Saturday, March 3, 2012

KELEBIHAN IBADAT UMRAH







Seperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah. Di antaranya ialah :

1. MENJADI TETAMU ALLAH
Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :
“Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang”

2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah :
“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)
3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH
Di dalam Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :
 UMRAH RAHMATAN LIL` ALAMIN
“Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga’”



4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :
“Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji”

 
5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN
Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
“Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi”
6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)
Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”
Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :
 
“Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Al-Bukhari)


 
7. PENGHAPUS  DOSA
Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud :
“Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”         
     Gambar hiasan perjalanan bapa dan ibu menunaikan ibadat umrah ke Tanah Suci Mekah.
"Ya Allah,
Kau terima la tetamu Mu ini,
Kau kabulkanlah setiap permintaannya,
Tempatkan lah meteka di kalangan org2 yg sentiasa mengingati Mu,
Amin Ya Rab."
                                                                                                                                                                               





     

UMRAH RAHMATAN LIL` ALAMIN

 Jom UMRAH. Semoga Berkat Perniagaan & pendapatan saudara. Tingkatkan amalan, permudahkan urusan, mendapat keberkatan, business & akhirat diselarikan.

 Pakej Umrah Konvensional RM6-7K seorang. Dgn kami hanya RM 1, 336 tanda niat & booking.

  Kursus di Bangi, Selangor @ di tempat anda & Visa ditanggung beres.

keterangan lanjut  ......

No comments:

Post a Comment