Tuesday, November 4, 2014

Kenapa Langkah Kajang?


"Dulu ana memang tak percaya Anwar liwat Saiful..... Tapi sejak nampak wajah Anwar yang sebenar, buat langkah kajang tak bincang dengan PAS, pecat Khalid Ibrahim, nak lantik bini sendiri jadi MB Selangor, dia tak hormatkan PAS, dia nak suruh PAS ikut cakap dia, dia tak hormat Sultan, dia nak buat sultan macam tunggul kayu......."
"Jadi.... dengan sebab itu, ustaz pun percaya Anwar liwat...?"
"Bukan percaya... Ana tak kata ana percaya.... Tapi benda ni, kita sama-sama tak tahu....!"
"Memang lah tak tahu.... Sebab sama-sama tak tahu lah kita tak boleh percaya... Haram, ustaz..! Itu satu tuduhan yang sangat besar di sisi agama... menuduh orang berzina tanpa saksi.... ada hukumnya dalam Islam... Ini bukan langkah Kajang punya cerita, ustaz.... Ini perbuatan dosa yang sangat besar."
"Memanglah ana tahu, kalau mengikut hukum Islam, menuduh orang berzina tanpa mendatangkan 4 orang saksi, maka si penuduh itu hendaklah disebat 80 kali... Tapi hukum hudud tidak dilaksanakan di negara kita....!"
"Itu bukan alasan untuk membenarkan kita menuduh orang berzina, ustaz...! Pencuri pun tak potong tangan, tapi perbuatan mencuri itu tetap berdosa...! Menuduh orang meliwat ni dosa besar, ustaz...!"
"Ana tak pernah menuduh Anwar meliwat Saiful....!"
"Saya tanya, ustaz percaya ke tak...?"
"Ana tak tahu...!"
"Saya tak tanya ustaz tahu atau tak tahu... Saya tanya, ustaz percaya tak tuduhan Anwar liwat Saiful...?"
"Ya lah, ana tak tahu....!"
"Jadi... Kalau tak tahu, maknanya ustaz percaya ke tak...?"
"Kita serahkan saja kepada kebijaksanaan hakim....! Hakim lebih tahu, itu kerja dia...!"
"Saya tak tanya apa nak dibuat dengan kes di mahkamah tu.... Saya tanya, ustaz percaya ke tidak Anwar liwat Saiful...?"
"Ana dah kata, itu kuasa hakim... biarlah hakim yang memutuskan...!"
"Kalau Hakim kata Anwar bersalah, adakah ustaz percaya memang Anwar liwat...?"
"Er... ya lah... Kalau hakim dah buat keputusan, kita nak kata apa...?"
"Saya tak suruh ustaz kata apa-apa.... Saya tanya ustaz, adakah ustaz percaya tuduhan Anwar liwat Saiful...?"
"Er.... tak tahu...!"
"Apa yang ustaz tak tahu...?"
"Ana tak tahu samada Anwar liwat Saiful atau tidak..."
"Kalau tak tahu, kenapa ustaz percaya dengan tuduhan tu...? Samalah macam ustaz membenarkan pertuduhan itu.... Samalah macam ustaz sendiri yang menuduh....!"
"Ana tak percaya sepenuhnya.... cuma ada sikit-sikit mari syak dalam hati, ada kemungkinan Anwar melakukan perbuatan itu... Itu semua tak mustahil.... Anwar bukan malaikat, dia tidak maksum."
"Ustaz pun bukan malaikat.... Kalau ada orang tuduh ustaz berzina, dengan alasan ustaz tidak maksum, ustaz boleh terima...?"
"Soalnya sekarang, ana tak tuduh Anwar liwat."
"Tapi ustaz percaya....!"
"Ya lah, tapi tak percaya sepenuhnya...."
"Macam ni lah, ustaz... Kalau ustaz tak nak jujur dengan saya pun, tapi sekurang-kurangnya jujurlah dengan Allah...! Orang PAS ni saya nak komplen satu je... Masa ceramah bukan main, nak mendaulatkan Islam lah, nak tegakkan hukum Allah lah, politik tak boleh pisah dengan agama lah, Islam itu lengkap sempurna, tidak ada satu pun urusan dunia yang terpisah dari agama, nak masuk tandas pun Islam ajar caranya, inikan pula cara nak perintah negara, mesti ada cara Islam.... Tapi di luar dari pentas ceramah je, habis tak peduli dosa pahala dah, Islam ke mana, syariat ke mana, jihad paling besar ialah menentang Anwar dan mengutuk langkah Kajang..... Kalau saya kata, PAS ni auta je lebih, ustaz tak boleh marah... Memang terbukti, ustaz-ustaz PAS kebanyakannya suka berbohong macam orang jual ubat kat bawah pokok je."
...............................................................................................................................................................
Ada lagi tok lebai yang masih mempersoalkan kenapa TSKI ditukarkan, tentang Langkah Kajang, dan mengungkit-ngungkit kononnya TSKI telah dianiaya dan dizalimi dengan dahsyat, sebab PKR mintak supaya Khalid Ibrahim letak jawatan.

