Kalau Khai beli gadget yang harganya hanya beberapa ribu, Khai akan kongsikan di dalam blog ini dengan maklumat mengenai gadget tersebut. Tapi lain macam pula rasa bila beli kereta tapi tak tulis dalam blog. Haha. Akhirnya atas permintaan ramai pembaca Justkhai untuk tahu lebih lanjut tentang Kia Forte ni, hari ni Khai akan uploadkan gambar kereta Khai sendiri dan berkongsi beberapa maklumat mengapa Kia Forte ni menjadi pilihan hati.
Semua gambar kat bawah ni korang boleh klik untuk size yang lebih besar. Bila dah klik, bolah drag gambar tu atas bawah kiri kanan. Hehe.
Lagi gambar dan artikel.
Sebenarnya Khai dah plan nak beli kereta ni sejak April 2011 lagi (saya ada lesen kereta pun April 2011. Haha). Tapi bukan mudah nak lepas pelbagai prosedur dari bank. Masa menunggu ni la memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Rasa give-up juga kadang-kadang tapi demi sebuah impian, mana ada yang mustahil. Dari April 2011, bank berikan alasan yang sama iaitu Khai terlalu muda dan bank statement syarikat tak cukup 6 bulan. Lepas bank statement syarikat dah cukup 6 bulan, masalah terlalu muda tu masih ada. Bank tak yakin seorang remaja berusia 23 tahun dan bekerja di bawah syarikatnya sendiri untuk membuat pembelian kereta yang berharga lebih dari RM85k. Kalau bekerja bawah orang dengan bank statement personal, payslip 3 bulan dah boleh proceed dah. Tapi lain ceritanya bila bekerja di bawah syarikat sendiri.
Pelbagai alasan dan bukti diberikan kepada pihak bank agar mereka lebih yakin dan alhamdulillah, akhirnya selepas beberapa bulan, terima kasih RHB Islamic! Sayang sket! Muahh! Hahaha. Jangan ingat usia muda dan bekerja sendiri takde wawasan ye bank!
Kenapa Forte menjadi idaman Khai?
Ya mungkin banyak lagi kereta-kereta hebat diluar sana (abaikan harganya). Apa yang buat Khai tertarik dengan Forte ni, bila Khai ke Naza Showroom di Kg Baru. Bila rasa sendiri duduk dalam Forte ni dan diterangkan oleh salesman tentang apa yang menarik, memang hati terus terpikat. Lepas keluar dari showroom Naza ni, Khai ke showroom Toyota, Honda dan Mitsubishi. Antara kereta iadaman Khai sebelum ini seperti Honda Civic, Honda City dan Lancer terus keluar dari carta. Lepas tu terus nekad memang Forte akan menjadi milik Khai suatu hari nanti.
Khai bukan seorang yang menjurus kepada engine dan kelajuan. Engine Forte ni pun dah power, tapi tidaklah sehabat Civic Type R mahupun Mitsubishi Lancer. Itu semua tak penting since Khai lebih titik-beratkan ‘gadget’ yang ada di dalam sesebuah kereta. Hanya Forte yang dapat menarik perhatian Khai buat masa ini. Masa akan datang tak tahulah kalau jiwa boleh nak pergi kepada enjin pulak ke kan? Hehe.
Beberapa perkara utama yang buat Khai melekat untuk inginkan Forte ni adalah seperti Keyless Entry di mana Kia Forte tidak mempunyai kunci. Apa yang digunakan hanyalah Smartkey dan smartkey ni hanya biarkan di dalam poket dan jangan dikeluarkan. Selagi Smartkey tu ada dalam poket, korang boleh lock/unlock kereta dengan button di pintu dan untuk start kereta, hanya tekan button.
Gambar di atas sebelum smartkey menerima sarung dan gambar di bawah ini adalah smartkey yang sudah disarungkan dengan leather holder.
Kenapa kunci ni dipanggil Smartkey? Ini kerana kunci ni memang agak bijak untuk mengesan kehadiran kunci tu. Kunci tu jauh dari kereta, memang tak siapa dapat buka tapi bila di bawa dekat dengan kereta, akan ada satu sensor yang detect kunci tu, baru kereta mula beroperasi. Kalau smartkey tu tak di bawa masuk dalam kereta, kereta tak boleh start. Begitu juga dengan bonnet bahagian belakang, nak buka hanya perlu hold button di Smartkey tu, dan terus bonnet dibuka.
Kalau smartkey ni tertinggal dalam bonnet, Forte ni akan menendang semula bonnet yang ditutup. Kalau kunci tertinggal dalam kereta masa korang keluar, kereta takkan boleh lock so dia akan keluarkan bunyi ‘beep’ untuk memberitahu. Khai cerita je mungkin tak nampak bagaimana smart nya kunci ni, jadi Khai sarankan korang pergi tengok sendiri di mana-mana showroom KIA.
Bila korang ada kereta dengan teknologi yang macam ni, korang akan rasa kunci kereta yang panjang tu macam entah apa-apa je. Jangan marah haa, ini hanya pendapat peribadi Khai sahaja dan mungkin berbeza dengan orang lain.
