Saturday, November 26, 2011

HERBA


LIMAU PURUT – Citrus hystrix DC.

Nama Botani : Citrus hystrix DC.
Nama Lain : Limau purut (Melayu), Jerut Purut (Indonesia), Bai makrut (Thailand), Keiffer lime; Kafir lime (Inggeris)
Famili : Rutaceae
Pengenalan : Tanaman saka ini berasal dari Asia dan telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Habitatnya ialah di kawasan subur yang bersaliran baik dan banyak ditanam disekitar rumah sahaja. Kulit buah limau purut adalah berkedut, tebal, dan isinya tidak berapa berair. Tumbesaran  pokok adalah perlahan berbanding dengan spesies limau lain. Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 30 m. Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung.
Khasiat dan Kegunaan : Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga berupaya merawat luka,  lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
Posted in JENIS HERBA | Tagged , , | Leave a comment

Step-by-Step Tutorial on How to Blog

Cara mudah membina blog menggunakan wordpress
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Khasiat Bawang Putih

Bawang putih sememangnya terkenal di kalangan masyarakat tidak kira di mana dan apa bangsanya. Selain kegunaannya dalam masakan, bawang putih juga menjadi bahan perubatan tradisional.
Kegunaannya merentasi kaum lantaran manfaat bawang putih sememangnya tidak boleh diperkecilkan.
Sebab itu semua sependapat bahawa bawang putih merupakan bahan makanan yang ajaib – sarat dengan nutrien, vitamin, mineral dan bersifat antioksidan. Lebih daripada itu, ia merupakan bahan masakan rendah kalori selain rasanya yang tersendiri menambah keenakan banyak hidangan.
Tentunya ramai yang ingin tahu fakta nutrisi di sebalik bawang putih.
Seulas bawang putih mengandungi:
* 1.76 gm air
* 4 kalori
* 0.19 gm protein
* 0.1 gm serat
* 0.99 gm karbohidrat
* 0.03 gm gula
* 0.01 gm lemak
Bebas kolesterol atau lemak tepu.
Bawang putih juga mengandungi pelbagai mineral dan vitamin. Lebih menarik lagi jika diteliti fakta nutrisi, seulas bawang putih mengandungi 5 mg kalsium, 1 mg magnesium, 0.05 mg besi, 5 mg fosforus, 0.018 mg asid pantotenik, 0.037 mg vitamin B6 (pyridoxine) dan juga selenium. Malah, bagi setiap 100 gm bawang putih mengandungi 95 peratus B6, 52 peratus vitamin C, 21 peratus zat besi, 10 peratus zink, 18 peratus kalsium dan 26 peratus selenium.
Namun keajaiban nutrisi bawang putih tidak berakhir setakat itu. Bahan makanan itu turut mengandungi antioksidan yang tinggi berkaitan dengan manfaat dari sudut kesihatan. Ia termasuk berfungsi merendahkan paras kolesterol, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