.
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq wafat pada 23 Jamadil-Akhir tahun 13 Hijrah, iaitu dalam bulan Ogos tahun 634 Masehi…. Umar al-Khattab dilantik menggantikan kedudukan Abu Bakar sebagai Khalifah Islam.
.
Ketika itu, pasukan tentera Islam sedang berada di Yarmuk dan bersiap sedia untuk bertempur dengan tentera Rom yang jumlahnya berlipat kali ganda lebih besar dan dilengkapi dengan peralatan dan senjata yang canggih di zaman itu.
.
Khalifah Abu Bakar menghantar utusan dari Madinah kepada semua pasukan tentera Islam yang sedang berada di berbagai tempat dalam sempadan negeri Syria, Jordan dan Palestine memerintahkan kesemuanya pergi ke Yarmuk dan hendaklah menyatukan seluruh pasukan tentera di situ untuk menghadapi pasukan besar tentera Rom yang telah bersiap-sedia untuk menyerang bekas tanah jajahan Rom yang telah ditawan oleh pasukan tentera Islam.
.
Khalid al-Walid yang sedang berada di Lembah Mesopotamia bersama pasukannya yang baru saja menawan Bandar al-Firadh, telah diarahkan oleh Khalifah Abu Bakar untuk membawa sebahagian pasukannya bergerak ke Yarmuk. Kedudukannya sebagai Panglima Besar yang memimpin seluruh pasukan Islam yang berada di Iran dan Iraq itu digantikan oleh Mutsanna bin Harith as-Syaibani.
.
Amru bin al-As, yang baru berjaya menawan bandar Aila di Teluk Aqabah, dan seterusnya memasuki Palestine dan berjaya menawan kota Aruba, akhirnya telah menerima arahan dari Madinah supaya pergi ke Yarmuk.
.
Syarhabil bin Hasanah, yang sedang mengepung kota Busra dalam gerakannya menuju ke kota Tabuk sebelum memasuki Jordan, telah menerima arahan dari Madinah supaya pergi ke Yarmuk.
.
Yazid bin Abu Sufyan, yang sedang bergerak menuju ke bandar Damaskus selepas menawan Bandar Balkan, sebelum meneruskan gerakan ke Syria Selatan, telah menerima arahan dari Madinah supaya pergi ke Yarmuk.
.
Abu Ubaidah bin Jarrah, yang baru tiba di Al-Jabiat, dalam pergerakan menuju ke kota Homs sebelum memasuki wilayah Syria utara dan kota Antiokia, telah menerima arahan dari Madinah supaya pergi ke Yarmuk.
.
Ikrimah bin Abu Jahal, yang sedang berada di Hadhramaut kerana diarahkan untuk membantu Mu’az bin Jabal menjaga keselamatan wilayah Yaman dari ancaman saki-baki pasukan Aswad al-Insa, juga menerima p[erintah dari Madinah untuk pergi ke Yarmuk.
.
Khalifah Abu Bakar mengirimkan perintah supaya semua pasukan disatukan, dan melantik Khalid al-Walid sebagai Ketua Umum (Qaid al-Am) bagi seluruh pasukan Islam yang akan bertempur dengan tentera Rom di Yarmuk itu…. Sebelum itu, semua pasukan tentera yang berada di wilayah Syam itu berada di bawah pimpinan Abu Ubaidah bin Jarrah.
.
Sejarah mencatatkan, ketika dilakukan upacara penyerahan tugas (Qiyadat al-Ammah) sebagai Panglima Besar, Khalid al-Walid telah menyampaikan ucapan ringkas yang sangat terkenal dalam sejarah Islam, berbunyi :
“Inna hazal-yauma min ayyamullahi. La yanbaghi fihil-fakhru, wa lal-baghyu. Fa akhlisu lillahi jihada kum. Wa tawajjahuu lillahi ta’ala bi amali kum. Fa-inna haza yaumun lahu ma ba’dahu. Wa-inna man wara-akum, lau ya’lamu amala kum haala bainakum wa baina haza. Fa-a’malu fima lam-tukmaruu bihi billazi tarauna annahu huwal-rakyu min waliyi kum.”
Maksudnya : “Hari ini adalah sebahagian dari tempoh-tempoh yang ditetapkan Allah. Tidak layak untuk saling memegahkan diri, juga saling iri hati. Tanamkanlah rasa ikhlas tentang jihad kamu terhadap Allah. Hadapkanlah amalan kamu terhadap Allah Maha Tinggi. Maka hari ini amat menentukan hari kemudian. Orang-orang di belakang hari, kalau mereka mengetahui amalan kamu, nescaya akan mengenang kamu terhadap hari ini. Maka lakukanlah, terhadap perkara-perkara yang kamu tidak mendapat perintah di dalam hal itu, dengan suatu tindakan yang kamu anggap akan pasti dibenarkan oleh ketua kamu.”
