima duit drpd siapa pun terpulang, itu haknya.

9. Tetapi, apabila Pas bersekongkol dgn Umno, pemimpin kleptokrat Umno yg kerkah duit negara, merestui kezaliman Umno, ini tak boleh dibiarkan. Amanah tampil lawan Pas dalam hal ini iaitu Pas beri oksigen kpd Umno. Eh, biarlah Pas nak beri oksigen kpd Umno, itu hak Pas. Maka, begitulah Amanah nak lawan Pas dlm pilihanraya. Biarlah. Ini juga hak demokrasi Amanah. Kita semua bukankah sedang berpolitik?

10. Saya katakan, jika Pas nak bertahaluf siyasi dgn Umno, silakan dan teruskan. Kami akan beritahu rakyat, Pas bertahaluf siyasi dgn Umno. Itu juga hak kami. Tiada siapa yg batal syahadah, tiada siapa batal aqidah, tiada siapa yg jadi munafiq hanya kerana berbeza wadah politik.

11. Wahai Mursyid Am Pas, bukankah kita sedang berpolitik? Maka, usahlah 'Lakum dinukum waliya din'kan orang yg keluar Pas. Tak gitu tuan guru?


CERITA MINGGU LEPAS DAN PAGI INI
10 Mei 2017

1. Minggu lepas, di Giant Kangar, jumpa seorang aktivis Pas Padang Besar. Beliau banyak membantu saya dlm PRU 12 ketika saya bertanding mewakili parti itu di parlimen Padang Besar. Dia berketayap dan menegur saya dgn ramah.
2. Katanya memulakan bicara, kami dah tak ambil tahu pasal Pas. Kami tak keluar Pas, tapi kami biarkan saja cawangan kami mampus. Kami tak buat mesyuarat agung dan tak buat apa-apa aktiviti lagi. Kami tak hadir mesyuarat agung kawasan baru-baru ini.
3. Dia turut ucap tahniah atas perlantikan saya sebagai AJK Amanah Nasional. Begitu bersemangat dia bercakap soal Pas semakin mesra Umno. Dia mahu Amanah menang semua kerusi yg bakal ditandingi di Perlis.
4. Pagi ini, di Maybank Kangar jumpa seorang bekas pegawai mahkamah syariah Perlis. Dia rakan sejawat saya semasa bekerja dgn kerajaan dulu. Biliknya bersebelahan bilik saya. Dulunya dia berkupiah hitam, kini berketayap.
5. Asalnya, dia ahli Umno, masuk dan aktif Pas sehingga namanya pernah tersenarai pendek sebagai bakal calon Pas dalam PRU 12 yg lalu. Dia tegur saya dgn ceria. Katanya, saya ikuti perkembangan enta. Depa doa buruk utk orang lain, khemah depa yang berterabur kena ribut.
6. Gembira sekali dia bercerita tentang tragedi yg menimpa muktamar Pas itu. Saya senyum sambil jawab, kita kena ada perubahan dalam hidup, barulah kehidupan kita jadi ceria. Dia angguk faham maksud cakap saya.
7. Begitulah pergolakan dan perubahan yang berlaku kini. Semuanya berlaku secara normal, tanpa desakan, tanpa tekanan bahkan tanpa ajakan.

SEBAT SAJA, APA SUSAH?