Bahan kimia yang berperanan untuk manfaat tersebut dikenali sebagai allicin, diallyl disulfide, diallyl trisulfide danallyl propyl disulfide.
Satu perkara penting yang perlu diingat untuk mengekalkan nutrisi bawang putih adalah bahan tersebut perlu diracik atau ditumbuk dibiarkan selama 5 hingga 10 minit sebelum dipanaskan atau sebelum ditambah bahan berasid semasa memasak.
Mengikut kajian American Heart Association sebanyak 74.6 juta orang dewasa mengidap penyakit darah tinggi yang mengakibatkan antara lain kematian mengejut, strok dan serangan jantung.
Disebabkan kesan negatif yang mungkin timbul di kalangan pengidap penyakit tekanan darah tinggi, keadaan seperti itu sering dirawat dengan ubat-ubatan. Bagaimanapun ramai yang lebih suka menggunakan suplemen semulajadi seperti bawang putih untuk merendahkan tekanan darah mereka. Lebih daripada itu banyak kajian mendapati nilai tambah jika pengambilan ubat-ubatan digabungkan dengan amalan memakan bawang putih untuk memperoleh kesan berganda dalam kawalan darah tinggi.
Keserasian
Kajian juga menunjukkan ‘keserasian’ antara bawang putih dan tekanan darah di mana bawang putih mempunyai keupayan untuk merendahkan tekanan daran terutama di kalangan pesakit yang mengalami penderitaan tersebut.
Bawang putih secara umumnya selamat biarpun ada masanya bahan makanan itu boleh menyebabkan rasa kurang selesa pada perut dan bau yang tidak menyenangkan. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan, oleh itu berhenti mengambil bawang putih sebelum pembedahan atau mengunjungi doktor gigi.
Ramai juga berpendapat bahawa bawang putih boleh membantu menurunkan berat badan. banyak tulisan mengenainya, malah ada pakar menyarankan pengambilan tablet bawang putih sebelum waktu makan.
Bagaimana data saintifik kaitan antara bawang putih dan penurunan berat badan agak terhad. Hanya kajian utama menunjukkan seekor tikus yang diberi makanan kandungan gula tinggi sepanjang tiga minggu. Tikus itu turut diberi suplemen bawang putih dan tidak berlaku sebarang peningkatan berat badan. Sama ada uji kaji tersebut mendatangkan kesan yang sama kepada manusia adalah tidak diketahui.
Sehubungan itu, mekanisme bawang putih untuk menurunkan berat badan masih tidak jelas biar pun ada yang berpendapat secara teorinya bawang putih merangsang otak yang mengawal selera.
Satu kajian terhadap manusia telah dijalankan menunjukkan bawang putih membantu menurunkan paras kolesterol. Banyak lagi uji kaji terhadap manusia diperlukan untuk menentukan manfaat bawang putih terhadap manusia.
Sumber@ Utusan Online
Posted in JENIS HERBA | Leave a comment

