Sunday, June 23, 2013

ROYAL COLLAGEN CAPPUCINO 19 IN 1






















Ganti pengambilan gula dengan pemanis organik
ROYAL SWEETENER.
1kotak mengandungi 2botol x10ml.
1 botol bersamaan dengan 300 titis.
1 TITIS Royal Sweetener adalah bersamaan dengan 3 SUDU TEH gula pasir.
Amalkan pemakanan sihat dengan Royal Sweetener berasaskan STEVIA.
PM untuk keterangan lanjut @ harga.
PENGEDAR dikehendaki di seluruh Malaysia.






























ROYAL SWEETENER sebagai penganti gula.Berminat untuk menjadi pengedar??Hanya RM49.90 sekotak 2 botol (harga pengedar) mampu menghasilkan pendapatan sehingga RM100,000 setiap bulan. Pengedar di perlukan di seluruh Malaysia.

Apa yang anda perolehi sebagai pengedar:
>>KHAIRAT KEMATIAN

>>1 BUSINESS CENTER

>>TEAM BONUS MAKSIMA RM1K  HINGGA RM3K HARIAN



HARGA PROMOSI(SEHINGGA 30 

SEPTEMBER 2013) MENGIKUT PAKEJ

SILVER : 2 KOTAK (2 BOTOL SEKOTAK) RM120.00

GOLD : 6 KOTAK(2 BOTOL SEKOTAK) RM360.00

PLATINUM: 14 KOTAK(2 BOTOL SEKOTAK) RM840.00

DAFTAR SEKARANG




Monday, June 17, 2013

DURIAN BELANDA@DURIAN EROPAH @SOURSOP

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains

Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

KOBIS

Khasiat kobis mencegah kanser!

Rupa bentuknya begitu sederhana, malah ia mudah didapati pada harga yang agak murah.
Meskipun murah, kubis menyimpan pelbagai khasiat kesihatan lantas ia cukup popular di serata dunia, sama ada dimasak atau dimakan mentah.

Kubis dulunya terkenal di kalangan masyarakat Yunani dan Rom kuno. Ketika itu, kubis yang dibakar dijadikan bahan untuk membunuh kuman pada luka.

Diet masyarakat Asia memang kaya dengan kubis yang boleh didapati dalam pelbagai jenis. Kajian mendapati lelaki yang tinggal di China dan Jepun mempunyai masalah barah prostat yang lebih rendah berbanding lelaki yang tinggal di Amerika. Data serupa dicatatkan membabitkan kadar barah payudara di kalangan wanita.

Antara manfaat kesihatan kubis termasuk membantu rawatan sembelit, ulser perut, sakit kepala, reumatisme, artritis, gout, masalah mata, sakit jantung dan penuaan.

Sayuran ini juga banyak manfaatnya di kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bayangkan, secawan kubis hanya mengandungi 15 kalori.

Kubis kaya dengan serat yang membantu untuk mengekalkan air, justeru, ia baik untuk menangani sembelit dan masalah berkaitan.

Kubis sememangnya kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C, E dan B.

Vitamin A membantu untuk melindungi mata dan kulit manakala vitamin C adalah antioksidan penting serta banyak membantu untuk membakar lemak.

Kita mungkin tidak menyangka kandungan vitamin C di dalam kubis lebih tinggi daripada oren. Vitamin C, salah satu antioksidan terbaik, mengurangkan radikal beas dalam tubuh yang menjadi punca asas penuaan.

Sains moden menunjukkan kubis memainkan peranan penting dalam menghalang jangkitan dan ulser, kemurungan serta membantu melawan batuk dan demam.

Ekstrak kubis terbukti membantu untuk membunuh beberapa jenis virus dan bakteria manakala kubis merangsang sistem ketahanan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak antibodi.

Kandungan besi dan sulfurnya yang tinggi bertindak sebagai agen pembersihan untuk sistem penghadaman. Sulfur adalah nutrien yang sangat berguna untuk melawan jangkitan. Kekurangan sulfur mengakibatkan jangkitan mikrob dan menyebabkan luka lambat sembuh.

Kehadiran vitamin C dan sulfur itu juga membuatkan kubis baik sebagai bahan untuk menyah toksin daripada tubuh.

Ini kerana ia membantu untuk membersihkan darah dan menyingkirkan toksin termasuk radikal bebas dan asid urik yang menjadi punca utama masalah reumatisme, gout, artritis dan seumpamanya

ASAM GELUGOR

Khasiat rebusan asam gelugur

Ada wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.

Ternyata asam gelugur atau nama botaninya garcinia cambogia menawarkan banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap makanan.



Berwarna kekuningan dan berbentuk seakan buah labu, tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenali dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan.

Selain itu asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.

Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas.

HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.

Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.

Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.

Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi.

Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam