PENGENALAN
Manusia
menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai punca makanan dan perubatan semenjak zaman
batu. Segala pengalaman dan pengetahuan diturunkan melalui mulut ke mulut dan
di warisi turun temurun. Namun begitu, apabila dunia semakin moden manusia
mencari penemuan baru. Kini, setelah puas disogok pelbagai bahan tiruan,
manusia kembali kepada asal iaitu alam semulajadi.
Perubatan
tradisional berkait rapat dengan sejarah sosio budaya manusia. Setiap
masyarakat di dunia ada sejarah perubatan asli tersendiri. Di Malaysia,
perubatan tradisional terbahagi tiga iaitu Melayu/Orang Asli, Cina dan India.
Perubatan Cina berasaskan Confucius, India Ayurveda manakala Melayu campuran
budaya Hindu, Arab dan Orang Asli. Walaubagaimanapun, semuanya ada ciri sepunya
iaitu bahan mentahnya berasal dari tumbuhan.
TUMBUHAN
HIJAU PENUH KHASIAT
Sebanyak 76
spesis paku-pakis dan 1215 spesis tumbuhan berbiji di Semenanjung Malaysia
didakwa berkhasiat ubatan, termasuk untuk kecantikan. Lebih 125 ribu jenis
tumbuhan ada khasiat perubatan yang berasaskan penggunaan. Pola penggunaan
perubatan tradisional kalangan lelaki biasanya untuk menjaga kesihatan,
meningkatkan tenaga mental, fizikal dan keupayaan lelaki. Hampir 40 peratus
kegunaannya untuk orang perempuan bagi tujuan kecantikan seperti awet muda,
melangsingkan badan, kegebuan kulit serta meningkatkan daya tarikan seks,
mengawal perjalanan haid dan menjarangkan anak.
Bahagian tumbuhan yang lazim digunakan ialah akar, batang,
daun, ranting, buah dan juga keseluruhan pokok. Lazimnya ia berbentuk kasar
seperti akar kayu yang dikeringkan atau bentuk segar yang direbus dan diminum
airnya. Hanya segelintir diproses, seperti jamu, makjun dan minyak urut/urat.
Secara umum kajian setakat ini yang dilakukan oleh Profesor Madya Dr. Marziah
Mahmood daripada Jabatan Biokimia dan Mikrobiologi UPM (1993) membuktikan benar
mengenai dakwaan dan kepercayaan tentang kebaikan 10 jenis spesis tumbuhan
kumpulan kunyit dan jarum emas. Namun begitu, khasiat yang ada tidak stabil dan
mungkin hilang dalam pemprosesan atau melalui peruapan. Terutama jika barangan
tersimpan lama dalam pasaran.
Rahsia Di Sebalik Nama
Pudina
Tumbuhan ini sejenis herba dan
senang ditemui di tempat lembap. Daunnya boleh dimakan sebagai ulam. Daunnya dan
sedikit perahan air limau ditumbuk lumat, dipupuk pada dahi untuk ubat sakit
tekak. Minyak yang didapati daripada daunnya dikenali sebagai minyak perlu atau
peppermint. Mujarab digunakan untuk
sakit kerongkong dan sebagai perasa masakan atau gula-gula.
Mata
Pelanduk
Tumbuhan ini sering ditemui di
kawasan belukar dan pinggir hutan. Bahagian akar dan daunnya sering digunakan
untuk perubatan. Akarnya dianggap mujarab untuk campuran ubat sakit meroyan.
Air rebusan akarnya diyakini baik untuk mengubat sakit tekak atau dada. Tetapi
awas, jika minum terlalu banyak menyebabkan seseorang muntah. Daunnya elok
untuk mengubat penyalit sengal-sengal tulang. Lumatkan daun beserta akarnya
lalu pupukkan pada tempat yang sakit. Buahnya yang berwarna merah dan manis,
boleh dimakan sebagai ulam.
Dukung
Anak
Pokok yang tumbuh di tepi-tepi jalan
dan serata tempat lapang ini banyak khasiat dan rahsia. Air dan rebusan pokok
ini diminum, mampu mengubati penyakit cirit-birit. Malah kajian sains
membuktikan ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Perahan air daripada
pokok ini juga dikatakan mujarab mengubati kudis dan luka. Bagi mengelakkan
anak kecil dijangkiti penyakit demam kuning (jaundice), ambil secekak pokok ini dan masak dengan sedikit susu
kambing. Pokok Dukung Anak juga sering direbus bersama tebu hitam, pegaga dan
gula batu untuk dijadikan ubat penawar sakit dada mereka yang menghidap sakit
batuk berdarah.