1. Mengambil kira realiti (waqi') tidak bermaksud menundukkan syariah kpd realiti tetapi bermaksud menyerasikan realiti dgn syariah supaya syariah mencetuskan kebaikan sebaik sahaja terlaksana dlm realiti itu.
2. Membina sebuah bangunan tinggi di Jepun yg sering dilanda gempa bumi tidak sama dgn membina sebuah bangunan tinggi di KL dari semua sudut. Ini contoh amalan mengambil kira realiti dlm pembinaan.
3. Malaysia bukan Madinah, zaman ini bukan zaman kerajaan Abbasiah dan penduduk Malaysia bukan Arab. Nabi pernah bertanyakan Aisyah, mengapa tiada bunyi-bunyian ketika mengiringi rombongan pengantin kerana orang Ansar sukakan bunyi-bunyian?
4. Apabila diberitahu, raja-raja pada zaman itu tidak melayan surat yg tidak punya cop mohor, baginda memerintahkan sahabat menyediakannya utk baginda dlm bentuk cincin. Begitulah Nabi meraikan realiti dan kebiasaan masyarakat yg baginda pimpin.
5. Pelaksanaan syariah di negara ini perlu mengambilkira realiti negara ini. Menyanggah realiti boleh mencetuskan ketegangan dalam hubungan antara warganegara, dan sudah tentulah itu tidak menepati maksud (tujuan) penurunan syariah iaitu membawa keadilan, rahmah, hikmah dan maslahah.
6. Jika pelaksanaan sesuatu peraturan agama yg dilabelkan syariah, tetapi pelaksanaannya mencetuskan ketegangan, hakikatnya itu bukan syariah, tetapi hawa nafsu.
7. Antara realiti yg perlu diambil kira ialah kejahilan terhadap syariah sama ada secara umum atau mana-mana satu tuntutan syariah secara khusus yg mahu dilaksanakan. Sekadar contoh, rakyat negara ini termasuk orang Islam masih jahil tentang syariah hudud.
8. Kejahilan adalah alasan yg diterima oleh Islam dlm penguatkuasaan sesuatu peraturan. Justeru, Allah tidak mengazab sesuatu kaum sehingga diutuskan kpd mereka rasul. Seseorang yg tidak tahu bahawa arak adalah haram misalnya, tidak disebat walaupun dia minum arak.
9. Perlukah ditunggu sehingga semua orang bijak? Tentulah itu sesuatu yg mustahil. Cuma, usaha membijakkan rakyat perlu dibuat pada tahap optimum melalui penambahbaikan sistem pendidikan dlm segenap bidang sehingga jika ada rakyat yg bodoh, itu berlaku bukan kerana kegagalan dlm sistem pendidikan negara tetapi kegagalan individu itu sendiri yg sengaja membiarkan dirinya jahil secara sukarela.
10. Pelaksanaan undang-undang lain tak perlu tunggu orang ramai faham pun, mengapa pelaksanaan undang-undang syariah perlukan kefahaman? Ya, inilah keistimewaan dan keindahan syariah yg meraikan kemuliaan kedudukan manusia. Kita bukan binatang yg boleh disesah sesuka hati oleh pihak yg berasa mereka tuan. Kita bukan hamba tetapi warganegara.
11. Justeru, jika ditinjau sejarah, pelaksanaan undang-undang potong tangan misalnya terlaksana bukan sebaik saja Nabi sampai di Madinah, tetapi terlaksana selepas sturuktur negara Madinah dari segenap segi sudah mantap dan diterima dgn baik oleh warganya.
12. Oleh hal yg demikian, demi memastikan pelaksanaan syariah mencapai tujuannya, dlm konteks tulisan ini merujuk kpd hukuman (walaupun bukan itu saja isi kandungan syariah), sistem pendidikan negara ini khususnya pendidikan syariah mesti dimantap dan ditambahbaik sesuai dgn perkembangan sistem pendidikan dlm bidang-bidang lain.
13. Ketika bidang-bidang lain sudah berkembang begitu pesat; kejuruteraan, perubatan, sosiologi, ekonomi... bidang pendidikan syariah masih merangkak. Adilkah rakyat dihukum dgn hukuman syariah ketika mereka jahil tentang syariah?
14. Adilkah seseorang dihukum kafir kerana meninggalkan solat, dalam keadaan dia tidak tahu solat adalah wajib atau dia tidak tahu bersolat?

9.5.2017


JUAL AGAMA ATAS JALANRAYA

1. Kereta saya ditahan oleh polis. Saya berhenti dan tanya, kenapa encik? Dia jawab, encik tak pakai tali pinggang keledar. Saya pegang tali pinggang keledar dan jawab, eh, saya pakai encik. Ni saya pakai...!
2. Polis kata, tadi kat trafik light sana, encik tak pakai. Saya jawab, saya pakai. Dia kata lagi, kami nampak encik tak pakai. Saya kata, macam mana encik nampak, encik di sini, trafik light di sana? Saya pakai...!
3. Polis kata, sekejap saya hubungi kawan saya di sana. Polis di walkie-talkie bercakap, kereta xxxxxx, tak pakai tali pinggang keledar. Polis tu kata, encik dengar, dia kata encik tak pakai tadi.
4. Saya jawab, saya pakai. Polis tanya, mana bukti? Saya kata sambil pegang tali keledar, ni saya pakai. Macam mana encik kata saya tak pakai? Polis kata, di sana tadi encik tak pakai. Saya kata, saya pakai...! Mana encik tahu saya tak pakai, encik bukan nampak.
5. Polis tu kata, encik, tak baik encik cakap bohong. Agama tak bagi cakap bohong. Di akhirat esok, encik boleh masuk neraka kalau encik cakap bohong. Kalau encik tak pakai, baik encik mengaku...! Saya kata, encik...bab agama ni encik tak payah syarah kat sayalah...! Saya bukan pandai, tapi saya rasa saya lebih tahu daripada encik. Macam mana encik tahu saya akan masuk neraka di akhirat? Mana encik tahu saya bohong?
6. Polis kata, betul encik pakai? Saya kata, ni kan saya pakai. Polis tu kata, oklah encik boleh jalan. Saya pun tutup tingkap kereta dan jalan. Di belakang saya berderet kereta bakal disaman.
7. Saya pandang anak remaja lelaki saya di sebelah sambil senyum. Dia senyum balik. Hanya kami yang tahu cerita sebenar, saya pakai atau tidak tali pinggang keledar pada hari itu, lima tahun yg lalu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TERIMA KASIH RAFIZI

1. Sebagai rakyat Malaysia yg mendambakan sebuah negara yg berurustadbir telus dan berakauntabiliti, saya berasa bersyukur kerana negara ini memiliki seorang insan seberani dan segigih Rafizi. Keberadaannya dlm gelanggang politik, menjadikan rakyat semakin sedar tentang kebobrokan pemimpin kleptokrasi Umno/BN dan sekutunya.
2. Saya yakin, setiap individu rakyat yg mahukan negara ini bebas daripada rasuah dan salahguna kuasa melihat Rafizi sebagai sosok yg mewakili mereka dlm penuntutan dan pengembalian hak. Jika sebelum ini, rakyat dibungkam dgn pelbagai ugutan penguasa bobrok, keberanian dan kegigihan Rafizi menyuntik suatu momentum baru untuk memacu kebangkitan rakyat dlm usaha menumbangkan Umno/BN dan sekutunya.
3. Rafizi, dengan sokongan dan dokongan semua pejuang rakyat dlm Pakatan Harapan, muncul selaku ikon baru rakyat di samping begitu ramai ikon rakyat sedia ada. Dengan gandingan semua ikon rakyat di pelbagai peringkat organisasi dan penggerak PH, rakyat sudah semakin yakin dan bersedia utk menyingkirkan Umno/BN daripada tampuk kuasa dlm PRU akan datang.
4. Terima kasih Rafizi. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan anda. Semoga anda dan keluarga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Tuhan. Teruskan langkahmu, jangan pandang belakang. In sya Allah, kami bersama anda.
Salam hormat daripada kami,
ZOLKHARNAIN ABIDIN
Pengerusi,
Mewakili pemimpin, ahli dan penyokong Amanah Kawasan Padang Besar, Perlis.

