Saturday, December 1, 2012

BELIMBING BULUH

 
 Khasiat Belimbing Buluh

a. Selain penambah perisa pada makanan, buah Belimbing Buluh mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dijemur, ia dapat menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit muka, sakit-sakit sendi serta panau. Jika di rebus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam.

b. Selain itu bagi menghilangkan batuk, am
bil segenggam bunga Belimbing Buluh dan campurkan dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Lalu direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian, minum dengan mencampurkan sedikit madu lebah. Minum segelas, tiga kali sehari.

c. Untuk mereka yang menghidap penyakit seperti darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh, potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari. Bagi bayi yang diserang penyakit kuning pula dimandikan dengan air rebusan daun Belimbing Buluh untuk meredakannya.
 
sumber FB


No comments:

Post a Comment