Serai
Pokok ini lazim ditanam untuk
kegunaan masakan. Selain penambah perisa, ia mampu menaikkan aroma masakan. Dipercayai
daunnya yang ditumbuk lumat apabila dipupuk pada dahi mampu meredakan sakit dan
ketegangan kepala. Malah bisa-bisa badan atau sengal sendi-sendi mampu diubati
melalui cara itu. Air perahan serai berkesan mengalak gigitan nyamuk apabila
disapu pada kulit. Mereka yang tidak lawas membuang air kecil boleh minum air
rebusan daun dan akar serai. Malah ia mencegah perut daripada kembung. Pati
akarnya boleh digunakan sebagai pewangi untuk syampu rambut serta mewangikan
pakaian.
Putarwali
Ia hanya boleh ditemui di dalam
hutan dan air rebusan akarnya mampu mengawal paras gula darah. Patinya boleh
membebaskan hormon insulin sekali gus meningkatkan penggunaan glukosa dan tisu
badan. Selain itu didakwa ia mampu mengembalikan kekuatan tenaga batin lelaki
yang telah berusia.
Jarum
Emas
Ia sejenis rumput yang boleh ditemui
di kawasan lapang. Tumbuhan parasit ini hidup menumpang pada pokok lain serta
tidak berakar. Air rebusannya dipercayai mampu mengubat sakit pinggang, sakit
urat saraf dan elak untuk ibu bersalin. Pun saranan pengkaji sains, ia harus
direbus mengikut cara teratur. Lima batang pokok harus direbus bersama 0.5
liter air.
Kacip
Fatimah
Ia sejenis tumbuhan hutan berkayu
kecil. Minum air rebusannya dikatakan mampu memudahkan ibu bersalin. Malah ia
dikatakan elok diminum sewaktu ibu berpantang.
Tongkat
Ali
Tumbuhan ini dikatakan mampu
mengurangkan tekanan darah tinggi apabila diminum air rebusan akarnya. Malah
penyakit seperti sakit jantung, kencing manis serta sakit kepala boleh
diredakan dengan mengamalkan minuman air rebusannya. Ibu bersalin sering
dicadangkan minum air rebusannya untuk mengubati luka.
Pepanggil
Tumbuhan ini berbunga merah,
mempunyai ketinggian di antara enam hingga lapan kaki. Daunnya jikalau direndam
dan diminum dikatakan mujarab sebagai julap pencuci usus. Bengkak di perut
dikatakan boleh dikurangkan dengan menyapu air rebusan pokok ini.
Bidara
Bidara (ziziphus mauritiana) ialah tumbuhan hutan yang kini ditanam secara
komersil. Berukuran 4.6 meter tinggi, ia mempunyai pelbagai kegunaan, terutama
dari segi perubatan oleh masyarakat kampung, khususnya di Melaka. Rebusan kulit
dan biji bidara boleh diminum untuk menghentikan cirit-birit. Bidara
mengeluarkan buah yang rasanya manis dan enak dimakan.
Terung
Pipit
Sejenis pokok renek berukuran lebih
1.5 meter tinggi, dikatakan mujarab bagi merawat sakit kepala, sengal otot,
taun, cirit-birit dan mengurangkan demam panas. Losyen yang dihasilkan daripada
daun terung pipit sesuai digunakan untuk mengubat buasir manakala tempelan akar
pokok yang ditumbuk lumat boleh memulihkan tumit kaki yang pecah. Buah terung
pipit pula enak dijadikan ulam atau dimasak sambal dan jika kerap dimakan, ia
mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Selain mengandungi pelbagai khasiat,
masyarakat kampung biasanya mencampurkan daun terung pipit dalam masakan untuk
menambah selera makan.
Asam
Gelugur
Sejenis pokok yang ditanam bagi
mendapatkan buahnya. Rasa buah asam gelugur yang masam menjadikannya antara
bahan penting untuk memasak. Asam gelugur juga diguna untuk menyembuhkan kesan
demam selsema. Dalam kajian terbaru dunia perubatan, pengkaji mengenal pasti
dan mengasingkan bahan kimia yang dihasilkan daripada asam gelugur untuk diguna
dalam penghasilan ubat antitekanan darah tinggi.
