Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku
telah dikurniakan dengan lima perkara yang
istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa
pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang
Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada
bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar
(keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka
berbuka puasa".
Allah
mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas
setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya
telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat
akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar
(di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada
bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan
supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat
yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini)
akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah
SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu
malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW:
"Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu
diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
No comments:
Post a Comment