.
Khalid al-Walid ialah panglima yang menjadi kesayangan dan kepercayaan Khalifah Abu Bakar…. Sejarah mencatatkan, ketika menerima berita kemenangan demi kemenangan dari pasukan Khalid al-Walid di Lembah Mesopotamia, Abu Bakar as-Siddiq mengucapkan satu perkataan yang terkenal dalam sejarah, berbunyi : “Ajazat an-nisa’ ay-yalidna mithla Khalid..!” [Tidak ada lagi wanita-wanita lain yang akan mampu melahirkan anak jantan seperti Khalid..!]
.
Selepas Umar al-Khattab dilantik menjadi Khalifah, tindakan pertama dari Umar ialah mengirim utusan ke Yarmuk, memaklumkan akan kewafatan Khalifah Abu Bakar dan Umar naik menggantikannya, dan… Khalifah Umar al-Khattab menyampaikan perintah memecat Khalid al-Walid sebagai Qaid al-Am di Syria, dan kedudukannya digantikan dengan Abu Ubaidah bin Jarrah.
.
Pemecatan itu tidak melunturkan semangat Khalid al-Walid dan dia bertempur dengan gagah berani hingga akhirnya pasukan Islam mencapai kemenangan yang cukup gemilang.
.
Di belakang hari….. barulah ahli-ahli sejarah membuat penyelidikan dan dari himpunan cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut, ahli sejarah membuat kesimpulan akan sebab-musabab Umar memecat Khalid.
.
Sejarah mencatatkan, di belakang hari, ketika ditanyakan orang, Khalid al-Walid menjawab : “Aku berjihad bukan kerana Umar, tetapi kerana Tuhan Umar…!”
.
Amirul Mukminin Umar al-Khattab, dalam tahun 17 Hijrah (Perang Yarmuk berlaku tahun 13 Hijrah), telah pergi ke Palestine kerana dijemput untuk menerima penyerahan kota suci Jerusalem secara rasmi dari Paderi Agung Sophronius, ketika bertemu dengan Khalid al-Walid, sejarah mencatatkan ucapan Umar kepada Khalid ketika itu, berbunyi : “Ma-‘azaltuka li raibatin fika, wa la kin iftatana bika’n-nasu, fa haqqat an taftatina bi-‘in-nasi…!”
.
Maksudnya : “Aku memecat kamu bukan kerana meragui kemampuan kamu, tetapi kerana orang ramai telah terpesona dengan kamu, nanti kamu akan didewa-dewakan orang.”
.
Sejarah juga mencatat ucapan Khalid di belakang hari : “Segala puji bagi Allah, yang memanggil Abu Bakar kembali ke pangkuan-Nya..! Dialah khalifah yang lebih aku cintai dari Umar….! Dan segala puji bagi Allah yang telah melantik Umar… Dialah khalifah yang paling marah kepada ku, tetapi aku wajib mencintainya.”
.
Ketika Umar menjadi khalifah, dia telah melantik Sa’ad bin Abi Waqqas memimpin satu pasukan tentera yang akan bergerak dari Madinah, untuk pergi ke Lembah Mesopomia membantu Mutsanna bin Harith as-Syaibani menghadapi tentera Parsi dan meluaskan tanah taklukan kekuasaan Islam…. Akhirnya Sa’ad bin Abi Waqqas berjaya menakluki tanah Iran dan Iraq dari kekuasaan Parsi sejak sekian lama…
.
Dalam tahun-tahun di penghujung pemerintahan Amirul Mukminin, sebelum wafat tahun 24 Hijrah, Umar telah memecat Sa’ad bin Abi Waqqas dari jawatannya sebagai gabenor di Iran dan Iraq, kemudian membahagikan wilayah itu kepada dua dan melantik dua orang gabenor yang baru, iaitu Mughairah bin Sya’ba sebagai Al-Wali bagi wilayah Iraq, Azarbaijan dan Armenia dan pusat pemerintahannya di Kufah…. Manakala Abu Musa Asy’ari dilantik sebagai Al-Wali bagi wilayah Iran dan Khurasan, dan pusat pemerintahannya di Basrah.
.
Tahun 25 Hijrah, Khalifah Usman bin Affan memanggil Mughairah bin Sya’ba pulang ke Madinah dan memecatnya sebagai ganebor dan melantik semula Sa’ad bin Abi Waqqas untuk menjadi Al-Wali di Iraq.
.
Tahun 26 Hijrah, Khalifah Usman memecat Sa’ad bin Abi Waqqas dan melantik Walid bin Uqbah menjadi Al-Wali di situ…. Khalifah Usman juga memecat Abu Musa Asy’ari dan melantik Abdullah bin Amir sebagai Al-Wali wilayah Iran dan Khurasan.
.
Bahkan di Madinah sendiri, Khalifah Usman memecat Zaid bin Tsabit yang mengetuai ad-Dawawin, iaitu lembaga sekreteriat yang ditubuhkan oleh Umar al-Khattab, dan melantik Hakam bin Abil-AS menggantikan kedudukan Zaid bin Tsabit.
