Adakah Kenderaan anda...
Þ Melebihi 30k mileage?
Þ Kurang power…? terasa berat?
Þ Lemah mendaki bukit @ membawa bebanan/penumpang?
Þ Selalu semput ataupun tersengguk-sengguk?
Þ Kuat menggunakan bahanapi?
Þ Sukar dihidupkan terutama di waktu pagi?
Þ Masalah penalaan?
Anda seharusnya memberitahu kami untuk menyelesaikan masalah ini. Teknologi kami begitu mudah, berkesan, jimat masa dan belanja. Kaedah kami TIDAK memerlukan:-
Þ Top overhaul
Þ Membuka sebarang skru
Þ Penukaran minyak hitam
Apa yang anda perolehi???
Þ Kesan positif yang segera (+-15 minit)
Þ JIMAT masa & wang
Þ JIMAT minyak
Þ Meningkatkan kuasa kuda (HP)
Þ Money Back Guarantee (100%) Jaminan pulangan wang sepenuhnya
Mengapa Perlu Buang Karbon?
D'Carbo telah melepasi ujian SIRIM QAS International
(Report No: 2006KL0920)
Apa Itu Karbon & Apakah Kaitannya Dengan Enjin Kenderaan?
Semua kenderaan setelah melalui satu jarak perjalanan PASTI MENGALAMI pembentukan karbon di dalam saluran bahan api, combustion chamber, injap, piston, silinder dan sebagainya. Semuanya berlaku dalam enjin kenderaan anda.
Karbon terhasil secara SEMULAJADI akibat pembakaran campuran udara dan bahan api pada piston silinder di dalam enjin |
Paling mudah nak faham tentang karbon ni ialah lihat pada pelita minyak tanah. Perhatikan asap yang terhasil, itulah karbon. Akan tetapi, pada pelita kita panggil jelaga dan sekiranya kita biarkan asap tersebut lalu pada satu tiub, ia akan menghasilkan kesan hitam dan sekiranya ia berterusan, ia akan membentuk seperti kerak.
Kalau pada enjin, cuba lihat pada palam pencucuh. Macam itulah rupa karbon. Pada palam pencucuh tersebut baru sedikit, banyak lagi yang melekat pada kepala piston, injap-injap dan ruang pembakaran yang kita tidak nampak.
Kalau 5 Tahun Pakai Kereta, 5 Tahunlah Karbon Terkumpul!
KALAU 10 TAHUN? 15 TAHUN?
KALAU 10 TAHUN? 15 TAHUN?
Karbon yang terkumpul inilah sebenarnya mengganggu prestasi kenderaan anda.
Mengapa Perlu Buang Karbon?
Apabila jumlah karbon semakin meningkat, ia akan mengganggu kesempurnaan pembakaran enjin. Campuran udara dan bahan api yang tidak sempurna akan mengakibatkan prestasi enjin semakin menurun, enjin menjadi berat, kurang pick up dan seterusnya meningkatkan penggunaan bahan api tidak kira petrol mahupun diesel.
Oleh itu, karbon-karbon ini perlu dibuang untuk membersihkan enjin, seterusnya dapat mengembalikan prestasi enjin hampir ke tahap asal, seterusnya . . .
Dapat Memanjangkan Hayat Enjin Kenderaan Anda!
Kesan ketara dapat dilihat sekiranya kita buang karbon ini pada usia kereta yang telah menjangkau 10-15 tahun dan tidak pernah langsung melakukan servis Top Overhaul. Ia pasti akan menunjukkan kesan yang sangat ketara.
Apakah Penyelesaian? Top Overhaul? Cukup Budget Ker?
Gambar Mekanik Sedang Membuka Enjin Sebuah Kereta
Untuk Tujuan Proses Membuat Top Overhaul
Untuk Tujuan Proses Membuat Top Overhaul
Top Overhaul merupakan proses pembersihan komponen-komponen sesebuah enjin seperti kepala piston, injap-injap (valves), kepala silinder, intake manifold, dan lain-lain komponen yang berada di dalam kebuk pembakaran (combustion chamber).
Proses ini bertujuan untuk membuang karbon-karbon di dalam enjin kereta kerana prestasi enjin yang telah menurun. Kebiasannya, kos untuk membuat Top Overhaul berharga bermula dari RM500 hingga RM1000 dan mungkin lebih bergantung kepada jenis kenderaan dan saiz enjin kenderaan anda.
Harga yang sangat mahal ini kerana mekanik terpaksa 'membuka' dan 'menurunkan' enjin tersebut dan membersihkan komponen-komponen di dalamnya secara manual.
Adakah budget anda mencukupi untuk melakukan Top Overhaul? Kalau gaji anda menjangkau RM5000 sebulan pun, kami pasti anda akan berfikir panjang untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk melakukan servis ini.
Tapi jika anda gunakan D'Carbo2.....?
Cara Memasukkan D'Carbo2 Ke Enjin Anda
Langkah #1 - Hidupkan enjin dan pastikan penghawa dingin ditutup. Langkah #2 - Masukkan D'Carbo2 ke dalam ruang pembakaran enjin melalui 2 tempat (pilih salah satu). Enjin Karburetor
Enjin Suntikan (Injection) (i) Tanggalkan hos vakum pada intake manifold. Pastikan bahagian yang ditanggalkan itu adalah pada penapis udara dan bukannya pada enjin.Langkah #3 - Biarkan enjin hidup selama 15-20 minit. Langkah #4 - Tekan pedal minyak secara perlahan-lahan dan biarkan kepulan asap putih keluar. Jika anda menekannya dengan kuat, pastikan ia tidak mencecah pada garisan merah pada meter RPM. Tekan sehingga asap putih tiada. Tempohnya bergantung kepada kerak karbon di dalam enjin kereta. Peringatan! Pastikan minyak mencukupi, dan juga timing belt dalam keadaan baik. Proses ini boleh menyebabkan ianya putus apabila menekan pedal terlalu kuat jika timing belt anda telah lama. Langkah #5 - Asap akan hilang secara beransur-ansur apabila proses pembersihan selesai. Nota: Untuk menghapuskan asap serta-merta atau dengan kadar yang pantas, pengguna disyorkan mengeringkan palam pencucuh (spark plug) dengan menggunakan kain yang bersih ataupun untuk mendapat kuasa yang maksimum, gantikan dengan palam pencucuh yang baru. |
Kuantiti Yang Perlu Digunakan
Kuantiti penggunaan D'Carbo2 adalah berbeza mengikut jenis bahan api yang anda gunakan sama ada petrol ataupun diesel. Berikut adalah detail mengenai jumlah penggunaan.
(i) Kenderaan petrol:
2000 CC ke bawah - 1 botol
2000 CC dan ke atas - 2 botol
(ii) Kenderaan diesel - 2 botol
(iii) Enjin yang mempunyai 4 silinder atau lebih - 2 botol
PENTING:-
- Untuk mileage MENGHAMPIRI atau MELEBIHI 80,000 km, 2 BOTOL diperlukan untuk kali pertama penggunaan
- Untuk hasil yang lebih baik gunakan setiap 10,000 km
Setelah dimasukan d'carbo injin menjadi senyap rpm turun dan prestasi meningkat.Recomended!
ReplyDelete