15.4.2017 11.40 pg
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


MERAIKAN REALITI
(Respon kpd arahan supaya non muslim menutup perniagaan ketika solat Maghrib)
1. Meraikan realiti, bukan bermakna mengabaikan syariah. Nabi melarang Muaz memanjangkan solat fardhu berjamaah kerana meraikan orang tua, lemah dan orang yg ada urusan sendiri. Nabi melarang sahabat berkeras terhadap badwi yg kencing di dalam masjid kerana meraikan kejahilan dan kebadwiannya.
2. Penduduk Malaysia berbilang kaum, agama, latarbelakang, budaya, adat dan gaya hidup. Semua itu tidak boleh diabaikan dlm proses pelaksanaan tuntutan syariah yg melibatkan orang awam. Bertoleransi terhadap kepelbagaian dan kejahilan manusia adalah ajaran al-Quran. Allah sendiri tidak mengazab manusia sehingga kepada mereka diutuskan seorang rasul.
3. Orang bukan Islam tidak boleh dipaksa utk patuh kpd peraturan Islam. Misalnya, orang bukan Islam tidak boleh dipaksa berhenti berniaga ketika orang Islam bersolat Jumaat. Mereka juga tak boleh dihalang makan di khalayak ramai ketika orang Islam berpuasa. Peniagaan pasar malam non muslim tak perlu ditutup ketika orang Islam pergi solat maghrib.
4. Ketika orang lelaki Islam bersolat Jumaat, wanita Islam boleh meneruskan perniagaan seperti biasa sebab mereka tidak wajib solat Jumaat. Adakah lebuhraya perlu ditutup, hospital perlu berhenti operasi, bomba perlu tutup pejabat, polis perlu tinggalkan balai semuanya ketika solat Jumaat atau solat fardhu?
5. Justeru bagi saya, arahan kepada non muslim supaya menutup perniagaan mereka ketika waktu maghrib adalah tidak selari dgn kewajipan meraikan realiti dlm disiplin fiqh waqi'. Meraikan realiti adalah sebahagian drpd unsur rahmah yg menjadi intipati ajaran Islam. Nabi menerima saranan Suhail bin Amru supaya tidak menulis basmalah dlm naskhah perjanjian Hudaibiyah kerana meraikan realiti orang musyrik Mekah yg tidak boleh menerima ungkapan itu. Adakah Nabi mengabaikan ajaran syariat baginda sendiri iaitu memulakan sesuatu dgn basmalah?
6. Jika kita sayangkan Islam, tampilkan Islam dalam wajahnya yg benar, bukan Islam dalam wajah yg sudah dicemar oleh unsur kefahaman Khawarij. Islam bukan simbol-simbolan atau lauang-laungan tetapi adalah penghayatan yg penuh dengan kebijaksanaan dan toleransi. Islam sangat meraikan manusia. Siapa kita utk enggan meraikan manusia sebagai manusia?

15.4.2017 15.05
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN
1. Sebuah jawatankuasa yg dianggotai oleh sekumpulan ulama di Perlis suatu ketika dulu ditanya tentang status agama bayi yg dijumpai dan tidak diketahui agamanya, apakah agama bayi itu?
2. Jawatankuasa itu memutuskan, anak sebegitu beragama Islam. Alasannya, agama seseorang yg tidak diketahui status agamanya ditentukan mengikut agama negara. Oleh kerana tercatat dlm perlembagaan Islam adalah agama persekutuan, maka bayi itu dikira beragama Islam.
3. Demikian keputusan jawatankuasa itu. Aku pun mencatatkan keputusan itu dalam minit mesyuarat jawatankuasa berkenaan. Demikian antara hikmah tercatat Islam sebagai agama persekutuan dlm perlembagaan.
4. Menariknya, minit mesyuarat j/kuasa itu perlu aku sediakan dalam tulisan jawi. Bayangkan ketika belum wujud Windows Arabic Enable, aku kena sediakan minit mesyuarat dlm tulisan jawi? Tapi aku enjoy dengan kerja aku ketika aku.

