Sunday, March 13, 2011

SALAM PENGENALAN



Jana Pendapatan Sekarang!

Hebat Malaysiaku

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMPUNG TOK GAJAH.

PENGENALAN

Kampung Tok Gajah sebuah kampung kecil di pinggir Kampung Darat.Dalam mukim Beseri,Perlis.Menurut cetera orang tua-tua kampung ini dijadikan sebagai kampung untuk menambat gajah.Tahun 60an gajah banyak digunakan dalam upacara-upaca rasmi dan tidak rasmi.Oleh kerana kampung ini ,kedudukan yang suatu masa dulu dalam jajahan Siam ,dan kononnya dikampung ini tempat membuat bunga emas untuk dihantar sebagai ufti kepada raja siam.



Pada masa ini kampung ini hanya tinggal nama sahaja dan tiada kesan sejarah yang ditemui,mungkin sebagai cerita lagenda atau pun mitos.Kampung ini sekarang menjadi kawasan pertanian yang ditanam tebu dan lain-lain tanaman.Aktiviti penduduk di sini adalah pertanian,sawah padi,getah dan sayur-sayuran.
Penduduk di sini terdiri daripada berbagai latarbelakang fahaman politik dan pekerjaan tetapi kehidupan di sini sentiasa menghormati antara satu sama lain dan dipimpin oleh wakil rakyat yang dipilih.

No comments:

Post a Comment