Saturday, December 3, 2011

BANJIR KILAT DI KAJANG SELANGOR PADA 2 DISEMBER 2011

Hujan lebat selama hampir sejam bermula 4 petang tadi menyebabkan sebahagian besar daerah Kajang dilanda banjir kilat sehingga ada kawasan yang dinaiki air hingga ke paras dada.







Pusat Bandar Kajang antara paling teruk terjejas apabila arus deras banjir melanda pusat membeli belah Plaza Metro Kajang menyebabkan orang ramai di premis berkenaan panik. Puluhan premis perniagaan dan kediaman turut dimasuki air banjir selepas paras air di Sungai Kajang melepasi paras bahaya dan melimpah ke kawasan sekitarnya

No comments:

Post a Comment