19.4.2017 15.34ptg
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JANGAN HINA AGAMA LAIN

JANGAN HINA AGAMA LAIN
(Wacana Santai Fiqh Siyasi Malizi)
Oleh Ustaz Zolkharnain Abidin
Pengarah Syariah Amanah Nasional

1. Dalam semua agama ada orang jahat; politikus jahat, bisnesmen jahat, agamawan jahat, pegawai kerajaan jahat, pengaku pejuang agama yg jahat. Dalam Islam juga ada, bukan saja pada zaman ini, tetapi pada semua zaman. Kecuali para rasul, sahabat, tabien yg mulia, imam mujtahidin yg agung, dlm kalangan manusia lain pasti ada orang yg jahat.
2. Kita tentu tak setuju jika orang lain kata Islam jahat, mengukur kpd mana-mana muslim yg jahat tadi. Seorang ayah tentu tak setuju dikata keluarganya adalah keluarga penagih dadah misalnya hanya kerana ada salah seorang anaknya penagih dadah. Seorang guru tentu tak setuju jika dikata sekolahnya adalah sekolah jahat jika ada salah seorang pelajarnya membuli pelajar lain.
3. Demikianlah penganut mana-mana agama pun. Dia tentu tak setuju agamanya dipandang buruk kerana perbuatan segelintir pemuka atau penganut agama itu yg berperangai buruk. Orang Hindu, Kristian, Buddha, Bahai, Sikh, Syinto, bukan semuanya jahat, walau pun aqidah mereka pada ukuran orang Islam adalah terpesong. (Nanti ada orang komen, syirik tu jahatlah. Komen ini aku tak akan layan).
4. Aku tak setuju kita perlekeh kepercayaan atau ajaran agama lain menggunakan ukuran ada penganut agama itu yg jahat. Inilah kefahaman aku terhadap larangan mempersendakan sembahan agama lain yg terkandung dlm al-Quran. Apa perasaan kita orang Islam jika orang lain mengukur Islam dgn Khawarij dan ISIS? Dgn ukuran itu orang Islam dilabel pendahaga darah misalnya?
5. Begitu juga, jika ada penganut Hindu yg jahat di India, janganlah kejahatan itu ditampal kepada penganut Hindu di negara ini. Bukankah seseorang tak wajar dihukum kerana dosa orang lain? Apa salah orang Hindu Malaysia, jika yg jahat adalah penganut Hindu di India? (Nanti ada orang komen, kalau mcm tu biarkan saja org Islam dizalimi di tempat lain. Ini pun aku tak mau layan).
6. Fokus aku ialah, Malaysia bukan India atau Mekah. Peristiwa Masjid Babri di India, bahkan peristiwa rencana orang musyrikin utk membunuh Nabi SAW, wajar menjadi sempadan bukan ikutan. Jika orang Islam menyimpan dendam dgn peristiwa itu, bagaimana pula perasaan kita jika non muslim berdendam dgn peristiwa Khaibar? Ya, Khaibar betul pada kaca mata orang Islam, tapi ia boleh dianggap salah pada kaca mata orang lain. Jika begini, bilakah peperangan dan permusuhan antara agama akan mereda?
7. Inilah idea Fiqh Siyasi Malizi yg sedang diwacanakan oleh intelektual di negara ini. Amanah sedang menyuburkan fiqh ini melalui penganjuran Nunji. Ringkasnya, hubungan antara agama dlm negara ini perlu berlangsung dlm ruang dan realiti negara ini, bukan negara lain termasuk Mekah dan Madinah. Jika pada zaman Umar, wilayah Islam ditadbir dgn Fiqh Siyasi Umar, negara ini wajar ditadbir dgn Fiqh Siyasi Malizi.
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

TIGA TAHAP TOLERANSI

TIGA TAHAP TOLERANSI
(Dlm konteks interaksi antara Islam dgn agama lain)
1. Tahap rendah: Bertoleransi dlm menerima kewujudan agama lain. Misalnya, menerima kewujudan agama Hindu, Sikh, Kristian di Malaysia. Hal ini bukan sekadar dijamin oleh perlembagaan bahkan dijamin oleh wahyu kerana Allah benarkan lelaki Islam berkahwin dgn wanita Nasrani dan makan sembelihan mereka.
2. Tahap sederhana: Bertoleransi dlm membenarkan ajaran agama itu diamalkan. Misalnya, jika arak dibenarkan utk diminum dlm mana-mana agama, maka amalan itu tidak wajar dihalang. Umar tidak bersolat dlm sebuah gereja di Palestin kerana bimbang orang Islam akan mendakwa bangunan itu masjid dan berlaku perebutan dlm kes kebenaran wujudnya gereja.
3. Tahap tinggi: Tidak memperkenalkan suatu peraturan utk menghalang amalan sesuatu ajaran agama bukan Islam sekalipun wujud alternatif kpd amalan itu. Misalnya, melarang makan daging babi sekalipun bekalan daging kerbau dan kambing begitu banyak. Atau, menjadikan hari Ahad sebagai hari bekerja dgn tujuan menghalang orang Kristian pergi gereja.
4. Ada orang berkata kpd saya, pemikiran kamu ini pro kafir, kamu sebelahi orang kafir, kamu sokong kafir...! Saya kata, sikap begini bukan pro kafir, sebelahi kafir atau sokong kafir. Sikap saya ini pro Islam, sebelahi Islam dan sokong Islam, kerana sikap saya itu cetusan daripada ajaran Islam. Bukankah asas hubungan sesama manusia adalah damai?
5. Ada yg lain pula kata, kamu sukalah orang kafir musnahkan Islam, Islam agama Allah? Saya kata, tidak. Saya akan pertahankan Islam habis-habisan. Tapi, pertahankan Islam tak semestinya kita bermusuh dan berperang dgn agama lain. Mengapa tidak diambil semangat Perjanjian Hudaibiyah dan Piagam Madinah utk disebatikan dlm negara ini?
6. Ada pula orang lain kata, kamu nak biarkan saja orang kafir menindas Islam? Saya kata, sebagaimana kamu tidak mahu ditindas, maka kamu juga tidak berhak menindas. Semua manusia adalah sama dari sudut kedudukan sebagai manusia. Ini jaminan al-Quran.
7. Banyak lagi tuduhan yg dilempar kpd saya melalui pelbagai saluran apabila saya mempromosikan hubungan damai antara muslim dan non muslim. Tak apalah, asalkan saya boleh melawan pemikiran takfiri dan neo Khawarij, saya akan teruskan usaha saya.
8. Lebai Perlis yg tak puas hati dgn saya boleh setup dialog dgn tajuk ini. No problem, dgn pertolongan Allah.