Cili
Cili ditemui oleh bangsa Sepanyol kira-kira
abad ke -16 semasa era perkembangan baru dunia. Cili boleh didapati dan ditanam
meluas di seluruh dunia. Di antara negara-negara tersebut ialah Brazil, Congo,
India, Jepun, Honduras, Guatemala, Mexico, Mombassa, Uganda, China dan Amerika
Syarikat. Cili adalah dari keluarga Solanaceae
iaitu satu keluarga dengan ubi kentang dan tomato. Ia boleh dibahagikan kepada
beberapa spesis dan yang paling popular ditanam di Malaysia hanya dua jenis
iaitu Capsicum annum dan Capsicum frutescen. Contohnya, cili padi,
cili api, cili gadung, cili tomato dan cili akar.
Cili yang bersaiz kecil lebih pedas
rasanya. Kepesasan cili adalah bergantung kepada kandungan Capsaicin/Capsaicivoids di dalamnya. Terdapat 5 komponen capsaicin
di dalam cili, iaitu nordihidro capsaicin, capsaicin, dihidro capsaicin, homo
capsaicin dan homo dihidro capsaicin. Komponen tersebut mambantu merawat sistem
peredaran darah yang kurang lancar seperti aliran darah pada tangan, kaki dan
jantung. Buah cili yang pedas dapat meningkatkan suhu badan sehingga merangsang
metabolisme yang mengakibatkan lancarnya peredaran darah. Capsaicin juga
bersifat mukokinetik yang dapat mengurangi, mengatur dan mengeluarkan lendir
dari paru-paru bagi penyembuhan bronchitis, influenza, masuk angin dan asma.
Buah cili juga mengandungi flavoid
dan antioksidan yang dapat melindungi tubuh dari penyakit barah. Biji cili
mengandungi capsaicin yang mampu mencegah jangkitan pada sistem pencernaan.
Minyak cili dipanggil capsicol. Ia diguna sebagai ubat sapu bagi mengurangkan sengal-sengal,
sakit gigi, sesak nafas dan gatal-gatal. Di negara barat, cili diproses menjadi
tablet dan digunakan sebagai bahan pelali, melawan kelesuan atau lemah badan.
Cili menyumbang sumber vitamin C, B, E dan protovitamin A bagi memenuhi
keperluan kehidupan manusia.
Bawang
Nama saintifik bawang ialah Allium cepa L. Bawang mula-mula ditemui
di Asia Tengah, iaitu dari Iran hingga ke Pakistan. Sejak itu ia dibawa oleh
pedagang-pedagang ke seluruh rantau yang dijelajahi. Sehingga kini negara
terbesar yang menghasilkan bawang ialah China, iaitu kira-kira 228,000 tan pada
tahun 1979. Bawang diketahui digunakan di dalam masakan sejak 5000 tahun dahulu
sejak zaman Pharaoh. Pada zaman Roman, hanya orang miskin sahaja yang
menggunakan bawang sebagai bahan masakan. Bawang mula popular apabila Raja
Poland Stanisiaus mengahwinkan anaknya dengan Raja Louis 15 dari Perancis.
Merekalah yang mula-mula mencipta French Onion Soup. Sejak itu orang mula suka
makan bawang.
Mereka mendapati orang yang makan
bawang lebih sihat dan jarang dijangkiti penyakit. Ini kerana Allicin yang
terdapat di dalam bawang didapati boleh mencegah kehidupan sesetengah bakteria.
Mengunyah bawang mentah selama 3 minit mampu membunuh segala bakteria di dalam
mulut. Bawang juga mengandungi protein dan kaya dengan kalsium, riboflavin,
potasium, vitamin A dan C. berdasarkan penyelidikan doktor di Rusia, jika
seseorang makan bawang mentah setiap hari, dia akan terhindar daripada masalah
kesakitan gigi. Bawang juga dikatakan boleh mencegah dan mengeluarkan kahak
serta digunakan sebagai ubar merawat batuk, demam, radang paru-paru, selsema,
pirai (gout), sengal-sengal tulang (reumatik) dan masalah hati. Bawang juga
berkesan merawat insomnia jika dimakan sewaktu harapan.
Bawang
Besar
Bawang besar ditanam melalui bunga
bawang yang sudah kering. Proses tanaman bawang daripada benih hingga mendapat
hasil mengambil masa setahun. Satu pokok hanya menghasilkansebiji bawang.