Selain itu, Kia Forte ni ada sediakan port khas untuk iPod/iPhone. Cable khas juga turut disediakan mereka. Bila korang plug je iPhone atau iPod korang, terus lagu-lagu dalam iFamily korang tu akan dimainkan melalui sistem audio pada kereta secara automatik. Dalam masa yang sama juga, iPhone/iPod korang turut di charge.
Kalau malas nak cucuk iPhone atau iPod selalu, korang boleh masukkan 6 audio CD terus ke dalam deck Forte ni. Dengan teknologi ni tak perlu lagi nak gantung banyak-banyak CD dalam kereta. Korang burn 6 CD lagu terus, terus masukkan dalam deck tu. Bila nak play, boleh pilih dari CD satu hingga enam.
Sebut pasal sistem audio, bagaimana pula dengan sound system nya? Jawapan dia, beberapa orang member Khai yang pertama kali naik Forte ni rasa agak terkejut sebab sound system dia sangat hebat. Pendek kata tak perlu nak mod apa-apa lagi sebab bunyi dia dah memang best sangat-sangat. Yah, percayalah.
Ini seat bahagian belakang. Luas dan selesa. Tapi sayang saya tak pernah duduk belakang lagi. Asyik jadi driver je. Huhu.
Ini panel kawalan yang simple dan mudah. Semuanya menggunakan button. Senang cerita Khai dah cukup ok dengan apa yang ada pada panel kawalan Kita Forte ni.
Dari segi rekaan luaran kereta ni, memang menepati ciri-ciri kereta yang Khai mahukan. Dengan sportrim 17inch, skirting yang ranggi dan rekaan lampu yang menarik memang menjadikan kereta ini benar-benar nampak sungguh remaja. Percayalah kalau parking sebelah Honda Accord, Honda Civic, atau Toyota Camry, korang akan nampak mereka ni duduk dalam satu standard yang sama. Kalau park sebelah Vios dan City, Kia Forte ni yang lebih menyerlah dari segala aspek. Kalau korang tak rasa macam tu, mungkin selera kita tak sama lah tu. Hehe.
Oh ya, selain dilengkapi dengan 6 gear bagi memastikan pemanduan yang penuh rilek dan selesa, Forte ini juga didatangkan dengan warranty selama 5 tahun. Dalam masa 5 tahun, claim la puas-puas. Haha.
Cermin pandang belakang ni bukan cermin biasa. Ianya dipanggil Electro-Chromic. Kalau tekan button dia tu, dia akan tapis silau cahaya lampu dari kereta lain. Kalau kereta belakang guna lampu tinggi pun, korang memang takkan silau. Bila malam korang akan nampak semua lampu kereta kat belakang korang (melalui cermin ni) adalah berwarna hijau. Bila waktu hujan, cermin ni akan bertindak untuk memberi kejelasan yang tinggi untuk melihat kereta di belakang. Memang bagus betul teknologi ni.
Selain tu, cermin ini juga menjadi paparan untuk reverse camera. Gila kool kan bila cermin tiba-tiba boleh jadi macam LCD. Ini perkara yang paling buat Khai teruja masa tengok kereta ni di showroom dulu.
Oh ya, Forte juga didatangkan dengan empat bahagian sensor di bahagian belakang kereta. Dua di belakang dan dua lagi dibahagian bucu belakang kereta. Bila korang reverse, dia akan tunjukkan gambar kereta korang di bahagian meter dan tiga bar di bawah kereta tersebut akan mewakili berapa jauh jarak kereta dengan halangan di belakang. InsyaAllah kalau follow teknologi yang mereka dah beri ni, kemungkinan untuk korang terlanggar apa-apa halangan di belakang boleh dikatakan adalah sangat mustahil.
Ini sunglass holder untuk korang letakkan cermin mata. Sangat nice sebab tak perlu nak gantung-gantung lagi buat semak mata memandang. Hehe.
Ni bahagian yang paling orang wanita suka. Hehe. Senang nak bersolek dalam kereta. Tapi apa kurangnya lelaki ada yang sentiasa mementingkan imej sebelum keluar dari kereta agar kelihatan lebih berkeyakinan. Jangan risau sebab Forte ada cermin ni di kedua-dua tempat duduk hadapan. Fuh, sentiasa terpacaklah rambut saya! Haha.
Kereta ini juga dilengkapi dengan Paddle Shifter seperti kebanyakan kereta-kereta terkini yang ada dipasaran sekarang. Bila-bila masa rasa nak layan manual lagi-lagi atas highway, guna Paddle Shifter ni je. Tukar gear manual dengan tangan di stereng. Sangat memudahkan.
Nampak yang tambah (+) dan tolak (-) tu kan? Itulah dia.
Tailgate pun memang besar. Nak tidur satu malam dalam bonnet pun apa salahnya. Haha.
Gambar di bawah ini selepas boot-tray digunakan.
Tayar spare dan tools yang dapat sekali. Tayar spare dia ni pun dengan sportrim 17inch. So kalau tayar ada problem ke, ganti je terus dengan tayar spare ni. Setel kerja.