oleh Ustaz Zolkharnain Abidin 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MATI LEBIH NYAMAN


1. Dalam ilmu balaghah, permintaan drpd orang atas kpd orang bawah dipanggil arahan, sementara permintaan drpd orang bawah kpd orang atas dipanggil doa.
2. Apabila Pas mengarahkan orang lain jangan bertanding di 80 kerusi yg parti itu nak bertanding, itu menunjukkan parti itu rasa partinya lebih tinggi drpd parti lain. Padahal, parti-parti politik di Malaysia setaraf saja, tidak ada mana-mana parti yg lebih tinggi drpd parti lain.
3. Namun, itulah Pas. Dalam agama, Pas rasa parti itu lebih Islam drpd orang lain. Parti Pas diangkat setaraf agama sehingga dianggap sesiapa yg keluar Pas setaraf keluar agama. Juga, parti Pas diangkat setaraf daulah Islamiyyah sehingga sesiapa yg lawan Pas dikira kafir harbi. Dalam politik pula, parti itu rasa jadi ketua sehingga boleh arah orang lain.
4. Betulkah dakwaan aku ini? Pagi kelmarin di Giant Kangar, aku jumpa orang Pas yg sokong Amanah. Dia kata, selepas dia sokong Amanah, pemimpin Pas di tempatnya tak mahu lagi bersalam dengannya dan mengelak utk berjumpa. Padahal sebelumnya, dari jauh sudah angkat tangan dan keloi.
5. Petang kelmarin, dlm majlis dialog Amanah di Padang Keria, ada ahli Amanah cerita, seorang isteri orang kuat Pas menghukumnya murtad selepas dia masuk Amanah. Ini bukan peristiwa tahun lepas, tapi dalam tempoh seminggu dua ini saja.
6. Semalam, di Changlun, selepas kuliah, semasa santap mi goreng pedas berapi, orang di situ masih ulang cerita tentang ulama tersohor Pas yg kata, lakum dinukum waliya din kpd orang Amanah.
7. Demikianlah jadinya apabila Pas rasa, ia lebih Islam drpd orang lain. Mungkin juga ada orang Pas yg sudah fikir, saat kemabukan matinya (sakaratul maut) lebih selesa dan nyaman drpd orang lain hanya kerana dia jadi orang Pas.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AGAMAWAN JUAL CANDU

OLEH  USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN
PENGARAH SYARIAH AMANAH NASIONAL

1. "La ni depa dok kigha bagi kat semejid. Ni... oghang luaq masjid hat susah, macam mana? Semejid bukan nak makan, oghang nak makan. Depa kata, bagi kat oghang, bukan depa nak pi semejid...!" Demikian luahan hati lelaki separuh umur yg aku beli nenas drpdnya pagi ini.
2. Dengan cepiau yg muncungnya di putar ke belakang (ala-ala rapper), pakaiannya yg serba lusuh, saiz gerainya yg kecil dan berterabur, aku pasti dia berniaga utk sara hidup asas. Lokasi gerainya yg bertentangan dgn sebuah masjid yg sedang dibina (khabarnya besar dan lengkap), mendorongnya meluahkan isi hatinya kepadaku, padahal aku bukanlah rakan akrabnya.
3. Banyak perkara yg aku setuju dgn lelaki itu. Dia bercakap tentang dirinya dan sekian ramai orang yg menjirani masjid tetapi tak dipandang oleh masjid. Orang masjid berfikir utk menebalkan karpet dan mendinginkan masjid, menyediakan tapak parkir untuk meneduhkan Nissan, Toyota dan Myvi yg dipandu ke masjid. Pada masa yg sama, di sekeliling masjid begitu ramai insan terbiar. Masjid hanya jadi tempat solat dan kuliah, bukan pusat membela manusia terpinggir.
4. Bagi sesetengah orang agama, agama hanya masjid dan pergi masjid. Menyantuni orang miskin tidak dianggap agama dan kerja agama. Marhaen yg bertungkus-lumus menyara hidup sehingga kadang-kadang tidak punya ruang masa selesa utk berjamaah di masjid setiap waktu dianggap bukan orang agama, bahkan dipandang sinis kerana bukan orang masjid.
5. Betul, masjid perlu besar dan selesa sebab ia syiar kebesaran dan rahmat Islam. Tapi, jika jiran masjid terbiar, sementara orang masjid pula berasa dirinya sejengkal saja lagi utk masuk syurga, kewujudan masjid akan dijuih mulut. Justeru, Said Ramadan al-Buty menghukum makruh mengindahkan masjid secara keterlaluan sehingga premis masjid menjadi begitu ekslusif utk didekati oleh warga marhaen.
6. Begitu ramai orang Islam marah jika gereja menyantuni orang Islam yg terbiar. Itu kerja memurtadkan orang Islam yg mesti dilawan habis-habisan, mereka mengomel. Orang Islam mesti bangun menentang orang kafir yg mengancam akidah orang Islam, disambut takbir. Hakikatnya, orang Islam hanya pandai melaung, tetapi gagal menyantun. Oleh kerana kita lemah, kita salahkan orang kuat. Kita lembab, kita salahkan orang cergas. Orang buat baik, kita anggap jahat. Kita yg tak buat apa-apa, terasa amat saleh.
7. Agama ini dipandang sinis lantaran orang agama yg mengeklusifkan agama. Pemimpin upacara agama pula berasa dirinya suci dan layak menjahanam dan menerakakan orang. Orang agama (kononnya) bukan berhimpun utk membela marhaen, tetapi utk melempiaskan nafsu amarah dan benci kpd pihak lain yg tidak sependapat dgn mereka. Bagi mereka, orang yang tak bersama mereka di masjid, atau tak bersama kumpulan mereka semuanya sekularis, sosialis, nasionalis, murtadis, kafiris, liberalis...!
8. Lebih teruk lagi, atas nama agama, masa depan rakyat diperjudikan. Pemimpin agama dgn bekalan serban di kepala serta beberapa potong ayat al-Quran yg dihafal, menopang penguasa zalim drpd tumbang. Rakyat yg merana terus dibuai dan digula-gulakan dgn candu agama. Katanya, kamu akan masuk syurga, rezeki kamu akan murah jika kamu bersama kami dan membantu kami. Natijahnya, agama yg punya masjid besar, punya pemuka yg pandai berserban menjadi rosak lantaran orang agama yg perasan dirinya suci.
9. Cis...! Sori, Zola dah tak larat nak taip. Lain kali, kalau rajin Zola sambung.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAQASID SOLAT