Bawang semai ditanam di tanah rata, cuaca yang tidak terlalu panas dan tidak
terdapat air bertakung. Bawang dianggap matang dan boleh dituai setelah daunnya
kering. China, India dan Amerika adalah adalah 3 negara yang menanam bawang
secara besar-besaran. Terdapat 3 jenis bawang, iaitu bawang putih, kuning dan
merah. Antara ketiga-tiga jenis ini, bawang jenis merah yang kurang berbau.
Tidak banyak perbezaan antara bawang besar dan bawang kecil. Di Barat, bawang
dimakan mentah sebagai salad. Di Malaysia bawang besar dinamakan Nenasi Red sedap dimakan mentah.
Pendapat yang mengatakan mereka yang kuat makan bawang mempunyai bau badan yang
kuat belim dapat di pastikan. Dinegara-negara tropika yang cuacanya panas dan
lembap, bau badan disebabkan beberapa faktor tertentu. Salah satu daripadanya
ialah fungus yang hidup di badan manusia.
Bawang
Putih
Bawang putih berasal dari Asia
Tengah dan dibawa ke Eropah oleh para pedagang dan penjajah. Nama saintifiknya
ialah Allium Satirum. Orang Eropah
menggunakannya sebagai satu cara pengubatan selama beribu-ribu tahun dan
dipercayai melindungi daripada wabak penyakit, pontianak dan gangguan syaitan.
Baunya yang kuat mungkin tidak menyenangkan namun orang primitif menyukainya
kerana percaya tumbuhan ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyalit.
Orang Mesir purba percaya bawang
putih mempunyai rahsia awet muda. Buruh-buruh yang membina piramid diberi makan
bawang putih agar sentiasa sihat dan bertenaga. Bawang putih juga dipercayai
dapat menyembuhkan luka yang banyak digunakan semasa Perang Dunia Pertama dan
Kedua. Sistem perubatan Ayurvedic menggunakan bawang putih untuk menghalang
penyakit sengal dan saraf. Ia juga digunakan untuk menyembuhkan bronkitis,
pneumonia, lelah, selsema dan penyakit yang berkaitan dengan paru-paru, untuk
mengeluarkan angin dan parasit serta cara berkesan melegakan batuk pada
kanak-kanak.
Sungguhpun bawang putih telah
digunakan sebagai bahan perubatan sejak beribu-ribu tahun lalu, namun kajian
mengenainya hanya dilakukan pada beberapa tahun kebelakangan ini. Bawang putih
mentah mengandungi asid amino yang dinamakan alliin. Apabila bawang putih dipotong, alliin bercampur dengan
enzim yang dinamakan allinase dan menukar alliin kepada allicin, agen anti
bakteria dan me,bantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Oleh kerana ini,
terdapat minat mendalam untuk mengkaji dan menggunakan bawang putih sebagai
cara mencegah penyalit jantung dan lumpuh. Kajian menunjukkan minyak bawang
putih yang diberi kepada arnab mengurangkan kadar lipoprotein darah
(low-density lipoprotein atau LOL), mengurangkan kolestrol tidak elok yang
melekat ke saluran arteri. Dengan ini mengelakkan risiko dari diserang penyakit
jantung.
Bawang putih mengandungi kadar
karbohidrat yang tinggi, sedikit protein, serat dan sedikit sahaja lemak. Ia
juga mengadungi banyak vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan,
terutamanya vitamin C, zat besi dan potassium. Minyak bawang putih dijual dalam
bentuk kapsul dan banyak terdapat di pasaran. Setiap biji kapsul mengandungi
minyak yang diproses daripada bawang putih. Kajian perubatan juga menunjukkan
pesakit jantung yang diberi makan 10 ulas bawang putih setiap hari selama
sebulan menunjukkan pertambahan bahan anti-beku dalam darah mereka. Orang Korea
gemar makan bawang putih yang dicicah dengan sos taucu sebagai pembuka selera
sebelum makanan dihidangkan. Bawang putih juga dihidangkan sebagai sup dan sos.
Menurut kajian saintifik yang dijalankan, golongan tersebut boleh hidup lebih
lama.
Bawang putih ditanam daripada biji
dan ladang bawang putih terbesar terdapat id China, Korea Selatan, Thailand,
Sepanyol, Mesir dan India. Ia memerlukan tanah kering untuk hidup subur.
Selepas dituai, bawang putih boleh disimpan selama 2 atau 3 tahun. Ia mudah
bercambah walaupun disimpan di peti sejuk. Kini proses radiasi digunakan untuk
menghalang bawang putih daripada mudah bercambah. Bawang putih juga mudah
bercambah di tempat gelap. Oleh itu, ianya elok disimpan di tempat terang.