KEPENTINGAN HERBA KEPADA MASYARAKAT MELAYU

Oleh: Azura Abdul Raman
Semenjak dari dulu lagi tumbuh – tumbuhan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Beberapa ribu tahun dahulu, tumbuhan telah digunakan dengan meluasnya sebagai makanan dan juga ubatan.
Bapa perubatan iaitu Hippocrates yang telah menubuhkan Kuil Aesculapius, iaitu sebuah Kolej Perubatan juga telah mempelajari ilmu perubatan dengan menggunakan tumbuhan herba daripada orang – orang Mesir.
Malaysia merupakan negara yang kaya dengan tumbuh – tumbuhan semulajadi untuk membuat ubat tradisional. Terdapat lebih 6000 spesis tumbuhan tropika di seluruh Malaysia.
Ubat tradisional sememangnya kaya dengan nutrien, serta kebolehannya untuk mengubati berbagai jenis penyakit. Ianya telah digunakan semenjak dari dahulu lagi sehinggalah sekarang. Ianya kekal menjadi rawatan yang popular sehingga sekarang. Ubatan tradisional adalah satu sains atau latihan dalam perubatan dan penjagaan kesihatan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Ianya telah diturunkan secara lisan atau secara bertulis melalui amalan – amalan atau kepercayaan sesuatu komuniti.
 BAGAIMANA TUMBUHAN HERBA DIJADIKAN SEBAGAI UBAT
Tidak syak lagi bahawa tumbuhan adalah merupakan rahmat Allah s.w.t yang tidak ternilai kepada manusia. Bukan sahaja sebagai bahan makanan sehari – hari, bahkan untuk kegunaan berbagai bidang kehidupan mereka. Termasuklah bidang perubatan, menyembuh dan membasmi berbagai jenis penyakit.
Sejak dari zaman purba manusia primitif yang hidup disesuatu bahagian mukabumi ini, mungkin sudah dapat mengenali segala jenis tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman mereka. Mereka sudah dapat memastikan dan membezakan diantara tumbuhan yang boleh dimakan dengan tumbuhan yang mengandungi racun yang boleh memudaratkan.
Mereka juga memerhatikan dan mengambil tahu akan jenis tumbuhan yang lazim dimakan oleh binatang peliharaan seperti kucing. Terutama apabila melihat binatang itu tidak sihat. Maka mereka dapat pula pengetahuan mengenali jenis tumbuh – tumbuhan yang berkhasiat. Lalu disesuaikan dengan pengalaman mereka sendiri untuk dijadikan bahan perubatan. Demikianlah manusia sejak zaman berzaman sudah mempunyai kesanggupan mengubat, menyembuhkan berbagai jenis penyakit dengan menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan.
Khasiat beberapa jenis tumbuh – tumbuhan tertentu yang pada mulanya hanya diketahui oleh kaum peribumi setempat itu sahaja, rupa – rupanya telah membawa rahmat kepada umat manusia serta dunia, sama ada untuk menyembuhkan penyakit tertentu ataupun dalam sesuatu bidang perubatan. Misalnya, pokok chichona, yang berasal dari Peru itu, setelah diproses oleh pakar – pakar perubatan moden telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk menyembuhkan penyakit malaria. Daun – daun dari pokok koka, setelah diproses mengasilkan kokain, iaitu ubat pelali atau bius. Sementara opium yang diproses dari bunga popi, menjadi bahan ubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit dan tidak terkecuali dalam perubatan Melayu tradisional.
Menyentuh perkara tumbuhan sebagai bahan ubat – ubatan ini, maka kepulauan Melayu ini bolehlah disifatkan sebagai gedung ubat yang amat besar. Segenap hutan belukar, bukit bakau, lembah, paya, sawah, padang, kampung dusun, bahkan di kawasan kediaman sendiri terdapat tumbuhan yang berbagai jenisnya. Oleh yang demikian seperti juga peribumi di bahagian – bahagian lain di muka bumi ini, orang Melayu sudah mengetahui akan khasiat tumbuh – tumbuhan yang terdapat di sekitar mereka. Maka dari pengetahuan inilah terbitnya gelaran – gelaran dukun, bomoh, pawang dan sebagainya.
Kebiasaannya cara ubatan tradisional Melayu menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan herba dalam merawat sesuatu jenis penyakit. Dimana tumbuh – tumbuhan herba ini akan dicampurkan bersama – sama mengikut cara – cara yang tertentu. Sama ada dengan cara memasak kesemua tumbuhan tersebut ataupun dengan mengilingnya dan berbagai cara lagi. Diantara contoh – contohnya adalah seperti di sebelah :
  • PENYAKIT KEPIALU
Ambil biji sesawi, akar kawi, jerangau bonglai, temu putih, daun rembega dan daun kebas bendang. Giling sehingga lumat dan campurkan dengan air. Kemudian lumurkan pada seluruh badan ataupun boeh juga diminum.
  • Demam panas
Ambil gelang sambar dara, setawar, pucuk lancung, adas manis,bunga pulasan, putik bebaru, bawang putih, bawang merah, mesui dan pinag muda. Kesemua bahan ini ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air, kemudian minum.
  • Muntah
Ambil buah pala dan bawang putih sebiji lalu dimakan dengan sakar.
  • Sakit Kepala
Ambil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Giling sehingga lumat dan tempelkan di kepala yang sakit itu.
  • Kayap
Ambil daun cucuran atap, daun kedondong dan daun lada pahit. Giling dan kemudian sapu.
  • Panau
Ambil cendana dan tuba tikus, asah dengan air limau nipis. Bubuhkan pada tempat panau itu.