OLEH  USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN
PENGARAH SYARIAH AMANAH NASIONAL

1. Pihak berkuasa agama sepatutnya membenarkan solat Jumaat ditunaikan di pelbagai premis termasuk premis bukan masjid yg kecil seperti surau pejabat, atau apa saja premis yg tidak memerlukan orang berkumpul terlalu ramai sekali gus yg menyebabkan kesesakan dan kesukaran. Islam agama mudah dan rahmah.
2. Tujuan solat ialah mengingati Allah bukan menunjuk gah. Jika solat melahirkan orang yg mahu gah, keras kepala, tidak bertolak-ansur, menyusahkan orang ramai, solat itu bercanggah dgn tujuan ia disyariatkan. Tujuan umum syariah ialah maslahah. Ini bukan masalah solat, tapi masalah orang yg mendirikan solat yg tidak memahami maqasid umum dan khusus kpd syariat solat.
3. Sebab itu saya sebut, pelaksanaan syariah mesti serentak dgn pencapaian maqasid bahkan sudah boleh diunjurkan adakah maqasid bakal tercapai dgn pelaksanaan syariah itu. Lihat, buruknya kesudahan kpd pelaksanaan syariah yg mengabaikan maqasid dlm kes lelaki berjubah pukul kenderaan yg tular mulai kelmarin.
4. Antara maqasid solat ialah mencegah orang yg bersolat drpd mungkar. Sementara mengingati Allah adalah maqasid tertinggi solat. Bagaimana orang yg selesai solat boleh pukul orang tanpa selidik? Bukankah itu mungkar? Saya bukan mahu membela lelaki yg horn itu secara melulu kerana dia juga ada silapnya. Isunya ialah orang Islam yg bersolat mesti menjadi manusia mithali selepas dia selesai mengingati Allah dalam solat.
5. Jika kita sukar mengubah orang lain, kita mulakan perubahan dgn diri kita sendiri dan perubahan itu ialah, melaksanakan syariah dlm keadaan memastikan maqasid syariah itu tercapai. Solat adalah ibadat teragung. Namun jika ia ditunaikan dgn pengabaian maqasidnya, ibadat itu hambar. Ia berpahala sebab ia amal saleh, tetapi ia tidak membawa maslahah kpd kehidupan manusia. Solat bukan amalan utk pahala saja, tapi ia juga amalan utk kesejahteraan kehidupan duniawi.
6. Ar Raisuni menghurai sangat baik isu ini dlm bukunya Madkhal Ila Maqasid Asy-Syariah. Beliau menghurai bagaimana ibadah dlm Islam mesti menyumbang kpd kesejahteraan kehidupan duniawi manusia. Doa, solat, zakat, haji, semuanya ibadah ukhrawi yg mempunyai maqasid duniawi iaitu maslahah. Orang yg kuat beribadat bukan perosak tetapi pembawa kebaikan.
7. Tanpa maqasid, syariah bukan sekadar kering, keras bahkan akan rosak. Maqasid menjadikan sesuatu ibadat membawa rahmat dan kesejahteraan. Kita bersolat bukan untuk berperang, tetapi membawa kemaslahatan. Dalam perang ada solat tapi dalam solat tak ada perang.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SYARIAH DAN MAQASID, YANG MANA SATU DULU?

OLEH  USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN
PENGARAH SYARIAH AMANAH NASIONAL


1. Sering disebut, laksanakan dulu syariah, barulah maqasid umumnya iaitu keadilan, rahmah, hikmah dan maslahah tercapai. Analoginya, kalau tak dijatuhkan hukuman, bagaimana keadilan boleh tertegak? Kalau tak makan, macam mana boleh kenyang?
2. Kalau saya ingin menjawab secara analogi juga, saya katakan, jika kita tahu hukuman yg bakal dijatuhkan tidak menatijahkan keadilan, untuk apa diteruskan hukuman itu? Kalau kita tahu makanan yg terhidang beracun, untuk apa kita makan, lebih baik kita berlapar seketika. Tapi analogi itu bukan jawapan saya.
3. Dari sudut terma, maqasid syariah bukan dua perkara berasingan. Ia satu, sama seperti Usul al-Fiqh atau Mustalah al-Hadis. Maqasid syariah sudah menjadi suatu disiplin ilmu yg besar yg diaplikasi dlm pelaksanaan syariah supaya tujuan syariah tercapai. Maqasid syariah bersumberkan syariah, bukan nafsu.
4. Dari sudut praktikal pula, jika maqasid dan syariah dipisahkan, tidak wujud lagi syariah, atau kalau wujud pun, kewujudannya tidak punya makna, kerana maqasid adalah ruh kpd syariah. Tanpa maqasid, syariah akan mati dan tidak lagi dikenali sebagai syariah. Sesuatu yg mati sama saja dgn sesuatu yg tidak ada. Tanpa maqasid, dimana syariahnya?
5. Hukum hudud potong tangan misalnya, antara tujuan khususnya utk memelihara harta. Jika pelaksanaannya tidak mencapai tujuan itu, itu bukan hudud. Jika bukan hudud, maka hukuman itu zalim. Justeru, maqasid dan syariah tidak boleh disorot secara berasingan kerana ia sebenarnya adalah satu.
6. Saya tidak berminat menyorot pelaksanaan syariah dari sudut hukuman saja kerana syariah begitu luas merangkumi maslahah dunia dan akhirat. Sementara para pengkritik maqasid pula hanya melihatnya dari sudut hukuman yg khusus kpd hukuman hudud saja. Bagi saya ini adalah sudut pandang yg tersimpang drpd sudut pandang syariah yg sebenar.
7. Ketidakadilan, kacau-bilau, kesesiaan dan kerosakan boleh berlaku semasa dan selepas pelaksanaan syariah sekiranya realiti tidak diambil kira kerana mungkin ia terlaksana pada masa yg salah.
8. Misalnya, seorang doktor berhenti untuk bersolat ketika sedang melakukan pembedahan kritikal apabila masuk waktu solat. Tercapaikah tujuan solat iaitu tercegah perbuatan keji jika solat ditunaikan ketika itu? Sedangkan perbuatan memberhentikan pembedahan itu sendiri sudah dikira mungkar kerana mengancam nyawa.
9. Dalam kes di atas, keutamaannya ialah menyelamatkan nyawa manusia bukan bersolat. Menunaikan hak hamba lebih utama drpd hak Allah. Takkanlah seorang ahli bomba wajar mengabaikan panggilan kebakaran untuk pergi solat Jumaat misalnya.
10. Kita kata, solat sajalah, itu syariah, maqasidnya datanglah kemudian. Dimana maqasidnya jika rumah hangus dan nyawa melayang? Anggota bomba itu mesti dlm stand by di tempat tugasnya berpandukan fiqh waqi', aulawiyyat, tawaqqu' dan maalat demi mencapai maqasid syariah menjaga nyawa dan harta yg terkandung dlm perintah Allah, dan bertolong-menolonglah dlm perkara kebaikan.
11. Inilah sebahagian pemikiran maqasidi yg menjadi sendi pelaksanaan syariah dlm konteks perjuangan memartabatkan syariah yg dipelopori oleh Amanah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



MENYANGGAH PRESIDEN PAS

1. Dalam proses pelaksanaan syariah di Malaysia, pendekatan yg digunapakai oleh Amanah ialah "bersendikan Maqasid Syariah". Pendekatan ini oleh sebahagian pihak (seperti dlm ucapan Presiden Pas) telah dianggap sebagai pengabaian atau pencuaian terhadap syariah. Anggapan itu adalah meleset dan jauh daripada realiti sebenar serta sembrono.

2. Ungkapan syariah perlu difahami secara holistik yg tentunya tidak merujuk kpd hukuman dan deraan yg terkandung dlm nas wahyu sahaja. Apa saja arahan wahyu termasuk arahan berlaku adil, ihsan, berkasih sayang dan memuliakan manusia juga adalah syariah. Begitu juga larangan bertindak zalim dan menindas manusia lain, termasuk sebahagian daripada syariah. Semua arahan ini terkandung secara jelas dalam al-Quran.

3. Meninjau syariah hanya dalam aspek hukuman saja bercanggah dgn identiti syariah itu sendiri yg disifatkan oleh Allah dengan lengkap dan menyeluruh. Aspek hukuman hanyalah salah satu daripada aspek syariah yg ditampilkan dalam beberapa ayat tertentu dan hanya merujuk kepada kesalahan tertentu dalam situasi tertentu dengan syarat dan mekanisme pelaksanaan tertentu. Jika syariah ditinjau dari sudut hukuman saja, syariah akan kelihatan hanya suka menghukum padahal hukuman bukan satu-satunya kaedah menangani persoalan kehidupan manusia dalam ruang lingkup yang luas seluas buana ini.

