Wednesday, April 11, 2012

GEMPA BUMI MELANDA ACHEH 11 APRIL 2012 ,8.9 SKALA RICHTER















 
 Here's a picture going around on Twitter showing that the sea level receding on the Andaman Islands near India, possible signs on a tsunami. Several tweets have also indicated that the sea level in Patong Beach in Phuket has also receded. (Photo: go6tv.com)

 Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Aceh, Sumatera Utara Indonesia hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.

 
 Lengang nya pantai batu ferringhi..setelah amaran kosongkan pantai di keluarkan....Ya Allah lindungi kami di bumi Mu ini dari sebarang bencana...hanya pada Mu, temp at kami memohon pertolongan.....main


Update Gempa di Aceh : Doakan kami student Malaysia di sini selamat. Sekarang dalam operasi menyelamatkan diri. Muslimat telah kami pindahkan ke Masjid Unsyiah. Untuk Muslimin mereka telah pergi ke tempat yang jauh dari kawasan Darussalam dan pusat kota.

Kami telah maklumkan ke Konsulat di Medan dan Kedutaan di Jakarta.

TERBARU: Doakan kami, air sedang naik ke tanah tinggi. (Sumber : Abdullah Hakimi)

* Mohon kepada semua, kita sama-sama doakan keselamatan sahabat2 dan saudara2 kita di sana. Semoga mereka dalam jagaan Allah Ta'ala.. Aminnn...






Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.
Ia berikutan gempa bumi kuat magnitud 8.9 melanda perairan utara Sumatra petang ini, menurut jabatan kajian geologi Amerika Syarikat (USGS),
Pusat gempa bumi pada jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur.
Kesan gempa bumi itu dirasai di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Alor Setar, menurut pengguna laman sosial Facebook danTwitter.
SEKIRANYA tsunami dijangka tiba, ia akan melanda Georgetown pada jam 9.11pm  dan Port Dickson 2.10am.


Ada beberapa panduan jika anda berhadapan dengan tsunami.
Maklumat ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang lain.
Jika anda mendengar amaran kehadiran tsunami maka, pindahkan keluarga anda ke zon yang lebih jauh.
Bergerak dengan teratur, tenang dan cara yang selamat.
Patuhi arahan pihak berkuasa dan pemantau kecemasan.
Jika anda di pantai atau berhampiran laut dan terasa bumi bergegar, maka segera ke kawasan lebih tinggi tanpa perlu menunggu amaran kehadiran tsunami.
Jauhi, pantai, tepi laut, sungai dan saliran yang bercantum ke laut.
Lazimnya kita masih boleh bertindak sebelum tsunami sampai ke pantai.
Anda juga dilarang pergi ke pantai untuk menyaksikan tsunami.
Selain itu, bangunan tinggi dan hotel turut dibina di kawasan rendah di sepanjang pantai.
Justeru, jika berlaku tsunami, naik ke tingkat atas bangunan berkenaan.
Jangan sekali-kali berada dalam rumah atau bangunan kecil bila ada amaran kemunculan tsunami.
Jika ada dalam bot, jangan sekali-kali balik ke pangkalan. Kehadiran tsunami mampu mengakibatkan kemusnahan serius di pelabuhan dan pangkalan.
Hubungi pihak berkuasa pangkalan atau pelabuhan bagi mengetahui keadaan sebelum anda bercadang pulang ke sana. (Mynewshub.my)


UPDATE (7.10pm): The Pacific Tsunami Warning Center has released a statement saying that the wave generated by the Aceh earthquake measures only 6.7 inches (roughly 17cm) and no major tsunami is expected
 

No comments:

Post a Comment