Lapisan kulit bawang putih yang kering tidak perlu dibuang agar tahan lebih
lama.
Kentang
Terdapat beratus jenis ubi kentang
yang tumbuh di seluruh dunia. Ia adalah daripada keluarga Solanaceac seperti terung dan tomato. Ubi kentang berasal dari
negara Bolivia daan Peru dan ia telah mula ditanam semenjak tujuh ribu tahun
dahulu. Semenjak orang Sepanyol membawa ubi kentang keluar dari Amerika Selatan
pada abad ke -16, ubi kentang telah menjadi bahan penting dalam setiap masakan
orang Eropah. Kini, ubi kentang ditanam secara besar-besaran terutamanya bagi
peladang di Amerika Syarikat.
Khasiat Kentang.
Ubi kentang
mempunyai banyak khasiatnya. Ini disebabkan oleh ianya kaya dengan potassium,
vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan
fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan
darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta
sedikit kandungan protein dan zat besi. Kandungan potassium ubi kentang adalah
dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah
lemaknya pula di bawah paras 25%, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol
di dalam lapisan saluran darah. Ubi kentang sesuai bagi golongan yang mengalami
kekurangan gula dalm darah tetapi menghidap darah tinggi.
Selain
daripada itu, ubi kentang juga merupakan sumber terbaik dalam pembentukan zat
besi dalam darah. Ia juga merupakan sumber yang boleh menjamin sistem ketahanan
badan kerana kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi di dalamnya. Di dalam
ubi kentang juga terdapat bahan yang boleh meneutralkan virus carcinogens dan
ia lebih efektif daripada yang terdapat dalam kacang soya. Kulit kentang pula
kaya dengan clorogenic polypherol, iaitu ia membantu mengelakkan mutasi sel
yang boleh membawa kepada barah.
Kajian turut
mendapati, hirisan ubi kentang mentah dan juga jusnya dianggap boleh membantu
mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi (arthritis) dan radang otot dan
sendi-sendi (rheumatism). Kesakitan
biasa seperti salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan
dapat dilegakan dengan cara melekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan
selama 15 minit atau lebih. Sos ubi kentang yang digunakan untuk sos salad dikatakan boleh mengurangkan luka,
mengelakkan jangkitan dan mengurangkan kesakitan serta pencemaran bakteria.
Parutan ubi kentang yang ditepekkan pada bahagian mata mampu menghilangkan
bulatan hitan pada mata (dark circles) dan sekiranya dicampur bersama krim
putar boleh melambatkan berlaku kedut-kedut di muka. Ubi kentang lecek (tanpa
mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan
sahaja bermanfaat untuk tujuan perubatan malah turut menyumbang dalam bidang
kecantikan.
Kurma
Dikenali juga sebagai Phoenix dactylifera. Kurma adalah
sejenis buah yang mengandungi banyak garam galian. Bagi setiap orang Islam yang
berpuasa disunatkan berbuka dengan 3 biji kurma, kecuali jika tiada kurma,
bolehlah digantikan dengan makanan manis yang lain. Secara saintifik, logiknya
kerana sepanjang hari berpuasa, badan kita menggunakan tenaga daripada makanan
yang diambil ketika bersahur. Makanan ini melalui proses pencernaan dan
penyerapan. Kandungan karbohidrat di dalam makanan-makanan akan ditukar kepada
glukosa, sumber utama tenaga yang mudah diserap oleh badan. Selepas 6 jam,
kandungan glukosa di dalam sistem pencernaan tidak mencukupi untuk menampung
keperluan badan. Maka ketika ini kita akan berasa lapar. Penggunaan glukosa
yang tersimpan di dalam badan perlu di ganti secepat mungkin iaitu ketika
berbuka.
Khasiat:
Kandungan
khasiat kurma bagi setiap 100 gram ialah:-
Karbohidrat
Kalsium
Potassium
Kalium
Karotin
Air
Protein
Serat
Ferum/besi
Vitamin (B1, B2 & niasin)
|
7.5 g
55 mg
62 mg
535 mg
140 mg
23 mg
2.3 mg
1.0 g
0.8 mg
1.43 mg
|
Daripada jumlah di atas, setiap 100g. kurma boleh menymbang
sebanyak 295 kalori tenaga.