4. Syariah keseluruhannya adalah keadilan, rahmah, hikmah dan maslahah. Sebarang dakwaan pelaksanaan syariah tetapi tidak mencapai tujuan yg ditetapkan oleh syariah itu sendiri sebenarnya adalah pengabaian terhadap syariah. Syariah apa sekiranya pelaksanaan sesuatu hukum yang didakwa hukuman syariah tetapi pelaksanaan hukuman itu tidak mencapai tujuan yg ditetapkan oleh syariah iaitu keadilan dan maslahah? Syariah mana yg mengajar umat ini berbalah, bersengketa bahkan menerakakan pihak yg mahukan pelaksanaan syariah itu mencapai maksudnya?

5. Maqasid adalah ruh syariah. Mengabaikan maqasid menjadikan syariah lesu, beku, tidak realistik bahkan kelihatan kejam dan ganas. Misalnya, gambarkan jika begitu banyak ayat perintah berperang melawan orang kafir yg terkandung di dalam al-Quran dipraktiskan oleh umat Islam Malaysia pada hari ini, apa akan jadi dengan negara ini? Tercapaikah maslahah dgn amalan syariah tanpa maqasid?

6. Perintah berperang adalah syariah. Jika perintah itu dilaksanakan tanpa mengambil kira tujuan Allah mensyariatkan perintah itu, tentulah negara menjadi rosak dan huru-hara. Padahal, syariah datang membawa kebaikan bukan kerosakan, bahkan al-Quran melarang keras sebarang tindakan yg mencetuskan kerosakan sama ada kepada manusia, alam atau makhluk lain. Jadi, pelaksanaan syariah mesti bersendikan maqasid syariah.

7. Bagaimana boleh dikata, mengambil maqasid syariah bermaksud mengabaikan syariah, padahal sumber maqasid syariah adalah syariah? Perintah berzakat misalnya, secara jelas dinyatakan tujuannya oleh al-Quran iaitu membersihkan serta menyucikan jiwa pengeluar zakat daripada dosa. Pengeluar zakat beroleh doa kebaikan daripada rasul dan orang beriman yg akhirnya membawa ketenangan dan rahmat dlm kehidupan. Maqasid bukan bersumberkan nafsu tetapi wahyu. Jika mengambil maqasid adalah arahan syariah, bagaimana boleh dikata mengambilnya mengabaikan syariah?

8. Malaysia bukan Mekah atau Madinah, atau Baghdad dan Basrah. Kita hidup pada era langit terbuka, maklumat tersebar pantas dan manusia semakin kritikal. Pelaksanaan syariah perlu mengambil kira semua realiti itu. Mengambil kira realiti bukan bermakna menundukkan syariah kepada realiti atau waqi'. Nabi SAW menjawab soalan yg sama dgn jawapan yg berbeza apabila ditanya oleh individu berbeza. Itulah kebijaksanaan Nabi hidup bersama realiti. Baginda mengarahkan sahabat mencurahkan sebaldi air ke atas kencing seorang Badwi dalam masjid adalah contoh meraikan realiti.

9. Jika kebadwian seorang badwi dirai oleh seorang Nabi yg agung, siapa kita utk mengenepikan realiti kehidupan manusia kini yg bukan lagi badwi? Atau kita rasa kita sudah lebih mulia mengatasi Nabi?

10. Begitu juga soal keutamaan (aulawiyyat). Berbicara soal aulawiyyat dlm konteks negara bangsa kini, bukan bermaksud melarikan diri drpd kewajipan melaksanakan syariah. Al-Quran sendiri memerintahkan pelaksanaan sesuatu perintah perlu mengambil kira keutamaan. Misalnya, jika seorang anak yg ingin keluar berjihad, pada masa yg sama dia mempunyai ibu ayah yg perlu disantuni, Nabi tidak membenarkannya keluar berjihad. Bukankah jihad utk meninggikan Islam? Ketika ini, menjaga nyawa ibu bapa lebih aula daripada keluar ke medan perang.

11. Amanah melihat pelaksanaan syariah dalam negara ini perlu dilihat dari sudut pandang itu, iaitu sudut pandang maqasid yg mengambil kira realiti (waqi'), aulawiyyat (keutamaan), tawaqqu' (andaian), muwazanah (perimbangan) dan maalat (implikasi). Adakah melihat pelaksanaan syariah dari sudut pandang itu bercanggah dgn syariah? Adakah sembrono dlm perkara yg dinamakan pelaksanaan syariah sehingga menimbulkan suasana tegang dan menggugat keharmonian serta mencetuskan kekeliruan adalah syariah atau sebahagian daripada syariah?

12. Presiden Pas tidak seharusnya melihat hanya dirinya atau partinya saja yg mahukan syariah tertegak di negara ini. Amanah ada pendekatannya sendiri yg diyakini berupaya meletakkan syariah pada tempatnya tanpa mengganggu-gugat keharmonian bermasyarakat dan bernegara dgn berteraskan perlembagaan. Bukankah Presiden Pas juga menyeru rakyat menjunjung perlembagaan?

12. Pemikiran Khawarij yg melihat pelaksanaan syariah secara keras, kasar, tanpa hiraukan suara orang lain bukanlah daripada syariah. Amanah komited dgn syariah, pelaksanaan syariah tetapi bukan dgn kerangka pemikiran Khawarij.

Zolkharnain Abidin,
Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH

No comments:

Post a Comment