Thursday, May 31, 2012

Friday, May 25, 2012

Selamat Pengantin Baru






SETIAP MANUSIA ALLAH  JADIKAN BERPASANGAN


 Firman Allah S.W.T.

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.”
(Yaasin: 36)


Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya.



 SELAMAT PENGANTIN BARU SEMUGA BERBAHAGIA .


  Pada 9 Jun 2012 bersamaan 19 Rejab 1433 hijriah  Nurhayani dan pasangan telah melangsungkan perkahwinan di rumahnya   di Tambun Tulang,Perlis.





             -------------------------------------------------------------------------------------        


Majlis Perkahwinan Sdri Norasyikin Ibn Hajar  dan Izan  hari  Sabtu ,26 Mei 2012.di Kg Darat Tengah,Beseri,Perlis.                                                                      


 
-------------------------------------------------------------------------------------


Manakala majlis Perkahwinan En Omar Shariff dan Pn Tureyah Paijan di Parit Sulong berlangsung pada 1 Julai 2012 ,11 Syaaban 1433.Selamat Pengantin Baru semuga kekal dan bahagia ke akhir hayat







Mohd Amirul dan pasangannya di Majlis Perkahwinan pada 7 Julai 2012 di Lrg 3 ,Tmn Melati Indah,Perlis



Persediaan Untuk Jamuan dijalankan secara gotong royong oleh penduduk setempat sanak saudara dan jiran tetangga.

pic1:Persediaan memasak di majlis perkahwinan Norasyikin di Perlis.
 

 


     



pic 2: Persediaan memasak majlis perkahwinan di rumah Pn Tureyah ,Batu Pahat









 

Monday, May 7, 2012

DAGING BABI: SEBAB ISLAM HARAMKAN MEMAKANNYA






Ajaran Islam mengharamkan umatnya memakan daging babi dan atau memanfaatkan seluruh anggota tubuh babi. Ini sepuluh alasan mengapa babi diharamkan.

Pertama, babi adalah container (tempat ruang) penyakit.
Beberapa bibit penyakit yang dibawa babi seperti Cacing pita (Taenia solium), Cacing spiral (Trichinella spiralis), Cacing tambang (Ancylostoma duodenale), Cacing paru (Paragonimus pulmonaris), Cacing usus (Fasciolopsis Buski), Cacing Schistosoma (japonicum), Bakteria Tuberculosis (TBC), Bakteria kolera (Salmonella choleraesuis), Bakteria brucellosis suis, Virus cacar (Small pox), Virus kudis (Scabies), Parasit protozoa Balantidium coli, Parasit protozoa Toxoplasma gondii

Kedua, daging babi empuk.
Walaupun empuk dan sangat lazat, namun kerana banyak mengandungi lemak, daging babi sukar dicerna. Akibatnya, nutrien (zat) tidak dapat dimanfaatkan tubuh.

Ketiga,
 menurut Prof. A.V. Nalbandov (Penulis buku: Adap-tif Physiology on Mammals and Birds) menyebutkan bahawa beg urine (vesica urinaria) babi sering bocor, sehingga urine babi merembes ke dalam daging. Akibatnya, daging babi tercemar kotoran yang betul dibuang bersama urine.

Keempat, Lemak punggung
(back fat) tebal dan mudah rosak oleh proses ransiditas oksidatif (tengik), tidak layak dikonsumsi manusia.

Kelima, babi merupakan carrier virus
/ penyakit Flu Burung (Avian influenza) dan Flu Babi (Swine Influenza).
Di dalam tubuh babi, virus AI (H1N1 dan H2N1) yang semula tidak ganas bermutasi menjadi H1N1/H5N1 yang ganas / mematikan dan menular ke manusia.


Keenam,
menurut Prof Abdul Basith Muh. Sayid pelbagai penyakit yang disebarkan babi seperti, pengerasan urat nadi, naiknya tekanan darah, sakit dada yang mencekam (Angina pectoris), radang (sakit) pada sendi-sendi tubuh.

Ketujuh,
Dr. Murad Hoffman (Doktor ahli & penulis dari Jerman) menulis bahawa Memakan babi yang dijangkiti cacing babi tidak hanya berbahaya, tetapi juga menyebabkan peningkatan kolesterol tubuh dan melambatkan proses penguraian protein dalam tubuh.
Ditambah cacing babi Menyebabkan penyakit kanser usus, iritasi kulit, eksim, dan rheumatic serta virus-virus influenza yang berbahaya hidup dan berkembang di musim panas kerana medium (dibawa oleh) babi.

Kelapan,
 penyelidikan ilmiah di China dan Sweden menyebutkan bahawa daging babi merupakan penyebab utama kanser anus dan usus besar.

Kesembilan,
Dr Muhammad Abdul Khair (penulis buku: Ijtihaadaat fi at Tafsir Al-Quran al Kariim) menuliskan bahawa daging babi mengandung benih-benih cacing pita dan trachenea lolipia. Cacing tersebut berpindah kepada manusia yang memakan daging babi.

Kesepuluh,
DNA babi mirip dengan manusia, sehingga sifat buruk babi dapat menular ke manusia. Beberapa sifat buruk babi seperti, Binatang yang paling rakus, kotor, dan jorok di kelasnya, Kemudian kerakusannya tidak tertandingi haiwan lain, serta suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri dan Kotoran manusia pun dimakannya. Sangat suka berada di tempat yang basah dan kotor. Untuk memuaskan sifat rakusnya, bila tidak ada lagi yang dimakan, ia muntahkan isi perutnya, lalu dimakan kembali. Lebih banyak Kadang ia mengencingi makanannya terlebih dahulu sebelum dimakan.

Selain kesepuluh alasan diatas ternyata ada beberapa penyakit lain yang boleh disebabkan oleh babi seperti kholera babi (penyakit menular berbahaya yang disebabkan bakteria), keguguran nanah (disebabkan bakteria prosilia babi), kulit kemerahan yang ganas (mematikan) dan menahun, Penyakit pengelupasan kulit , dan Benalu Askaris, yang berbahaya bagi manusia
  SUMBER : TABEK PIANG

                  rileksantai