.
Amru bin al-As, yang telah berjasa besar kerana memimpin pasukan yang berjaya menghalau tentera Rom dari bumi Mesir dan menegakkan kekuasaan Islam di situ, akhirnya dipecat sebagai Al-Wali tanah Egypt dan kedudukannya digantikan oleh Abdullah bin Abi Sarah.
.
Banyak lagi kisah pemecatan dan pertukaran jawatan tinggi dalam pemerintahan berlaku sejak zaman Khulafa ar-Rasyidin dulu lagi, hingga ke zaman pemerintahan Bani Umayyah, Bani Abbasiyah, hingga ke zaman Khalifah Othmaniyah… pemecatan dan pertukaran ketua memang banyak berlaku… Itu adalah perkara yang biasa dalam dunia politik dan pemerintahan.
.
Di Malaysia sendiri, bukan tak pernah berlaku menteri besar ditukarkan dengan orang lain…. Bahkan Mohd Nasir, Menteri Besar Kelantan ketika di bawah pemerintahan PAS sendiri pun hendak ditukarkan dengan orang lain... Tan Sri Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak, juga ditukarkan….. Di Kedah, Syed Nahar Shahabudin, pernah digantikan dengan Osman Arof… Kemudian Osman Arof digantikan oleh Sanusi Junid… Kemudian Sanusi Junid digantikan pula oleh Mahadzir Khalid.
.
Di Selangor, selalu juga berlaku pertukaran dan pemecatan Menteri Besar…. Mat Taib pernah digantikan dengan Abu Hasan Omar… Dan Abu Hasan pula pernah dipecat dan digantikan dengan Khir Toyo.
.
Di Terengganu, Mat Said baru kena pecat, dan digantikan dengan Razif…. Sebelum itu, Idris Jusoh pernah digantikan kedudukannya oleh Mat Said…. Shahidan Kassim pun pernah digantikan dengan Mat Isa Sabu…. Taib Mahmud pun sebagai KM Sarawak juga digantikan oleh Adnan Satim.
.
Jadi, apa yang besar sangat dengan tindakan PKR hendak menukarkan TSKI sebagai MB Selangor…? Menyalahi undang-undang apa…? Melanggar hukum agama yang mana…?
.
Kalau tidak bersalahan dengan hukum politik dan tidak menyanggahi hukum agama, pasal apa ulamak-ulamak dan lebai-lebai PAS masing-masing menggelupur macam sawan babi bila dengar Khalid nak kena tukar….?
.
Pas sebagai parti politik dan mengaku memperjuangkan agama, mengaku dipimpin oleh ulamak, kita nak tanya…. Adakah tindakan PKR itu menyalahi undang-undang…? Adakah menukarkan Khalid itu hukumnya haram di sisi agama…?
.
Dah kalau tak menyalahi undang-undang dan tidak menyanggahi hukum agama, PAS berjuang untuk apa sebenarnya…? Kalau tindakan menukarkan menteri besar itu hukumnya haram, Umar dan Usman dulu yang berdosa, na’uzubillah.
.
Untuk pengetahuan badigo-badigo PAS sekelian, kalau mengikut undang-undang politik dan hukum agama, PKR berhak memecat TSKI dan menggantikan dengan orang lain tanpa perlu memberikan sebarang alasan pun…!
.
Tetapi, itu pun, PKR tetap memaklumkan kepada DAP dan PAS, dan menerangkan dengan panjang lebar setebal berpuluh-puluh mukasurat, menjelaskan akan kewajaran keputusan yang diambil untuk menukarkan Khalid Ibrahim.
.
Sekurang-kurangnya, Mustafa Ali dan Haji Hadi maklum akan surat penjelasan itu…. Tetapi kenapa PAS masih mengulang-ulang soalan yang sama kenapa Khalid Ibrahim dipecat….? Kalau penjelasan dari Saifudin Nasution itu tidak dapat diterima oleh ulamak PAS, kenapa tidak dinyatakan bab mana yang dipersoalkan itu…? Atau PAS memang berkeyakinan kononnya Setiausaha Agung PKR itu telah berbohong dan isi surat itu tidak dipercayai….?
.
Langkah Kajang memang bertujuan untuk melantik Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor….. Apa masalahnya…? Apa masalah kepada bangsa, agama, dan tanah air…? Kenapa ulamak dan lebai PAS bertelatah macam orang hilang akal seolah-olah kalau tukar menteri besar confirm akan punah jahanamlah negeri dan rakyat akan masuk neraka jahanam belaka bila mati….. Ini politik tahap mana, bai…? Ini pemikiran politik kelas berapa, bro…?
.

