Sunday, August 26, 2012

Beraya Di Kampung

Masih ingat lagi semasa kita pulang berhari raya di kampung halaman samada rumah orang tua kita atau pun rumah orang tua pasangan kita(mertua).Kita bersyukur masih mempunyai orang tua,ibu dan ayah dan sanak saudara.Masih dapat melihat wajah mereka .Masih dapat berkhidmat untuk mereka,bergurau senda dengan mereka dan mendapat nasihat dan tunjukajar dari mereka.Kerinduan terubat apabila kita dapat bertemu dengan mereka, antara kita dan  ibu dan bapa.Dapat menikmati masakan ibu....mendengar celoteh ayah.


Gambar hiasan

Setelah dua tiga hari berada di rumah orang tua kita, sama-sama makan dan minum,bergurau senda dan bercerita kisah sukaduka dengan adik beradik dan sanak sedara.Berebut-rebutan  anak cucu menjamah makan-minum dan berkongsi tempat tidur serta mandi manda .Riuh rendah suara anak-anak bermain .Alangkah indahnya suasana tersebut.Kita dapat menunaikan solat berjemaah bersama-sama,menonton tv bersama dan saling bermaaf-maafan antara ahli keluarga dan adik beradik.Datuk dan nenek terhibur dengan telatah anak cucu hilang seketika pelbagai perkara yang bersarang dihati.


Dan tiba masa untuk kita kembali ke rumah kita masing-masing setelah cuti kita habis untuk memulakan tugas dan anak-anak akan kembali ke sekolah.Masa tu.....anak-anak akan bersalaman dengan ibu dan bapa,memohon ampun dan maaf ,mengharap doa restu dari mereka.Mengenang kembali salah dan silap kita kepada mereka kerana kita tidak pantas dalam melayani kedua orang tua kita lebih lagi dalam keadaan mereka yang telah uzur dan dah lanjut usia.Kita tidak melayani mereka dengan baik terhadap rang tua kita sebagaimana mereka mendidik dan memelihara kita sehingga kesaat ini.Tidak terasa air mata ibu dan bapa membasahi pipinya yang sudah dimamah usia mengiringi kepulangan kita.Dengan iringan doa dan harapan agar kita sekeluarga selamat dalam perjalanan di dunia dan akhirat.Ibu...ayah..izinkan kami kembali !Maafkan segala salahsilap kami,kebiadapan kami dalam berbicara,dan segalanya.Tidak terbalas jasamu ibu...ayah walaupun jasad kami dikandung tanah. Suasana terasa begitu syahdu sekali,masing-masing sebak melayani perasaan masing-masing.Ibu dan ayah tidak dapat dicari ganti.Tanpamu kami tiada didunia ini dan ibu,ayah memberi lambaian selamat tinggal kepada kita.Pulanglah wahai anak-anakku dengan selamat..jangan lupakan kami disini tempat asal-usulmu.Kenalilah dirimu anak!
 

 


  
Sekarang anak-anak kita telah dewasa dan ada yang telah berkeluarga .Mereka akan kembali ke rumah masing-masing,ada yang kembali bertugas dan kembali belajar di perantauan.Suasana itu akan berulang dan kita akan merasainya apa yang ibu dan ayah kita menghayatinya selama ini.Kita akan merasainya sebagaimana mereka .
 Ia akan terus berulang dari generasi ke generasi sehinggalah kita akan  kembali buat selama-lamanya menemui Maha Pencipta,Allah Subhanahu Wataala.....Hanya doa dan airmata mengiringi perpisahan ini!

No comments:

Post a Comment