Kiwi
Pada asalnya kiwi banyak tumbuh di
negara China dan dikenali sebagai Yantoa (Chinese Gooseberry). Pada masa kini,
ia banyak tumbuh di New Zealand dan popular dengan nama kiwi sempena nama
burung kiwi di New zealand. Kiwi mempunyai gabungan rasa buah tembikai,
strawberi dan pisang. Kulitnya yang berbulu coklat halus nampak hodoh. Namun
begitu isinya cantik, berwarna hijau muda dan berbiji halus, membulat di
tengahnya membentuk corak seperti bunga.
Selain cantik sebagai hiasan kek,
puding dan agar-agar, buah kiwi sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri.
Sebahagian besar vitamin C boleh diperolehi di dalam buah kiwi. Buah kiwi yang
bersaiz sederhana boleh membekalkan 75 mg vitamin C. sebanyak 120 peratus
vitamin C keperluan harian boleh dibekalkan oleh buah kiwi. Kandungan kalorinya
sangat sedikit berbanding limau manis. Kandungan seratnya pula, empat kali
lebih banyak daripada anggur.
Pengambilan serar dapat membantu
mengawal nafsu makan dan melancarkan fungsi usus. Gabungan serat, magnesium dan
potassium dapat mengurangkan tahap kolesterol, menormalkan tekanan darah dan
membina arteri yang kuat. Garam galian tersebut juga penting bagi proses
pertumbuhan tulang rangka dan membaik pulih. Buah kiwi juga baik untuk gigi
kerana jusnya dapat meninggikan kawalan dos asid askorbik. Vitamin C yang
dikandungnya juga boleh bertindak sebagai 'berus gigi penyingkir' untuk
mengurangkan pertumbuhan karang gigi.
Epal
Epal bukan sekadar murah dan mudah
diperolehi malah ia adalah buah yang berkhasiat dan berzat. Rasanya yang
masam-masam manis boleh mengurangkan rasa mual setelah memakan makanan yang
berlemak. Epal tidak mengandungi lemak atau kolesterol malah tiada langsung
mengandungi sodium. Sebiji epal turut menyumbang sepertiga keperluan vitamin C
untuk sehari. Epal merah mengandungi karotin yang membekalkan vitamin A.
mengunyah epal adalah cara terbaik untuk membersihkan dan menyihatkan gigi.
Sungguhpun epal mengandungi gula buah asli, namun banyaknya pengeluaran air
liur menolong mengelakkan kerosakkan gigi.
Sebiji
epal yang beratnya 200 gram mengandungi empat gram serat, iaitu sama dengan
serat yang terkandung dalam tiga keping roti bijirin campuran atau seperempat
cawan oat yang telah dimasak. Kandungan serat yang tinggi membuatkan kita rasa
kenyang selepas memakannya. Secara tidak langsung, boleh menurunkan berat
badan. Tambahan lagi kandungan kalorinya rendah, iaitu hanya 40 kalori.
Pemakanan yang tinggi kandungan
serat boleh menghindari beberapa jenis penyakit seperti kegemukan, barah usus
dan penyakit jantung. Penyakit-penyalit tersebut boleh dihindari kerana
kandungan serat seperti pektin dan serat-serat yang lain boleh larut dan
dihancurkan oleh bakteria di dalam usus. Sebahagian asid organik dibebaskan
dalam proses tersebut. Salah satu daripada asid organik itu ialah asid butirik
yang menyediakan sumber makanan semulajadi kepada sel usus yang sihat. Asid butirik
juga didapati boleh melemahkan enzim yang diperlukan oleh sel barah usus untuk
merebak.
Pokok epal ditanam daripada keratan
batangnya. Cuaca sejuk, tidak terlalu panas, hujan mencukupi dan cuaca yang
baik semasa musim memetik amat bersesuaian dengan penanaman pokok epal. Epal
mula berbuah setelah berusia tiga tahun. Namun begitu, buahnya menjadi lebat
semasa pokok berusia lima tahun. Pokok epal boleh membesar sehingga setinggi
empat meter. Biasanya ianya dicantas agar rimbun dan mudah semasa memetik buahnya.
Australia, USA, New Zealand, Chile, Afrika Selatan dan Perancis adalah negara
pengeluar epal paling besar. Jenis epal yang ditanam ialah Gala, Fuji,
Sundowner, Golden Delicious, Pink Lady, Granny Smith, Jonathan & Delicious.
No comments:
Post a Comment