Bagi kebanyakkan kaum wanita pula, mereka lebih gemarkan pengambilan jamu untuk menjaga kesihatan mereka. Bahan – bahan asli seperti tumbuh – tumbuhan, daun – daun, akar – akar kayu, buah – buahan dan bunga – bungaan mempunyai khasiat untuk merawat kesihatan dan kecantikkan tubuh badan.
Jamu ialah ubat tradisional yang telah digunakan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Mereka telah mengamalkan penggunaan jamu ini untuk mengubati berbagai jenis penyakit dan tidak ketinggalan juga untuk menyihatkan dan menguatkan badan. Pemakanan dan penggunaan ubat tradisional yang asli ini masih diamalkan hingga ke hari ini. Walaupun perubatan moden begitu luas digunakan dan dikembangkan dengan begitu canggih sekali. Keberkesanan penggunaan jamu yang jarang memberi kesan sampingan telah terbukti melalui pengalaman para pengamalnya yang setia.
BAGAIMANA IA DIHASILKAN
Kebanyakan bahan – bahan boleh didapati dari kedai – kedai runcit yang mendapatkan bekalan daripada pembekal – pembekal yang mendapatnya daripada hutan rimba. Tetapi ada juga yang menanamnya dihalaman rumah seperti sirih, kunyit, daun beluntas, kemangi, serai dan lain – lain. Ada juga daun yang boleh dibuat ulam seperti betik, dimana khasiatnya ialah untuk mempercepatkan jahitan difarajwanita yang baru lepas bersalin, kering dan sembuh dengan sempurna. Daun betik ini direbus dan diminum airnya selama dua hingga tiga hari.
Bahan – bahan lain yang boleh didapati di dapur kita ialah asam, halia untuk memanaskan badan. Kunyit digunakan untuk menyembuhkan gatal – gatal dan luka – luka. Kencur atau cekur, pati beras, adas untuk menghilangkan sakit perut , memperbaiki perjalan haid yang teratur dan masalah susah tidur. Bawang merah untuk mengubati batuk dan masuk angin. Bunga cengkih boleh mengubati masuk angin dan juga perut memulas. Lempoyang untuk mengubati kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan.
Sementara bahan yang boleh didapati dari halaman rumah ialah bayam duri untuk mengubati selsema, bisul, sesak nafas dan demam nifas. Buah belimbing untuk mengubati kencing manis, batuk,tekanan darah tinggi dan sakit kepala. Daun sirih, daun lidah buaya, daun orang aring, kemangi, serai dan daun beluntas boleh mengubati demam panas, darah kotor,nafas berbau. Limau nipis untuk mengatasi masalah kegemukkan.
Lazimnya jamu ini tidak mempunyai resipi yang tepat iaitu jumlah atau ukuran bahan – bahan untuk sesuatu ramuan tidak mengikut sistem metrik, melainkan mengikut cara ukur yang mudah seperti ukuran genggam, menggunakan jari – jari dan jemputan tangan. Dosnya juga bermacam – macam, misalnya satu gelas, setengah botol, satu cawan dan sebagainya. Dibawah ini disenaraikan beberapa contah jamu yang biasa diamalkan oleh wanita untuk kecantikkan serta penjagaan kesihatan. Dimana jamu – jamu ini boleh dibuat sendiri di rumah tanpa memerlukan modal yang besar.
  • Jamu Lempoyang
Khasiatnya adalah untuk membersihkan kulit muka. Ambil ½ ibu jari lempoyang, kikis kulitnya dan parut. Perah bahan tersebut dan minum airnya dengan ditambah sedikit gula atau madu.
  • Jamu Tomato
Khasiatnya ialah untuk mencantikkan kulit. Sebiji tomato merah yang besar diblenderkan dan dicampurkan dengan sedikit gula. Minum airnya setiap hari.
  • Jamu Beras Hancur
Khasiatnya ialah untuk menyegarkan wajah, melancarkar peredaran darah dan mengurangkan kepenatan. Ambil 1kg cekur, 1 genggam beras, 5 potong kayu manis, 10 kuntum bunga cengkih, gula Melaka dan 1 sudu asam jawa. Goreng beras tanpa minyak sehinga nampak kekuningan dan tumbuk halus. Tambah cekur, bunga cengkih, kayu manis dan tumbik lagi. Rebus gula merah dan asam dengan setengah periuk sedang air kemudian sejukkan. Apabila sejuk tambahkan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau dan tapis . Minum 1 cawan sehari.
KESIMPULAN
Dengan ini jelaslah bahawa tumbuh – tumbuhan herba sememangnya penting dalam perubatan Melayu. Dimana ianya telah terbukti dalam menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Disamping itu juga ianya amat penting dalam penjagaan kesihatan serta kecantikkan. Apa yang penting adalah kesedaran kita semua untuk menyedari serta menghargai sumber alam semulajadi yang mempunyai banyak khasiatnya.
RUJUKAN
  • A. Latif, Dept of Botany UNI,1991.Status of Herbaria in Malaysia.
  • A. Samad Said, 1935 (ED), Warisan Perubatan Melayu, DBP, KL,1992.
  • Lia Omar, Jamu : Rahsia Kejelitaan Bagi Setiap Wanita, Times Books International, Singapore,1994.
Posted in INFO HERBA | 2 Comments

Roselle

Pengenalan
Famili: Malvaceae
Nama Melayu: Asam Paya

Nama Lain: Hibiscus Sabdariffa L., H. Sabdariffa varaltissima, Rozelle, Red Sorrel, Sour-sour, Lemon bush, Florida cranberry, Oseille rouge (Perancis), QuimbombÓ Chino (Sepanyol), Karkadé (Afrika Utara), Bisap (Senegal).      PeneranganDahulunya merupakan tumbuhan herba yang ditanam di sekitar laman kediaman sebagai pokok hiasan. Namun kini penanamannya mula dikomersialkan. Berdaun hijau berurat warna merah yang bersaiz dalam lingkungan 7.5 cm sehingga mencecah 12.5 cm. Bunganya berwarna kekuningan dan kelopaknya boleh dimakan. Tumbuhan istimewa ini boleh hidup subur dan ketinggiannya menjangkau 4.8 meter tinggi.Kegunaan Tumbuhan herba ini didapati mampu berfungsi sebagai bahan antiseptik, penambah syahwat, pelawas, agen astringen. Ia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional bagi menangani penyakit seperti batuk, ketidakhadaman, lesu, demam, tekanan perasaan, gusi berdarah (skurvi) dan rawatan penyakit hati selain itu ia juga dilaporkan digunakan untuk merawat penyakit barah. Bunga roselle banyak digunakan untuk pembuatan jus, sos, sirap dan juga sebagai bahan pewarna pada makanan.
Ekstrak daripada kudup bunganya ditemui mampu memberi kesan antispasmodik  (penahan kekejangan), antihelmintik dan antibakteria. Selain itu ia telah didapati mampu menurunkan kadar penyerapan alkohol dan mengurangkan kesannya dalam sistem tubuh badan. Remedi yang mengandungi jus roselle  dengan garam, lada hitam dan molasses (sejenis bahan masakan yang digunakan oleh masyarakat Afrika Timur) dikatakan mampu merawat  penyakit biliousness (sejenis penyakit yang berkaitan dengan mata).
Daun tumbuhan herba ini juga boleh digunakan untuk merawat pecahan pada kaki manakala losyen yang dihasilkan dari daunnya digunakan untuk merawat luka, jangkitan kulit dan gigitan serangga.
Di India, biji Roselle diberikan kepada pesakit bagi merawat penyakit kulit, kekurangan darah dan kes-kes ringan bagi  ketidakupayaan mental atau fizikal dan ketidakhadaman  makanan.
Bahagian bermanfaat
Bahagian: Bunga, daun dan biji
Bahan aktif: Gossy peptin, anthocyanin dan glucoside hibiscin (terkandung dalam bunga)
Nilai pemakanan yang terkandung dalam 100g per bahagian
Kelopak segar (Bahagian)
Nilai/ 100g
Kelembapan
9.2 g
Protein
1.145 g
Lemak
2.61 g
Serat
12.0 g
Abu
6.90 g
Kalsium
1,263 mg
Fosforus
273.2 mg
Zat Besi
8.98 mg
Karotena
0.029 mg
Thiamine
0.117 mg
Riboflavin
0.277 mg
Niacin
3.765 mg
Asid Askorbik
6.7 mg
Sumber: http://www.hort.purdue.edu/newcrop/morton/roselle.html
Kesan pengambilan berlebihan
Sekiranya bunga roselle diambil secara berlebihan ia boleh menyebabkan kesan diuretik dan kesan cirit-birit. Ia juga berupaya menurunkan tahap kecairan darah di samping mengurangkan tekanan darah hingga ke tahap yang merbahaya.
Rawatan kecemasan
Jika terdapat simptom cirit birit, penggunaan garam dehidrat (ORS) adalah digalakkan tetapi sekiranya simptom tersebut masih berterusan sila rujuk doktor di hospital atau klinik yang berdekatan.
Mangsa juga disarankan menghentikan penggunaan bahan yang mengandungi roselle secara serta merta. Setiap individu mungkin mempunyai tindakbalas berlainan terhadap bahan-bahan yang terkandung dalam roselle.

No comments:

Post a Comment