Thursday, August 18, 2011

Masjidku Syurgaku


 Gambar Hiasan Masjid Zahir Alor Setar

Assalamualaikum wbt.

Kebanyakan masjid sekarang telah dinaiktaraf atau dibaikpulih selaras dengan perkembangan tenology moden dan kemudahan teknology maklumat.Banyak peruntukkan telah disalurkan oleh kerajaan melalui Majlis Agama kepada masjid-masjid dalam proses menaiktaraf .Orang ramai dan sektor koprat juga telah menyumbangkan sedikit harta yang akan menjadi saham diakhirat apabila digunakan untuk tujuan kebajikan di jalan Allah.Tujuannya adalah jelas agar masjid menjadi tempat dimana rahmat Allah dapat disebarkan ke seluruh masyarakat apabila anak-anak kariah datang bersolat jemaah di masjid.Begitulah bagaimana rahmat Allah tersebar ke seluruh alam bermula dari Masjidil Haram,di Mekah seterusnya akan disebarkan ke masjid-masjid seluruh alam.

Peranan jawatankuasa masjid adalah sangat penting dalam menlicinkan pentadbiran masjid dari segi dakwah . ekonomi serta ikhwanul muslimin,kasihsayang sesama Islam.Anak-anak jemaah yang uzur,mempunyai masalah dan sebagainya semuanya didalam pengetahuan jawatannkuasa masjid.Mereka sentiasa memikirkan bagaimana untuk memakmurkan masjid dan menambah bilangan ahli solat berjemaah.Bukan hanya sedikit ganjaran dan pangkat yang dipentingkan.

Muktakhir ini masjid telah dipasangkan sistem hawadingin agar ahli-ahli jemaah dapat beribadat dengan selesa.Dana telah diperuntukkan termasuk infak dari pihak korperat serta orang persaorangan dalam menyediakan kemudahan ini.Dengan adanya kemudahan ini ahli jemaah menjadi selesa beribadat.Bilangan ahli jemaah solat betambah.
Malangnya ada dikalangan ahli jawatankuasa dan ahli jemaah yang agak kurang profesional dalam menguruskan kemudahan ini.Sesetengah masjid walaupun selepas solat selesai sambil menunggu solat yang lain dalam jangkamasa pendek aircond tidak dipadamkan.Mereka mungkin berfikiran bahawa derma ikhlas setiap minggu dan setiap hari mampu untuk menyelesaikan masalah bil elektrik ini.Disamping itu juga penderma juga mendapat pahala diatas sumbangannya.

Ada juga terdapat pendapat-pendapat yang jahil tentang pengunaan penghawa dingin ini.Mereka mendakwa penyakit seperti batuk dan selsema boleh merebak apabila aircond dipasang.Udara tidak dapat beredar dan sebagainya.Maka timbullah cadangan supaya pada hari Jumaat,yakni waktu solat Jumaat aircond tidak perlu dihidupkan.Cukup dihidupkan kipas angin dan pintu-pintu dibiarkan terbuka.Dalam cuaca musim panas begini apabila ada sistem penghawadingin tetapi tidak dipasangkan, terdengar bisikan tidak puashati dari ahli-ahli jemaah mengatakan bahawa masjid ini kedekut,masjid ini tak ada duit nak bayar bil elektrik,ahli jawatankuasa bodoh dan sebagainya....Setiap keputusan hendaklah diputuskan oleh jawatankuasa pengurusan masjid ,bukan dari sekelompok jemaah sahaja..

Masjid Al-Ehsan,Kg Darat,Perlis.

No comments:

Post a Comment