Apa yang Khai tunjuk ni bukan keseluruhan kelebihan yang ada pada Forte. Kalau korang beli Forte SX 2.0, akan ada satu lagi kelebihan lain dalamnya seperti ada cruise yang akan memudahkan pemanduan di highway dan pelbagai lagi kelebihan lain. Apapun ianya tidak jauh beza. Belilah mengikut keperluan dan kemampuan.
Soalan cepumas kalau Smartkey tu habis bateri, apa nak buat? Camne nak buka pintu? Hehe. Smartkey ni ada tersimpan di dalamnya satu kunci yang boleh digunakan untuk buka pintu jika smartkey kehabisan bateri. So tekan button yang kecil tu, akan keluarlah kunci spare dia ni. Kunci ni kegunaan dia memang untuk buka pintu sebelah pemandu jika smartkey kehabisan beteri. Itu sahaja gunanya.
Tapi persoalan lain timbul bagaimana nak start kereta kalau Smartkey ni habis bateri? Bila habis bateri, memang sistem tak dapat nak detect smartkey ni lagi. So caranya senang je, buka handrest dan cucuk smartkey tu dalam satu port yang disediakan. Then terus kereta boleh start macam biasa. Dan orang kata Forte akan charge Smartkey tu untuk seketika. So adalah masa dalam sehari dua untuk terus gunakan Smartkey tu lagi sebelum korang tukar dengan bateri baru.
Update tentang Fuel Consumption (FC)
Ini mungkin perkara terpenting iaitu tentang penggunaan minyak pada Forte since sekarang ni harga minyak dah mahal dan memang minyak ni lah yang selalu menjadikan pemilik kereta poket kering kontang bila sampai waktunya. Haha. So lihat gambar-gambar berikut yang dikongsikan oleh seorang member MFC, Cempereng.
Rekod terbaik Khai pernah dapat untuk FC ni adalah 6.6Liter/100KM. Kat bawah ni gambarnya.
Tinted
Bercerita tentang tinted, ada perkara yang menarik perlu korang tahu. Harga tinted yang biasa orang buat RM800 tu sebenarnya harga dia hanya RM200 sahaja (harga kos). Tinted yang Khai buat ni kalau ikut harga sebenar dia RM3000, tapi Khai dapat buat dengan harga kos sahaja iaitu RM1300. Ianya juga didatangkan dengan warranty selama 7 tahun. 7 tahun tu beb! Memang beza gila. Tinted yang Khai ambil ni tinted yang 99% menyerap haba. So bila tengahari panas memang tak rasa langsung panas matahari tu masuk ke dalam kereta.
So kalau korang atau sesiapa sahaja rasa nak buat tinted tak kiralah tinted yang jenis apa pun dan nak dapatkan harga kos ni, boleh contact Khai sebab Khai boleh uruskan untuk korang dapat tinted kereta dengan harga kos sahaja. Yay!
Taknak cerita panjang lagi cukuplah ini sahaja buat kenang-kenangan di dalam blog ini. Benda lain terutama soal safety macam airbag (2 airbag untuk EX & SX1.6) – 6 airbag untuk SX2.0), ABS, ESC dan segala-gala teknologi terkini yang ada dalam kereta terkini, semuanya turut dilengkapi. Kalau korang ada nak tanya apa-apa, tanyalah dibahagian komen ya nanti Khai akan respon. Cuma apa yang perlu korang ingat, kalau berminat dengan Kia Forte ni, dia ada tiga jenis yang berlainan spec. Ada EX dan SX (1.6 dan 2.0). Kalau nak beli pastikan beli SX lah tak kiralah 1.6 atau 2.0 sebab rugi beli EX tu sebab basic sangat. Start pun masih gunakan kunci biasa. Ala tambah seratus dua aje pun dalam bayaran bulanan.
Soal enjin semua Khai malas nak cerita. Korang boleh refer di website mereka. Khai kurang sikit bab enjin ni. Lalalala. Tapi enjin Forte ni memang senyap. Kalau duduk dalam kereta, sampai tak tahu dah start kereta ke belum sebab start atau belum langsung takde beza dari segi bunyi dan gegaran. Memang betul-betul senyap punya kereta. Untuk pemanduan sehingga 160KM/H, memang tiada langsung gegaran yang dapat dirasakan. Ini membuatkan korang dah bawa sampai 160KM/H pun, korang tengok luar macam bawa 90% je lagi. Hati-hati dengan kereta yang terlalu selesa ni. Memandu laju tengok tempat juga ya.
Maklumat yang lebih jelas tentang Forte ni, korang boleh rujuk di website Naza Kia (klik sini).
SUMBER DARI BLOG JUSTKHAI
sebenarnya mmg dah lama idam forte ni... so kira sampai skg, mmg khai pueh ati ngan keter ni? :) sila beri komen terkini :D T kasih
ReplyDeletePS:- denganr citer Forte 2013 mcm dah lain bebenau dari forte sekarang. rasa2 mcm agak kuciwa sbb dah nampak mcm common design tu :( FOrte khai mmg tetap unik!