Tuesday, November 15, 2011

APA NIAT KITA?

Niat adalah memainkan peranan penting di dalam sesuatu perbuatan atau amalan.Di dalam Islam bila kita berniat saja untuk berbuat kebaikan ,belum lagi melakukan sudah diberi ganjaran pahala.Bila di amalkan niat kebaikan tadi maka akan diberi ganjaran oleh Allah Taala dan pahala tersebut mengikut niat dan keikhlasan kita.

Niat berbuat kejahatan belum lagi dikira selagi belum melakukannya.Bila dilakukan kejahatan dan kemungkaran tadi barulah ditulis oleh malaikat satu kejahatan.Masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk kita bertaubat dan insaf diatas kesilapan kita itu.Itulah sifat Rahman dan Rahim,kasihsayang Allah Taala.
Begitulah apa yang diajar oleh ustazah semasa zaman awal persekolahan.Marilah kita membetulkan niat kita sebelum kita melakukan apa-apa amalan.Semasa kita mengamalkan amalan kebaikan kita itu dan selepas kita melakukan sesuatu amalan kebaikan kita itu.Apakah niat kita itu semata-mata kerana Allah atau kerana lain-lain.Kalau bukan kerana Allah maka cepat-cepat kita beristigfar dan membetulkan niat kita itu.Mudahan segala amalan kebaikan walaupun kecil amalan itu semata-mata kerana Allah.

Kalau kita berniat dan berazam untuk berbuat sesuatu kebaikan tapi bukannya hak kita atau di tempat kita perlukah kita meminta izin.Sebagai contoh kita lihat kawasan atau rumah jiran kita tidak terurus ,semak samun dan dan pakaiannya bersepah-sepah membuatkan tidak sedap mata memandang.Kita berniat nak 'tolong' kemaskan,uruskan,bersihkan.Lantas kita pergi untuk tebas,cuci,kemas ,lipat dan kemaskan tapi tanpa meminta izin atau memberitahu tuanpunya atau jiran kita itu.
Persoalannya perlukah kita memberitahu dan mendapat keizinan tuannya? Adakah niat kita itu kerana Allah atau untuk kepentingan diri kita sendiri.Sama-sama kita bincangkan.
Rakaman klip video ini sekadar hiasan.








No comments:

Post a Comment