BAJA ORGANIK PIRAB JUMBO Baja Organik Pirab Jumbo adalah baja pelbagai guna kerana ia adalah baja Membaikpulih Struktur Tanah serta mampu menambah hasil tanaman dan menjadikan hasil tanaman lebih berkualiti. Ia amat sesuai untuk akar tanaman, batang tanaman serta daun dan buah tanaman. Mengandungi (N)1.88%, (P) 1.22%, (K) 2.20%, (GA) 0.2%, (HA) 5.0%, (OM) 35%. Produk Baja Pirab Jumbo telah melalui proses kuarantin di Jabatan Pertanian, Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan. Ianya telah dianalisa dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengimportan Mikro Organisma dan Bahan Organan. Produk baja Organik Pirab Jumbo mampu menembusi pasaran domestik dan juga antarabangsa kerana ianya telah terbuktikan keberkesanannya di Thailand yang lebih berpengalaman dalam bidang pertanian. AZOMITE adalah singkatan kepada A to Z of Minerals including Race Elements. Merupakan bahan yang mengandungi lebih 70 komponen bahan mineral yang membantu didalam pertumbuhan serta perkembangan tumbuhan atau lebih dikenali sebagai micronutrien atau Organic Matter (OM) seperti Alumina, Barium Oxide, Calcium Oxide, Carbon, Chlorine, Ferric Oxide, Hydrogen dan Magnesium Oxide. Ianya merupakan komponen yang terbesar didalam baja ini iaitu sebanyak 35%. Organic Matter ini mampu menyediakan karbon dan sumber tenaga kepada mikrob tanah. Menstabilkan kadar pemecahan tanah. Meningkatkan keupayaan tanah untuk menyimpan serta menyalurkan udara dan air kepada tumbuhan. Menyimpan dan membekal nutrien seperti nitrogen, phosphorus dan sulfer yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok dan mengurangkan kesan racun kimia, logam berat dan pencemaran lain ke atas tanah. Selain dari itu Azomite juga telah menghasilkan Humic Acid (HA) yang merupakan komponen yang membantu dalam proses penyerapan baja dan nutrien lain untuk tumbuhan. AMYKO adalah bahan kulat akar (fungus root) dikenali sebagai mycorrhiza yang membantu perkembangan akar tumbuhan secara biological. Mycorrhiza meningkatkan kebolehan akar untuk menyerap nutrien serta menyimpan karbohidrat. Baja ini juga mengandungi Gibberellic Acid (GA) yang merupakan hormon semulajadi tumbuhan bagi menggalakkan pertumbuhan pokok. Ianya mampu meningkatkan penghasilan buah atau bunga. Kandungan baja ini mengandungi 0.2% kerana GA yang terlalu banyak akan menyebabkan atau bunga terbantut. Selain daripada itu, Baja Pirab Jumbo ini juga mengandungi komponen N-P-K sama seperti baja sintetik atau kimia yang ada di pasaran. N (Nitrogen) membantu pertumbuhan daun supaya lebih sihat dan kuat. P (Phosphorus) membantu pertumbuhan serta perkembangan akar dan bunga manakala K (Potassium atau Potash) penting untuk kesihatan tumbuhan secara keseluruhan. Baja Pirab Jumbo adalah baja organic yang menggabungkan enam komponen biologi yang utama dan penting bagi pertumbuhan serta perkembangan tumbuhan, yang tidak terdapat pada baja organic biasa atau baja sintetik/kimia yang ada di pasaran. Baja Pirab Jumbo merupakan baja organik yang sangat efektif kerana kandungan bahannya yang stabil dan 100% bersifat organik. Baja Organik Pirab Jumbo telah diberi kelulusan oleh beberapa agensi kerajaan Malaysia seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Pengaliran dan Saliran. Penggunaan baja ini tidak memberi kesan sampingan yang negatif terhadap tanah dan persekitarannya samada jangka masa yang singkat mahupun panjang. Penggunaan yang berlebihan juga tidak mendatangkan kesan negatif ke atas tanaman dan tanah persekitaran sekiranya berlaku lebihan penggunaan (over dosage). Baja ini sangat sesuai untuk: - akar tanaman - batang tanaman - daun dan buah tanaman Cara-cara Penggunaan dan Sukatan: Sayuran: 75 kg - 150 kg / hektar Kelapa Sawit Permulaan tanam-masuk lubang 500 gm / pokok Pembesaran / buah-tabur keliling 1 kg / pokok Pokok Getah Permulaan tanam-masuk lubang 200 gm / pokok Pembesaran / susu-tabur keliling kanopi - 500 gm / pokok Padi Permulaan tanam / membajak - 150 kg / hektar Pengeringan air - 150 kg / hektar
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
sumber : pertanian |
Monday, February 13, 2012
BAJA ORGANIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment