Thursday, April 12, 2012

BAJA ORGANIK PROTIN




Baja Organik Protin Jenis Pelet/Granules atau butiran.


TEMPAHAN BOLEH DIBUAT MELALUI  SYARIKAT :

HAZS SMART ENTERPRISE
E-MAIL: hasnahsp12@gmail.com
Tel : 016-4248121/0135806752


 Pokok Ati2 ini kelihatan subur dan segar selepas seminggu baja organik protin ini digunakan.

Ini diantara contoh pada tumbuhan bunga perhiasan.Banyak maklumbalas diterima bahawa pokok buahan seperti Mempelam Harum Manis,Jambu Mawar yang tidak pernah berbuah mula mengeluarkan hasil setelah diberi baja organik protin ini.

Pokok buahan bertambah hasilnya dan didapati serangan mahluk perosak seperti ulat,fungus agak berkurangan.

Satu lagi species bunga perhiasan yang menggunakan baja organik protin dalam masa 1 minggu.

Gambar di bawah sejenis cili besar spesis Jepun menggunakan baja organik sejak dari awal tanaman.

BAJA ORGANIK PIRAB JUMBO



Baja Organik Pirab Jumbo adalah baja pelbagai guna kerana ia adalah baja Membaikpulih Struktur Tanah serta mampu menambah hasil tanaman dan menjadikan hasil tanaman lebih berkualiti.  Ia amat sesuai untuk akar tanaman, batang tanaman serta daun dan buah tanaman.  Mengandungi (N)1.88%,  (P) 1.22%, (K) 2.20%, (GA) 0.2%, (HA) 5.0%, (OM) 35%.



Produk Baja Pirab Jumbo telah melalui proses kuarantin di Jabatan Pertanian, Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan.  Ianya telah dianalisa dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengimportan Mikro Organisma dan Bahan Organan.  Produk baja Organik Pirab Jumbo mampu menembusi pasaran domestik dan juga antarabangsa kerana ianya telah terbuktikan keberkesanannya di Thailand yang lebih berpengalaman dalam bidang pertanian. 
AZOMITE adalah singkatan kepada A to Z of Minerals including Race Elements.  Merupakan bahan yang mengandungi lebih 70 komponen bahan mineral yang membantu didalam pertumbuhan serta perkembangan tumbuhan atau lebih dikenali sebagai micronutrien atau Organic Matter (OM) seperti Alumina, Barium Oxide, Calcium Oxide, Carbon, Chlorine, Ferric Oxide, Hydrogen dan Magnesium Oxide.  Ianya merupakan komponen yang terbesar didalam baja ini iaitu sebanyak 35%.  Organic Matter ini mampu menyediakan karbon dan sumber tenaga kepada mikrob tanah.  Menstabilkan kadar pemecahan tanah.  Meningkatkan keupayaan tanah untuk menyimpan serta menyalurkan udara dan air kepada tumbuhan.  Menyimpan dan membekal nutrien seperti nitrogen, phosphorus dan sulfer yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok dan mengurangkan kesan racun kimia, logam berat dan pencemaran lain ke atas tanah.  Selain dari itu Azomite juga telah menghasilkan Humic Acid (HA) yang merupakan komponen yang membantu dalam proses penyerapan baja dan nutrien lain untuk tumbuhan.

AMYKO adalah bahan kulat akar (fungus root) dikenali sebagai mycorrhiza yang membantu perkembangan akar tumbuhan secara biological.  Mycorrhiza meningkatkan kebolehan akar untuk menyerap nutrien serta menyimpan karbohidrat.  Baja ini juga mengandungi Gibberellic Acid (GA) yang merupakan hormon semulajadi tumbuhan bagi menggalakkan pertumbuhan pokok.  Ianya mampu meningkatkan penghasilan buah atau bunga.  Kandungan baja ini mengandungi 0.2% kerana GA yang terlalu banyak akan menyebabkan atau bunga terbantut.  Selain daripada itu, Baja Pirab Jumbo ini juga mengandungi komponen N-P-K sama seperti baja sintetik atau kimia yang ada di pasaran.  N (Nitrogen) membantu pertumbuhan daun supaya lebih sihat dan kuat.  P (Phosphorus) membantu pertumbuhan serta perkembangan akar dan bunga manakala K (Potassium atau Potash) penting untuk kesihatan tumbuhan secara keseluruhan.  Baja Pirab Jumbo adalah baja organic yang menggabungkan enam komponen biologi yang utama dan penting bagi pertumbuhan serta perkembangan tumbuhan, yang tidak terdapat pada baja organic biasa atau baja sintetik/kimia yang ada di pasaran.  Baja Pirab Jumbo merupakan baja organik yang sangat efektif kerana kandungan bahannya yang stabil dan 100% bersifat organik.

Baja Organik Pirab Jumbo telah diberi kelulusan oleh beberapa agensi kerajaan Malaysia seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Pengaliran dan Saliran.  Penggunaan baja ini tidak memberi kesan sampingan yang negatif terhadap tanah dan persekitarannya samada jangka masa yang singkat mahupun panjang.  Penggunaan yang berlebihan juga tidak mendatangkan kesan negatif ke atas tanaman dan tanah persekitaran sekiranya berlaku lebihan penggunaan (over dosage).  
Baja ini sangat sesuai untuk:
- akar tanaman
- batang tanaman
- daun dan buah tanaman

Cara-cara Penggunaan dan Sukatan:

Sayuran:
75 kg - 150 kg / hektar



Kelapa Sawit
Permulaan tanam-masuk lubang 500 gm / pokok
Pembesaran / buah-tabur keliling 1 kg / pokok

Pokok Getah
Permulaan tanam-masuk lubang 200 gm / pokok
Pembesaran / susu-tabur keliling kanopi - 500 gm / pokok

Padi
Permulaan tanam / membajak - 150 kg / hektar
Pengeringan air - 150 kg / hektar


Kaedah dan Dos Penggunaan
  1.  

    Kegunaan Tanaman Kadar Kekerapan/Tahun
    Kelapa sawit nurseri 3 - 5 kg/lubang 1 kali
    Penanaman ke ladang 2 - 3 kg/lubang 1 kali
    Kelapa sawit belum matang 3 - 5 kg/lubang  2- 3 kali/tahun
    Kelapa sawit matang 3 - 5 kg/pokok 2 - 4 kali
    Buah-buahan 250 - 300 kg/ekar 2 - 4 kali
    Sayur-sayuran 300 - 500 kg/ekar Semusim
    Padi 300 - 500 kg/ekar Semusim
    Tanaman Landskap:

    Pokok/Plam 3 - 5 kg/pokok 2 - 4 kali
    Renek 11 - 2 kg.pokok
    Penutup bumi/rumput 300 - 500 kg/ekar 2 kali
    Media penanaman Ikut keperluan pokok. (Dicampur dengan tanah dan pasir) Ikut keperluan
    Sungkupan Bila perlu Bila perlu


HAZS SMART ENTERPRISE 
E-MAIL: hasnahsp12@gmail.com
 Tel : 016-4248121/0135806752

No comments:

Post a Comment