1 comment:

  1. RM2.6 JUTA DUIT RAKYAT SELANGOR LEBUR UNTUK 8 ORANG

    1) RAHIMAH BINTI KAMARUDDIN (PEGAWAI KOORDINASI MB SELANGOR)
    GAJI BULANAN RM 11, 000 X 67 BULAN . TERIMA PAMPASAN - RM 221,100

    2) FAEKAH BINTI HUSIN (KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MBI)
    GAJI BULANAN RM 39,000 X 50 BULAN. TERIMA PAMPASAN - RM 585,000.

    3) ARFA'EZA BINTI ABD AZIZ (SETIAUSAHA AKHBAR MB)
    GAJI BULANAN RM 18,000 X 77 BULAN. TERIMA PAMPASAN - RM 415,800

    4) ROHANI BINTI DATUK TALIB (KETUA PEGAWAI OPERASI MBI)
    GAJI BULANAN RM 24,000 X 65 BULAN. TERIMA PAMPASAN RM 475,200

    5) MUSTAFA TALIB (SETIAUSAHA POLITIK MB)
    GAJI BULANAN RM 10,000 X 78 BULAN . TERIMA PAMPASAN RM 234,000

    6) DR SULAIMAN MASRI (PEGAWAI KHAS KOMUNIKASI)
    GAJI BULANAN RM 8000 X 65 BULAN . TERIMA PAMPASAN RM 156,000

    7) ABDUL HALIM MOHD YUSOF (PENGURUS PENYELIDIKAN EKONOMI)
    GAJI BULANAN RM 10,000 X 50 BULAN. TERIMA PAMPASAN RM 150,000

    8) TUAN NAZURI ISMAIL (PEGAWAI AKHBAR)
    GAJI BULANAN RM 6000 X 55 BULAN.TERIMA PAMPASAN RM 97,200.

    ReplyDelete